SK Menerong [TBA 5014] merupakan sebuah sekolah yang terletak di dalam daerah Hulu Terengganu. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) Luar Bandar. Proses P & P di sekolah ini berjalan pada sidang pagi sahaja. Pada waktu petang, bilik-bilik darjah digunakan untuk kelas Fardhu Ain (KAFA) bagi murid Tahun 2, 3, 4, dan 5 yang diadakan pada hari Ahad, Isnin, dan Rabu sahaja.
Talian Tel. : 09-6125625
Talian faks.: 09-6129954
Alamat email : skmenerong@gmail.com

Renungan...

Sunday 21 November 2010

Modul PENDAHULU ... November 2010 [5] ... Sabar itu Indah

SABAR ITU INDAH

Sabar itu menahan diri daripada keluh kesah pada sesuatu yang tidak disukai. Sifat sabar sangat perlu ketika menghadapi karenah manusia, bencana, halangan serta larangan.

Setiap kali bencana datang menimpa sama ada banjir, gempa bumi, tsunami, runtuhan dan macam-macam lagi bencana di luar kotak pemikiran kita. Mereka yang berjaya melalui saat genting dengan penuh rasa insaf, takut dan berharap agar diberi ketenangan dan belajar menerima dengan redha apa yang berlaku. Waktu ini kesabaran yang sangat tinggi diperlukan untuk menerimanya. Pasti hikmah kejadian yang berlaku akan memberi kesan keinsafan dalam diri dan menjadi titik mula perubahan yang baik. Pada akhirnya kita pasti mensyukuri setiap detik yang kita lalui memberi kekuatan dan makna dalam kehidupan.

Menahan diri daripada keluh kesah dan mengadu kepada yang lain selain daripada Allah S.W.T ketika berlaku sesuatu bala atau bencana dalam mengerjakan segala perintah Allah. Andai Allah menguji kita dengan kesakitan dan penderitaan hidup, bersabarlah, dan ingatlah bahawa Allah itu sangat merindui rintihan dan pengaduan hamba-Nya.

Menahan diri dalam meninggalkan segala larangan Allah. Menahan diri sifat sabar itu dipuji pada syara‘ kerana seseorang yang bersifat sabar menunjukkan ia beriman dengan sempurna kepada Allah dan menunjukkan kita taat serta menjunjung segala perintah agama.

Orang yang beriman kepada Allah mengetahui bahawa segala perkara yang berlaku ke atas dirinyaialah kehendak Allah yang tidak dapat dielak lagi. Begitulah juga orang yang taat, tidak akan berasa susah dalam mengerjakan segala perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya.

Oleh itu kesabaran perlu dijana dalam diri agar kita lebih bersifat qanaah dan redha dengan ujian yang menimpa kita. Berusahalah untuk menjadi orang yang bersabar kerana inginkan pahala, rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

No comments:

Warga SK Menerong...

Warga SK Menerong...

www.satisfaction.com