SK Menerong [TBA 5014] merupakan sebuah sekolah yang terletak di dalam daerah Hulu Terengganu. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) Luar Bandar. Proses P & P di sekolah ini berjalan pada sidang pagi sahaja. Pada waktu petang, bilik-bilik darjah digunakan untuk kelas Fardhu Ain (KAFA) bagi murid Tahun 2, 3, 4, dan 5 yang diadakan pada hari Ahad, Isnin, dan Rabu sahaja.
Talian Tel. : 09-6125625
Talian faks.: 09-6129954
Alamat email : skmenerong@gmail.com

Renungan...

Wednesday 12 June 2013

Tahniah dan Syabas... Semoga Selamat Menjalankan Tugas dengan Cemerlang

Hj  Md Yasin Salleh
Ketua Sektor,
Sektor Pengurusan Sekolah

Hj Ngah Bidin
Ketua Sektor,
Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan

Hj Mohamad bin Embong,
Ketua Sektor,
Sektor Pendidikan Swasta dan Khas

Hj Matsor Ismail,
Ketua Sektor,
Sektor Pengurusan Akademik

En.Awang bin Ibrahim,
PPD Kuala Terengganu

Tuan Haji Bakar bin Jusoh mantan Pengetua SMTIZ
PPD Dungun

Monday 1 April 2013

Guru Bahasa Inggeris mangsa tugas, kursus (Berita Harian: 27022013) - MOE





  http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/images/UKK/03.2013/Guru%20bahasa%20Inggeris%20mangsa%20tugas%2C%20kursus.jpg

MAKLUM BALAS SURAT PEMBACA
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Guru Bahasa Inggeris B2, Johor Bahru” dalam ruangan Forum akhbar Berita Harian bertarikh 27 Februari 2013Guru Bahasa Inggeris mangsa tugas, kursus.

Inisiatif untuk menguji tahap kefasihan Bahasa Inggeris (BI) dalam kalangan guru BI telah dilaksanakan berikutan rungutan dan anecdotal evidence yang sering diutarakan berkaitan kefasihan bahasa Inggeris dalam kalangan guru BI.


Susulan daripada pentadbiran ujian CPT kepada 61,000 guru BI, KPM telah menetapkan sasaran kefasihan Band B2 untuk guru opsyen BI sekolah rendah dan Band C1 untuk guru opsyen BI sekolah menengah.  Ini bermaksud bahawa guru opsyen BI sekolah menengah yang mencapai Band B2 dan B1, dan guru opsyen BI sekolah rendah yang mencapai Band B1 perlu menghadiri kursus Professional Up-Skilling for English Language Teachers (Pro-ELT).
                
Ujian CPT digunakan sebagai tapisan pertama untuk menentukan tahap kefasihan bahasa Inggeris dalam kalangan guru BI.  Untuk memastikan bahawa profisiensi bahasa Inggeris seseorang guru adalah tepat dan betul maka mereka telah menduduki ujian Aptis yang merupakan tapisan kedua.  Ujian Aptis telah ditadbirkan kepada kumpulan guru seramai 20 hingga 25 orang pada satu-satu masa.  Ujian Aptis mengukur keempat-empat kemahiran bahasa serta pengetahuan bahasa yang dikuasai oleh seseorang guru tersebut.  Kedua-dua ujian ini merupakan ujian yang diiktiraf di peringkat antarabangsa iaitu CEFR (Common European Framework of Reference).  Dengan ini, KPM yakin bahawa guru yang dikenal pasti untuk mengikuti program Pro-ELT adalah merupakan guru-guru yang sememangnya memerlukan latihan tersebut bagi memantapkan penguasaan kemahiran bahasa serta pengetahuan bahasa mereka.  Sehubungan itu, kenyataan pengadu bahawa pemilihan guru untuk menghadiri  kursus Pro-ELT adalah hanya berdasarkan ujian CPT adalah tidak benar.

Kursus Pro-ELT dilaksanakan dalam beberapa fasa kerana guru yang perlu menghadiri kursus ini merupakan satu bilangan yang besar.  Untuk Fasa 1, seramai 5,000 guru telah dilibatkan dan ianya telah dijalankan bermula pada bulan November 2012 di negeri Kelantan, Pahang dan Melaka dan pada bulan Januari di negeri Kedah dan Terangganu.  Bermula bulan Februari 2013, kursus tersebut juga telah dilaksanakan di beberapa buah pusat di seluruh Negara. Guru-guru yang tidak terlibat dalam Fasa 1 akan dipanggil untuk mengikuti kursus Pro-ELT dalam fasa berikutnya.   

Pengecualian daripada mengikuti kursus ini hanya diberikan untuk kes-kes tertentu sahaja seperti yang termaktub dalam Surat Siaran KPM Bil. 31 Tahun 2012 yang berkaitan dengan program ini.

Sehingga kini,  tidak ada sebarang arahan dikeluarkan oleh KPM untuk memberhentikan atau mengubah kriteria penerimaan Elaun Bayaran Insentif Subjek Pendidikan atau BISP.  Pekeliling Perkhidmatan Bil. 15 Tahun 2002 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2003 yang menggariskan kriteria pemberian elaun BISP masih berkuat kuasa.  Oleh yang demikian, isu penarikan balik Elaun BISP tidak timbul buat masa ini.

Pro-ELT merupakan kursus kefasihan bahasa Inggeris dan dilaksanakan bertujuan untuk membantu guru-guru BI meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris mereka.  Sebagai kumpulan profesional, KPM  ingin menjadikan profesion keguruan setaraf dengan profesion yang lain seperti kedoktoran dan guaman.  Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab golongan pendidik untuk mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan kompetensi berkaitan dengan ilmu keguruan dan bidang pengajaran mereka agar ianya sentiasa selari dengan perkembangan-perkembangan terkini berkaitan dengan bidang berkenaan.

Tanggungjawab yang sedemikian terletak di bahu semua pendidik disebabkan oleh dua perkara utama iaitu :  Pertama, golongan pendidik telah diamanahkan untuk mendidik serta memperkembangkan minda anak-anak yang merupakan pemimpin masa depan. Oleh yang demikian, seseorang guru perlu memastikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang ada adalah sentiasa berada di tahap yang mana guru tersebut boleh melaksanakan tugas sebagai pendidik secara lebih efektif dan memenuhi kepercayaan serta pertanggungjawaban yang telah diberikan kepadanya  sebagai salah seorang daripada golongan tersebut.  Kedua,  KPM sangat menekankan agar guru-guru menghadiri latihan perkembangan profesional secara berterusan. Penekanan ini adalah berdasarkan dapatan kajian yang menyatakan bahawa faktor guru adalah faktor penentu paling penting bagi kejayaan seseorang murid. Justeru, golongan pendidik mesti menyemai kefahaman bahawa mereka telah diberikan tanggungjawab dan amanah yang sangat tinggi untuk memastikan sebaik mungkin golongan tersebut tidak gagal dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab tersebut.

KPM mengamalkan beberapa strategi untuk melaksanakan kursus Pro-ELT berdasarkan lokasi dan konteks sekolah.  Mod latihan yang diikuti oleh pengadu ialah mod kluster.  Mod kluster diamalkan di kawasan di mana terdapat cukup bilangan sekolah dalam lingkungan 25 kilometer supaya guru telah dikenal pasti boleh menghadiri sesi latihan secara berkelompok.  Tujuan KPM mengamalkan mod ini adalah untuk memastikan masa instruksional guru yang terlibat tidak akan terjejas.  Dengan mengadakan sesi latihan pada masa luar waktu mengajar, murid tidak akan ketinggalan dalam mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran bersama guru yang berkenaan dan ini adalah selaras dengan dasar Melindungi Masa Instruksional (MMI).

 Dalam mod kluster, seseorang guru perlu menghadiri latihan empat (4) jam seminggu.  Pada setiap minggu keempat, guru tersebut akan menghadiri dua slot latihan. Pihak penganjur telah menetapkan sesi latihan untuk kursus Pro-ELT dijalankan dari pukul 2 hingga 6 petang selepas mengambilkira pandangan serta persetujuan bersama beberapa kelompok guru (focus groups).  Dengan ini, peserta kursus Pro-ELT tidak perlu menghadiri kursus pada hujung minggu.  Pada masa yang sama, di kebanyakan sekolah, pihak pentadbir telah mengubah suai jadual mengajar guru yang terlibat dalam program ini. Ini adalah untuk memberi peluang kepada guru tersebut untuk menamatkan sesi pengajaran lebih awal dan memberikan ruang yang cukup kepada guru berkenaan untuk makan dan berehat sebelum membuat perjalanan dengan selamat ke pusat latihan bagi menghadiri kursus tersebut.

Guru yang terlibat dalam latihan mod kluster juga akan dikehendaki untuk mengikuti latihan Pro-ELT selama lima (5) hari semasa cuti persekolahan.  Sekiranya, seorang guru tidak dapat menghadiri kursus Pro-ELT pada minggu yang ditetapkan untuk kumpulannya maka guru tersebut diberi kelonggaran untuk menghadiri latihan selama lima (5) hari tersebut pada minggu yang lain yang dapat disesuaikan dengan perancangan percutian mereka.  Pihak penganjur sentiasa  cuba untuk mengurangkan kesulitan yang perlu dihadapi oleh guru-guru BI yang terlibat  pada tahap seminimum yang mungkin.  Perlu diingatkan bahawa seseorang guru boleh dipanggil balik untuk menjalankan tugas rasmi untuk separuh tempoh cuti persekolahan seperti yang termaktub dalam Perintah Am Bab C (50).


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

TEMA HARI GURU 2013 : GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA

29 March 2013

Salam Satu Malaysia,
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) selaku Urus Setia Pemilihan Tema Hari Guru 2013
telah menerima persetujuan dan pengesahan dari Pejabat YAB Menteri Pelajaran berhubung Tema Hari Guru 2013. Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan tema yang telah dipersetujui oleh  YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran adalah:

GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA

HURAIAN TEMA HARI GURU 2013
 GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA


HURAIAN 1ASPIRASI:
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.
1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.

HURAIAN 1AGENDA:
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025.  Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.

Diterbitkan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
Dipetik daripada Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia
http://www.moe.gov.my

Tuesday 26 February 2013

Undian Kumpulan Pertandingan Bola Baling Zon KDSR 3 Hulu Terengganu 2013

KUMPULAN A L12

1. SK Bukit Diman
2. SK Landas
3. SK FELDA Tersat

KUMPULAN B L12

1. SK FELDA Jerangau Barat
2. SK Peroh
3. SK Menerong

KUMPULAN C P12

1. SK Menerong
2. SK Peroh
3. SK Kua
4. SK FELDA Tersat

KUMPULAN D P12

1. SK FELDA Jerangau Barat
2. SK Betong
3. SK Landas
4. SK Bukit Diman

Pertandingan akan berlangsung bermula 05 hingga 07 Mac 2013 bertempat di Padang Serbaguna SK Menerong.

GPK Kokurikulum
SK Menerong 2013

Monday 18 February 2013

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013

10 - 12 September 2013
(Selasa - Khamis)

Sebarang pertanyaan berkaitan takwim peperiksaan bolehlah menghubungi talian berikut: 03 - 8884 3382



Sumber Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia
http://www.moe.gov.my

PENCALONAN ANUGERAH TOKOH GURU KEBANGSAAN 2013

CALON ANUGERAH TOKOH GURU KEBANGSAAN
SEMPENA
PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN
KALI KE-42 TAHUN 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti telah diberi mandat untuk menjadi Urus Setia Pencalonan Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan sempena Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-42 tahun 2013. Sehubungan itu, pihak kami ingin mengalu-alukan pencalonan bagi Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan daripada warga pendidik yang bernaung di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Cadangan Tokoh Guru Kebangsaan tersebut hendaklah dikemukakan kepada Urus Setia Panel Pemilihan Tokoh Guru Kebangsaan, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti untuk perhatian Pn Hjh. Normah bt. Hj Ismail melalui e-mel: normyismy.jnjk@gmail.com atau melalui talian faks: 03-88844192. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan berkaitan perkara ini, sila hubungi Pn. Rosliza binti Rosli di talian 03-88844128/ 012-2200518 untuk keterangan lanjut.

Terima Kasih

Diterbitkan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
Dpetik daripada Portal Rasmi KPM

TEKS UCAPAN PPDHT SEMPENA PELANCARAN MINGGU ANTI DADAH DAERAH HULU TERENGGANU 2013

TEKS UCAPAN TUAN HAJI SHAFRUDDIN BIN HAJI ALI HUSSIN
PEGAWAI PELAJARAN DAERAH HULU TERENGGANU
SEMPENA PELANCARAN MINGGU ANTI DADAH DAERAH HULU TERENGGANU
TAHUN 2013

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


Pengetua, guru besar, guru-guru penolong kanan ,guru-guru dan para pelajar Daerah Hulu Terengganu yang dirahmati Allah sekalian,

Sebagaimana yang kita sedia maklum, tanggal 19 Februari setiap tahun diisytiharkan sebagai Hari Anti Dadah Kebangsaan. Pengisytiharan ini dibuat oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia pada 19 Februari 1983. Ini menunjukkan negara kita amat komited untuk memerangi musuh nombor 1 negara ke arah mencapai sasaran Negara Bebas Dadah 2015.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua sekolah kerana berjaya mengadakan Majlis Pelancaran Minggu Anti Dadah serentak di Daerah Hulu Terengganu pada hari ini. Semoga melalui aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan ini akan dapat menyemai mesej benci dadah di kalangan pelajar dan seterusnya mampu melahirkan pelajar yang mempunyai benteng diri yang padu yang mampu menangkis asakan pengaruh najis dadah yang kian membimbangkan dewasa ini. Seterusnya visi dan misi kita untuk melihat sekolah-sekolah di Daerah Hulu Terengganu bebas najis dadah akan menjadi realiti, insyaallah.

Tuan-tuan, puan-puan dan para pelajar sekalian,

Kita bimbang dengan perkembangan terkini mengenai pertambahan tangkapan pihak polis membabitkan para pelajar kita yang terbabit dengan penagihan dadah yang tersiar di dada akhbar.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, kebanyakan kes dadah di daerah ini merupakan kes pengambilan methamphetamine atau pil kuda. Menurut pakar Urologi Pusat Perubatan UKM, Prof Madya Dr Zulkifli, pil kuda merupakan dadah perangsang atau dadah sintetik yang membawa pelbagai kesan buruk dalam jangka waktu yang singkat. Mengikut Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) pula, dadah sintetik ini lebih berbahaya daripada berbanding dadah asli. Bermula dengan kerosakan gigi ,pundi kencing dan degupan jantung menjadi tidak normal, diikuti dengan kerosakan sistem saraf yang mengakibatkan sawan dan jika diambil berterusan akan membawa maut akibat serangan jantung dan pendarahan otak.Dari aspek psikologi pula, seseorang yang bergantung hidup kepada pil kuda akan menjadi ganas, cepat marah, tidak boleh tidur, paranoid , diikuti oleh halusinasi dan akhirnya menjadi gila. Pengambilan pil kuda yang berterusan boleh menyebabkan pergantungan kekal kepada dadah ini dan akhirnya berhadapan dengan maut. Dadah, sekali mencuba, derita selamanya harus dihayati oleh setiap pelajar.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah mesti merangka dan melaksana pelbagai strategi dan pendekatan Pendidikan Pencegahan Dadah secara bersungguh-sungguh dan penuh kesedaran. Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah adalah berteraskan empat pendekatan iaitu Kurikulum, Kokurikulum, Pembangunan Sahsiah dan Pengurusan Kepimpinan. Gerak gempur membanteras dadah di peringkat sekolah perlu dilaksanakan secara menyeluruh dan bersepadu tanpa erti jemu membabitkan semua warga sekolah, ahli dan pemimpin masyarakat setempat serta semua agensi sekitar. Mesej bahaya dadah boleh diterapkan dan disampaikan menerusi isi pelajaran dalam pelbagai mata pelajaran semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Mesej hidup sihat tanpa dadah dalam gerak kerja kokurikulum dan sukan juga akan mampu melahirkan pelajar yang sihat, ceria,dan berfikiran positif.

Tuan-tuan, puan-puan dan para pelajar sekalian,

Selain itu, program pemantapan sahsiah dan jatidiri perlu diperhebat di semua sekolah. Konsep kepimpinan melalui teladan, “idola”, “karisma” harus dipraktikkan setiap masa kerana ia akan dikuti, dipelajari dan diamalkan oleh pelajar sehingga menjadi sebati dan kekal sebagai sebahagian daripada perwatakan mereka. Nilai-nilai positif mesti diterapkan dan dititikberatkan sepanjang masa sama ada di sekolah dan di luar sekolah agar selari dengan matlamat pendidikan melahirkan insan berkualiti dan berketrampilan.

Seterusnya melalui strategi pengurusan dan kepimpinan pula, diharap dapat menggerakkan Jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Dadah peringkat sekolah bekerjasama dalam satu pasukan melalui perkongsian “smart partnership” dan “strategic partnership” untuk meningkatkan kepakaran, pengalaman, pengetahuan dan kemahiran dalam mengendalikan masalah yang berkaitan dadah. Oleh itu pihak pentadbir sekolah harus bergerak lebih proaktif untuk menjalankan program dan aktiviti pendidikan pencegahan. Persatuan ibu bapa dan guru, persatuan penduduk setempat dan agensiagensi sekitar perlu memainkan peranan secara aktif dalam merangka dan melaksanakan program pendidikan pencegahan dadah. Semua pihak perlu dilibatkan secara langsung dalam semua bentuk program pendidikan pencegahan dadah.



Saya sedar bahawa tugas, peranan dan tanggungjawab memerangi masalah dadah ini adalah amat berat dan mencabar. Walau bagaimanapun , saya amat yakin bahawa dengan semangat dan tekad yang tinggi, istiqamah dan keazaman yang jitu, gerakan secara menyeluruh dan bersepadu semua pihak, terutamanya pihak sekolah, kita mampu menggenggam kejayaan. Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu akan terus mendokong dan menyokong usaha menangani gejala negatif khususnya membabitkan kes disiplin seperti ponteng sekolah, salahlaku jenayah, Vandalisme, gejala sosial dan penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar. Kita bukan sahaja ingin jadi pendahulu dalam kecemerlangan peperiksaan awam UPSR, PMR, SPM dan STPM tetapi juga kegemilangan dalam pembinaan sahsiah dan keperibadian pelajar. Penurunan dalam kes-kes disiplin dan najis dadah sudah pasti akan menjadi pemacu ke arah pencapaian ”JJadi Sunggoh HT 2013”.


Akhir kata, saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu akan terus berusaha mempertingkatkan program dan aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah terutamanya langkah pencegahan di semua peringkat, khususnya di sekolah-sekolah dengan melibatkan semua agensi sesuai dengan tema “1Malaysia Membanteras Dadah” demi merealisasikan sekolah bebas dadah.

Sekian.
Wabillahitaufik Walhidayah.
Wassalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

PERUTUSAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

SEMPENA
HARI ANTIDADAH KEBANGSAAN

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

1. Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana atas limpah kurnia-Nya maka dapat kita berhimpun bagi mengadakan sambutan Hari Antidadah Peringkat Kebangsaan tahun 2013. Pada setiap tahun, tanggal 19 Februari, kita mengadakan sambutan ini untuk menunjukkan bahawa kita sentiasa komited untuk meneruskan usaha memerangi gejala dadah daripada terus berleluasa sama ada di dalam mahupun di luar kawasan sekolah. Komitmen untuk membendung ancaman dadah ini perlu diteruskan bagi memastikan bangsa dan negara kita bebas daripada ancaman musuh nombor satu negara ini.
2. Sempena Hari Antidadah Kebangsaan ini, saya ingin mengajak semua warga pendidik bersama-sama menjayakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah masing-masing. Program Pendidikan Pencegahan Dadah yang meliputi pendidikan pencegahan dan intervensi bagi membebaskan warga sekolah daripada bahaya dadah, rokok, inhalan, alkohol dan HIV/AIDS. Semoga segala usaha yang dilaksanakan oleh warga pendidik ini akan dapat merealisasikan agenda kerajaan iaitu Negara Bebas Dadah Tahun 2015.
Tuan-tuan/puan-puan dan murid-murid sekalian,
3. Tindakan pencegahan dan membanteras penyalahgunaan dadah dalam kalangan murid dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti yang berfokus kepada pembinaan jati diri murid. Melalui aktiviti yang berfokus, diharapkan akan terbina disiplin kendiri yang kental dan utuh serta budi pekerti mulia dan terpuji dalam diri setiap murid. Semua murid perlu diberikan pengetahuan mengenai bahaya dadah secara terancang dari masa ke semasa. Ilmu pengetahuan mengenai bahaya dadah ini haruslah kekal di dalam diri murid-murid bukan sahaja ketika di alam persekolahan tetapi juga setelah tamat persekolahan.

4. Faktor utama yang menentukan kejayaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah adalah bergantung kepada komitmen semua pihak, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sendiri. Pelaksanaan aktiviti-aktiviti pendidikan pencegahan dadah bukan sahaja bermatlamat membanteras penyalahgunaan dadah tetapi turut membuka peluang kepada murid-murid untuk menonjolkan bakat dan potensi diri masing-masing melalui pelbagai aktiviti yang disediakan.

5. Ancaman dadah kepada murid-murid merupakan satu cabaran yang perlu ditangani secara bersungguh-sungguh demi melonjakkan sistem pendidikan negara ke arah negara maju menjelang tahun 2020. Ini adalah selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Negara (PPPM) 2013 – 2015, menerusi anjakan ke – 3 iaitu bagi melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai dan anjakan ke – 10 yang memberi tumpuan kepada keberhasilan murid bagi memastikan setiap murid mencapai potensi sepenuhnya.

6. Kementerian Pelajaran Malaysia khuatir, jika murid-murid tidak mendapat maklumat yang tepat dan betul, mereka akan mendapat maklumat yang salah daripada rakan sebaya mereka. Kajian yang dijalan oleh Unit PPDa, KPM pada tahun 2012 di sekolah-sekolah seluruh negara mendapati masalah penagihan rokok adalah masalah utama di sekolah-sekolah pada hari ini. Berdasarkan soal selidik yang diedarkan, 33.7% daripada jumlah responden seramai 30878 orang murid mengaku terlibat dengan penagihan rokok. Rokok yang dikenali sebagai ‘dadah pembuka jalan’ akan mencetuskan laluan ke arah penagihan dadah.

7 Masalah penyalahgunaan dadah pada hari ini semakin rumit dan telah melibatkan semua peringkat umur. Golongan remaja adalah sasaran utama para pengedar yang sentiasa berusaha untuk meraih keuntungan yang mudah dan berlipat ganda. Murid-murid sekolah tidak terkecuali dalam agenda para pengedar ini. Keadaan ini menjadi lebih serius disebabkan pengeluaran pelbagai jenis dadah termasuk dadah tiruan yang semakin bertambah. Di samping itu, kes-kes penyeludupan dan pengedaran dadah juga semakin berleluasa seperti yang didedahkan dalam media massa. Keadaan ini menyebabkan murid sekolah sentiasa terdedah dan berada dalam keadaan berisiko untuk turut terlibat. Berdasarkan kepada data ujian urin pada tahun 2012, seramai 42867 orang murid sekolah menengah telah diuji. Keputusan daripada ujian urin tersebut, seramai 1040 orang didapati positif ujian urin. Angka tersebut menunjukkan 2.43% daripada murid yang diuji telah terlibat mencuba dadah. Lebih membimbangkan 0.83% daripada murid yang positif tersebut, terlibat mencuba dadah jenis sintetik. Ini bermakna semua pihak perlu memainkan peranan secara bersungguh-sungguh dalam usaha memerangi gejala ini daripada terus berleluasa dan bermaharajalela.

8. Oleh yang demikian, saya menyeru agar semua pihak mempergiat usaha secara berterusan dalam memberikan pendidikan pencegahan awalan kepada murid. Saya percaya bahawa usaha-usaha tersebut mampu membimbing mereka untuk mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah. Pencegahan penyalahgunaan dadah dalam kalangan murid sekolah mempunyai kaitan rapat dengan usaha KPM untuk meningkatkan lagi taraf dan kualiti pendidikan. Sesungguhnya, murid-murid hari ini adalah generasi pemimpin negara pada masa depan yang perlu memiliki kualiti tinggi dalam aspek pemikiran analitik, kritis, kreatif dan seterusnya mampu membuat keputusan dan menyelesaikan pelbagai masalah.

Tuan-tuan/puan-puan dan murid-murid sekalian,

9. Semua warga pendidikan perlu memainkan peranan masing-masing untuk memastikan tidak ada seorang pun warga sekolah terlibat dengan dadah. Pentadbir sekolah, perlu melihat gejala penyalahgunaan dadah sebagai perkara yang serius dan perlu sentiasa diberi perhatian. Sesungguhnya, mencegah adalah lebih baik daripada mengubatinya.

10. Kita tidak boleh membiarkan masalah dadah mengganggu-gugat proses pembelajaran, keselamatan dan kesejahteraan murid-murid ketika di sekolah. Jesteru, pihak sekolah perlu mengenal pasti tanda-tanda awal yang boleh menjadi penyebab murid-murid terpengaruh dengan dadah. Gejala ponteng, merokok, mengambil alkohol adalah tanda-tanda awal yang perlu dibenteras agar murid-murid yang terlibat dapat dikawal dan tidak beralih kepada mencuba dadah dan juga inhalan.

11. Matlamat aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah bertujuan memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa tentang bahaya penyalahgunaan dadah. Aktiviti yang dilaksanakan di semua sekolah bagi memastikan warga sekolah berusaha menjauhi ancaman dadah. Saya sedar tugas dan tanggungjawab memerangi masalah dadah ini amat berat dan mencabar. Oleh itu, penglibatan dan kerjasama daripada pelbagai agensi harus dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Ini adalah kerana pelaksanaan Pendidikan Pencegahan Dadah amat memerlukan kerjasama yang bersepadu dengan pelbagai agensi seperti Agensi Antidadah Kebangsaan, Polis Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan. Saya yakin dengan kerjasama daripada semua pihak agenda membebaskan sekolah daripada ancaman dadah akan terus terlaksana dan sudah pasti murid-murid yang kita bentuk di sekolah pada hari ini akan mampu mengguna pakai ilmu yang diperolehi ini buat selama-lamanya walaupun setelah tamat alam persekolahan nanti.

Tuan-tuan/puan-puan dan murid-murid sekalian,

12. Akhir kata, sekali lagi saya menyeru kepada semua warga pendidikan agar sentiasa berusaha untuk mengekang pengaruh dadah di sekolah dengan mengambil pendekatan pendidikan pencegahan dan pendidikan intervensi secara serius serta terancang. Semoga dengan kerjasama daripada semua pihak dalam memerangi penyalahgunaan dadah ini akan dapat memastikan generasi muda kita bebas daripada pengaruh dadah. Sesungguhnya, usaha yang kita laksanakan ini adalah untuk kebaikan dan kesejahteraan keluarga, masyarakat dan negara.

Sekian, terima kasih.


Sunday 17 February 2013


Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Daerah Hulu Terengganu

Tuan/Puan,

Berikut merupakan pautan bagi Guru Perpustakaan Media (GPM) sekolah Tuan/Puan membuat rujukan serta memuat turun bahan berkaitan pengurusan pss.

:- https://docs.google.com/folder/d/0B8S8dCA1jMgtaGM3cW5XRi1KUkk/edit?pli=1

:- http://upspbtpnt.blogspot.com/

:- www.gpmmalaysia@groups.facebook.com

Pihak PKG Peroh juga ingin memaklumkan bahawa pengisian data IQPSS boleh dimulakan kerana tarikh akhir pengisian adalah pada 28/3/2013. Jadual pemantauan akan diedarkan dalam jangkamasa terdekat.

Segala kerjasama tuan diucapkan ribuan terima kasih.


"Teknologi untuk Pendidikan Bestari"


MOHD FAIZUL BIN OMAR
PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN II
PUSAT KEGIATAN GURU PEROH,
D/A SK PEROH,21810, AJIL, HULU TERENGGANU,
TERENGGANU DARUL IMAN.

TEL: 09-6872144 / FAX : 09-6872145
EMAIL : pkg_peroh@moe.edu.my
WEB : http://pkgperohht.blogspot.com/

KURSUS KEJURULATIHAN BOLA KERANJANG TAHAP 1 MABA/MSN


Kepada para guru yg berminat menyertai Kursus Kejurulatihan Bola Keranjang dari daerah Hulu Terengganu amnya, SK Menerong khususnya, satu siri kursus akan diadakan sebagaimana berikut: 

Tarikh : 1Mac -2 Mac 2013 dan 8 Mac - 9 Mac 2013
Tempat : SJK(C) Kuala Kemaman, Kemaman.



Anda boleh berhubung terus dalam kadar segera mungkin kepada : 


Encik Lee Teik Soon
PTPS Bola Keranjang MSST selaku
Setiausaha Kursus Kejurulatihan

leeteiksoon@yahoo.com.

Monday 11 February 2013

PENGURUSAN KURIKULUM TAHUN 2013 ... PENILAIAN & PEPERIKSAAN

JAWATANKUASA KURIKULUM STRANDARD SEKOLAH RENDAH [KSSR]

Penasihat : Encik Sulaiman bin Muda (Guru Besar)
Pengerusi : Puan Roziana binti Sulong (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi I : Puan Siti Zainun binti Ismail @ Muda (GPK HEM)
Naib Pengerusi II : Encik Esham bin Busu (GPK Kokurikulum)
Penyelaras KSSR : Puan Laileesun binti Ishak
Setiausaha : Encik Wan Rosdi bin Wan Hasan

AJK : Guru-guru KSSR

JAWATANKUASA PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH [PBS]

Penasihat : Encik Sulaiman bin Muda (Guru Besar)
Pengerusi : Puan Roziana binti Sulong (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi I : Puan Siti Zainun binti Ismail @ Muda (GPK HEM)
Naib Pengerusi II : Encik Esham bin Busu (GPK Kokurikulum)
Penyelaras : Encik Zaharuddin bin Abd. Razak
Setiausaha : Encik Nik Rozi bin Nik Ishak

AJK :
Guru-Guru KSSR
Guru Sains Tahun 4,5,dan 6
Guru Bahasa Melayu 4, 5, dan 6
Guru Pendidikan Agama Islam Tahun 4,5 dan 6

JAWATANKUASA PEPERIKSAAN

Penasihat : Encik Sulaiman bin Muda (Guru Besar)
Pengerusi : Puan Roziana binti Sulong (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi I : Puan Siti Zainun binti Ismail @ Muda (GPK HEM)
Naib Pengerusi II : Encik Esham bin Busu (GPK Kokurikulum)
Penyelaras : Encik Zaharuddin bin Abd. Razak
Setiausaha : Encik Mohd Adnan bin Seman

AJK :
Tahun 1 - Encik Nik Rozi bin Nik Ishak
Tahun 2 - Encik Wan Rosdi bin Wan Hasan
Tahun 3 - Encik Muhammad Syafiq Ta Oo bin Abdullah
Tahun 4 - Puan Meriam binti Chik
Tahun 5 - Encik Mohd Adnan bin Seman
Tahun 6 - Puan Laileesun binti Ishak
Prasekolah - Puan Nik Muniza binti Ishak

PENGURUSAN KURIKULUM TAHUN 2013 ... KECEMERLANGAN UPSR

JAWATANKUASA KECEMERLANGAN UPSR

Penasihat : Cikgu Sulaiman bin Muda (Guru Besar)


Pengerusi : Cikgu Roziana binti Sulong (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi I : Cikgu Siti Zainun binti Ismail @ Muda (GPK HEM)
Naib Pengerusi II : Cikgu Esham bin Busu (GPK Kokurikulum)


Penyelaras UPSR : Cikgu Zaharuddin bin Abd. Razak


Setiausaha : Cikgu Laileesun binti Ishak
Bendahari : Cikgu Roziana binti Sulong

AJK : Guru-guru Tahun 6


Guru Subjek BM - Cikgu Wan Rosdi bin Wan Hasan
Guru Subjek BI - Cikgu Laileesun binti Ishak
Guru Subjek Matematik - Cikgu Sulaiman bin Muda
Guru Subjek Sains - Cikgu Zaharuddin bin Abd. Razak
Guru Subjek PAI - Ustazah Siti Zainun binti Ismail @ Muda

PENGURUSAN KURIKULUM TAHUN 2013 ... JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH

JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH

Penasihat : Cikgu Sulaiman bin Muda (Guru Besar)
Naib Pengerusi : Cikgu Roziana binti Sulong (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi I : Ustazah Siti Zainun binti Ismail @ Muda (GPK HEM)
Naib Pengerusi II : Cikgu Esham bin Busu (GPK Kokurikulum)
Setiausaha : Cikgu Nik Muniza binti Setapa

AJK :

Panitia Bahasa Melayu : Cikgu Wan Rosdi bin Wan Hassan

Panitia Bahasa Inggeris : Cikgu Laileesun binti Ishak

Panitia Sains : Cikgu Zaharuddin bin Abd Razak

Panitia Matematik : Cikgu Muhammad Syafiq Tan Oo bin Abdullah

Panitia Pendidikan Agama Islam : Ustazah Meriam binti Chik

Panitia Kajian Tempatan : Ustaz Adnan bin Seman

Panitia Kemahiran Hidup : Cikgu Wan Rosdi bin Wan Hassan

Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan : Cikgu Zaharuddin bin Abd Razak

Panitia Pendidikan Seni Visual : Ustazah Siti Zainun binti Ismail @ Muda

Panitia Pendidikan Muzik : Ustazah Meriam binti Chik

Panitia Pendidikan Sivik Kenegaraan : Ustazah Siti Zainun binti Ismail @ Muda

Thursday 24 January 2013

Teks Selawat


Asal Usul Sambutan Maulidur Rasul


Maulidur Rasul tidak pernah disambut oleh Rasulullah SAW walaupun sekali. Begitu juga para sahabat, tidak pernah menyambut hari kelahiran Rasulullah sewaktu hayat Baginda. 

Malah sahabat-sahabat sendiri pada zaman itu tidak pernah menyambut hari kelahiran mereka. Hal ini kerana sambutan itu belum menjadi budaya mereka pada waktu itu.

Pada zaman awal Islam belum ada keperluan untuk mereka menyambut hari kelahiran kerana mereka tidak mahu memikirkan usia mereka. Mereka juga tiada keperluan untuk menyambut hari kelahiran Rasulullah kerana setiap hari mereka boleh bertemu Rasulullah terutama apabila berasa rindu. Mereka ini meskipun tiada berkesempatan untuk bertemu Rasulullah, sekurang-kurangnya selawat akan meniti pada bibir mereka.

Tetapi pada zaman tabi’in, umat Islam sudah berselerakan ke seluruh dunia dan dalam keadaan itu mereka semakin jauh dengan Makkah dan Madinah. Tidak dinafikan, sebahagian mereka lupa untuk mengamalkan Islam lantaran semakin jauh daripada roh ajaran dan perjuangan Rasulullah. Mujurlah ulama masih ada lalu mengambil inisiatif untuk membimbing orang ramai ke jalan benar.

Di celah-celah itu lahirlah sebuah karya yang diberi nama al-Barzanji nukilan Syeikh Jaafar al-Barzanji. Di dalamnya mengandungi kisah Rasulullah SAW semasa kelahiran sehingga wafatnya.

Kemudian kisah itu dibacakan kepada orang ramai yang dipersembahkan dengan cara yang menarik bagi membangkitkan rasa kecintaan kepada Rasulullah SAW dan perjuangannya.

Namun untuk membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dalam jumlah yang lebih ramai maka diadakan majlis itu pada hari kelahiran Rasulullah SAW. Di sinilah bermulanya sambutan Maulidur Rasul dalam sejarah Islam.

Hari itu dipilih bukan semata-mata untuk sambutan hari lahir tetapi satu taktik untuk mengumpul orang bagi memperdengarkan kisah Rasulullah SAW yang semakin dilupakan. Semoga umat boleh kembali kepada ajaran Rasulullah seperti zaman sahabat dahulu.

Berdasarkan sejarah itu, maka sambutan Maulidur Rasul yang dilaksanakan pada hari ini seharusnya bukan semata-mata untuk meraikan hari kelahiran Rasul. Itu bukanlah matlamat asal sambutan tetapi lebih kepada usaha mengingatkan kembali umat Islam kepada Rasulullah SAW dan perjuangannya.

Oleh sebab itu, acara yang boleh dihidangkan pada hari itu boleh dipelbagaikan asalkan menjurus kea rah menyedarkan umat Islam kea rah mengingati Rasulullah dan perjuangannya. Kalau dahulunya dibacakan barzanji tentu tidak salah pada hari ini disampaikan ceramah di samping pembacaan sejarah Rasulullah, bernazam, bernasyid, membaca al-Quran dan banyak lagi.

Yang penting semua itu boleh menyedarkan umat Islam kepada mengingati perjuangan Rasulullah. Dengan acara tersebut tidak timbul isu bidaah seperti yang selalu kita dengar dakwaannya pada hari ini kerana semua aktiviti itu pernah berlaku pada zaman Rasulullah SAW dan baginda tidak pula melarangnya.

Pada hari ini kita tambahkan lagi aktiviti dengan perarakan sepanduk sambil berselawat dan niatnya juga untuk membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW. Amalan berarak ini pernah dilakukan para sahabat ketika menyambut ketibaan Rasulullah SAW di Madinah dari Makkah. Ternyata perbuatan sahabat itu tidak dilarang oleh Baginda.

Sempena sambutan itu juga, ditambahkan acara memberi anugerah dan penghargaan kepada orang tertentu. Amalan ini juga dilihat baik dan boleh membawa kepada rasa minat seseorang untuk mencontohi Rasulullah. 

Sambutan ini perlu dibezakan dengan sambutan Barat terhadap sambutan hari lahir diri sendiri, sambutan acara potong kek, menyanyi dan menari dan sebagainya dan juga tidak sama dengan sambutan hari lahir bagi orang yang hidup dengan mati.

Sambutan hari lahir orang yang masih hidup sepatutnya untuk mahabbah diri, amalan yang telah dilakukan dan menginsafi diri beberapa hari lagi yang berbaki untuk hidup.

Manakala sambutan hari kelahiran untuk orang yang sudah meninggal dunia adalah untuk mengambil iktibar dan teladan yang baik sebagai motivasi hidup.

Jadi, amalan kita pada hari ini menyambut Maulidur Rasul diharap diterima oleh Allah SWT sebagai ibadah.


InsyaAllah. - Ustaz Hj Ahmad Baei Jaafar.

Dipetik artikel Asal Usul Sambutan Maulidur Rasul bertarikh : Khamis, Mac 29, 2012 daripada laman : http://www.lamankongsi.com

Salam Maulidur Rasul 12 Rabiul Awal 1434 Hijriah

Seluruh Warga SK Menerong
mengucapkan
Selamat Menyambut Maulidur Rasul
Buat Semua Muslimin dan Muslimat

Wednesday 23 January 2013

PELAKSANAAN APLIKASI PANGKALAN DATA MURID (APDM)




Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membangunkan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) yang berfokus kepada sistem satu pangkalan data tunggal bagi murid di seluruh negara. APDM ini boleh diakses melalui laman web http://sekolahmalaysia.com

Haji Sufa'at bin Tumin
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
(Sektor Operasi Pendidikan)
Kementerian Pelajaran Malaysia

Warga SK Menerong...

Warga SK Menerong...

www.satisfaction.com