Mutiara kata “Orang yang paling lama mengalami kesusahan ialah orang yang dengki, orang yang paling tenang ialah orang yang Qana’ah. Yang paling rendah kehidupannya ialah orang yang menolak dunia. Dan orang yang paling besar penyesalan ialah orang yang berilmu melampaui batas”.
Huraian
Sifat dengki adalah antara sifat mazmumah yang menyusahkan banyak pihak. Para pendengki sanggup melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan sesiapa sahaja yang didengkinya, sebagai individu kita diingatkan agar tidak dengki atau iri hati kepada rakan-rakan yang lain dalam mengejar cita-cita. Pelajar harus ingat hasil kejayaan berdasarkan usaha yang telah kita lakukan.
Firman Allah S.W.T yang bermaksudnya “Dan orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami, sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan kami (yang menjadi mereka gembira dan beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan Allah) ialah beserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.” (Al-Ankabut :69)
Andai kita berterusan iri hati atau dengki kepada rakan-rakan kita, tidak ada hasil yang baik dapat dilihat secara hakiki tetapi para pendengki ini biasanya tidak senang duduk sehinggalah ia berjaya melakukan sesuatu yang negatif kepada musuhnya, tetapi ia akan terus mencari pemangsa untuk meneruskan hasad dengki ini kepada sasaran atau orang yang lain pula.
Qana’ah pula adalah sifat mahmudah iaitu bersyukur dengan apa yang ada pada kita. Sentiasa menjadi orang berterima kasih dengan apa yang kita milki sama ada berbentuk harta atau pun fizikal. Kita tidak perlu menjadi manusia yang sombong dengan apa yang dimiliki. Andai kita berjaya dengan cemerlang pun seharusnya kita menjadi orang yang sentiasa bersyukur dengan kejayaan yang diperolehi, ucapan penghargaan dan terima kasih perlu diberikan kepada mereka yang telah berkorban masa, harta, jiwa dan raga demi melihat kita berjaya.
Kita juga perlu ingat bahawa ilmu yang dipelajari itu seharusnya dikembangkan dan diberi penambahbaikan, seterusnya diamalkan agar ia terus hidup dan menjadi hidangan kepada generasi akan datang. Kita juga perlu ingat tuntutlah ilmu walau ke negera Cina, pergilah sejauh mana pun dalam menuntut ilmu tetapi jangan sampai maruah diri tergadai, lupa asal usul, dan cepat terpengaruh dan lupa akhirat. Harus juga diingatkan keberkatan sesuatu ilmu perlu untuk digunakan sebagai kemahiran dalam hidup.

No comments:
Post a Comment