SK Menerong [TBA 5014] merupakan sebuah sekolah yang terletak di dalam daerah Hulu Terengganu. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) Luar Bandar. Proses P & P di sekolah ini berjalan pada sidang pagi sahaja. Pada waktu petang, bilik-bilik darjah digunakan untuk kelas Fardhu Ain (KAFA) bagi murid Tahun 2, 3, 4, dan 5 yang diadakan pada hari Ahad, Isnin, dan Rabu sahaja.
Talian Tel. : 09-6125625
Talian faks.: 09-6129954
Alamat email : skmenerong@gmail.com
Renungan...
Thursday, 24 January 2013
Asal Usul Sambutan Maulidur Rasul
Maulidur Rasul tidak pernah
disambut oleh Rasulullah SAW walaupun sekali. Begitu juga para sahabat, tidak pernah
menyambut hari kelahiran Rasulullah sewaktu hayat Baginda.
Malah sahabat-sahabat sendiri pada zaman itu tidak
pernah menyambut hari kelahiran mereka. Hal ini kerana sambutan itu belum
menjadi budaya mereka pada waktu itu.
Pada zaman awal Islam belum ada keperluan untuk
mereka menyambut hari kelahiran kerana mereka tidak mahu memikirkan usia
mereka. Mereka juga tiada keperluan untuk menyambut hari kelahiran Rasulullah
kerana setiap hari mereka boleh bertemu Rasulullah terutama apabila berasa
rindu. Mereka ini meskipun tiada berkesempatan untuk bertemu Rasulullah, sekurang-kurangnya
selawat akan meniti pada bibir mereka.
Tetapi pada zaman tabiāin, umat Islam sudah
berselerakan ke seluruh dunia dan dalam keadaan itu mereka semakin jauh dengan
Makkah dan Madinah. Tidak dinafikan, sebahagian mereka lupa untuk mengamalkan
Islam lantaran semakin jauh daripada roh ajaran dan perjuangan Rasulullah.
Mujurlah ulama masih ada lalu mengambil inisiatif untuk membimbing orang ramai
ke jalan benar.
Di celah-celah itu lahirlah sebuah karya yang
diberi nama al-Barzanji nukilan Syeikh Jaafar al-Barzanji. Di dalamnya
mengandungi kisah Rasulullah SAW semasa kelahiran sehingga wafatnya.
Kemudian kisah itu dibacakan kepada orang ramai
yang dipersembahkan dengan cara yang menarik bagi membangkitkan rasa kecintaan
kepada Rasulullah SAW dan perjuangannya.
Namun untuk membangkitkan rasa cinta kepada
Rasulullah SAW dalam jumlah yang lebih ramai maka diadakan majlis itu pada hari
kelahiran Rasulullah SAW. Di sinilah bermulanya sambutan Maulidur Rasul dalam
sejarah Islam.
Hari itu dipilih bukan semata-mata untuk sambutan
hari lahir tetapi satu taktik untuk mengumpul orang bagi memperdengarkan kisah
Rasulullah SAW yang semakin dilupakan. Semoga umat boleh kembali kepada ajaran
Rasulullah seperti zaman sahabat dahulu.
Berdasarkan sejarah itu, maka sambutan Maulidur
Rasul yang dilaksanakan pada hari ini seharusnya bukan semata-mata untuk
meraikan hari kelahiran Rasul. Itu bukanlah matlamat asal sambutan tetapi lebih
kepada usaha mengingatkan kembali umat Islam kepada Rasulullah SAW dan perjuangannya.
Oleh sebab itu, acara yang boleh dihidangkan pada
hari itu boleh dipelbagaikan asalkan menjurus kea rah menyedarkan umat Islam
kea rah mengingati Rasulullah dan perjuangannya. Kalau dahulunya dibacakan
barzanji tentu tidak salah pada hari ini disampaikan ceramah di samping
pembacaan sejarah Rasulullah, bernazam, bernasyid, membaca al-Quran dan banyak
lagi.
Yang penting semua itu boleh menyedarkan umat
Islam kepada mengingati perjuangan Rasulullah. Dengan acara tersebut tidak
timbul isu bidaah seperti yang selalu kita dengar dakwaannya pada hari ini
kerana semua aktiviti itu pernah berlaku pada zaman Rasulullah SAW dan baginda
tidak pula melarangnya.
Pada hari ini kita tambahkan lagi aktiviti dengan
perarakan sepanduk sambil berselawat dan niatnya juga untuk membangkitkan rasa
cinta kepada Rasulullah SAW. Amalan berarak ini pernah dilakukan para sahabat
ketika menyambut ketibaan Rasulullah SAW di Madinah dari Makkah. Ternyata
perbuatan sahabat itu tidak dilarang oleh Baginda.
Sempena sambutan itu juga, ditambahkan acara
memberi anugerah dan penghargaan kepada orang tertentu. Amalan ini juga dilihat
baik dan boleh membawa kepada rasa minat seseorang untuk mencontohi Rasulullah.
Sambutan ini perlu dibezakan dengan sambutan Barat
terhadap sambutan hari lahir diri sendiri, sambutan acara potong kek, menyanyi
dan menari dan sebagainya dan juga tidak sama dengan sambutan hari lahir bagi
orang yang hidup dengan mati.
Sambutan hari lahir orang yang masih hidup
sepatutnya untuk mahabbah diri, amalan yang telah dilakukan dan menginsafi diri
beberapa hari lagi yang berbaki untuk hidup.
Manakala sambutan hari kelahiran untuk orang yang
sudah meninggal dunia adalah untuk mengambil iktibar dan teladan yang baik
sebagai motivasi hidup.
Jadi, amalan kita pada hari ini menyambut Maulidur
Rasul diharap diterima oleh Allah SWT sebagai ibadah.
InsyaAllah. - Ustaz Hj Ahmad Baei Jaafar.
Dipetik artikel Asal Usul Sambutan
Maulidur Rasul bertarikh : Khamis, Mac 29, 2012 daripada
laman : http://www.lamankongsi.com
Salam Maulidur Rasul 12 Rabiul Awal 1434 Hijriah
Seluruh Warga SK Menerong
mengucapkan
Selamat Menyambut Maulidur Rasul
Buat Semua Muslimin dan Muslimat
Wednesday, 23 January 2013
PELAKSANAAN APLIKASI PANGKALAN DATA MURID (APDM)
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membangunkan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) yang berfokus kepada sistem satu pangkalan data tunggal bagi murid di seluruh negara. APDM ini boleh diakses melalui laman web http://sekolahmalaysia.com
Haji Sufa'at bin Tumin
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
(Sektor Operasi Pendidikan)
Kementerian Pelajaran Malaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)