Renungan...
Sunday, 28 November 2010
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) ... Hasrat Pendidikan
TERAS PEMBANGUNAN KURIKULUM
• Falsafah Pendidikan Kebangsaan
• Dasar Pendidikan Kebangsaan
• Wawasan 2020
• Rangka Rancangan Jangka Panjang
• Cabaran Abad Ke-21
• Model Baru Ekonomi (MBE)
• Teori Pembelajaran
• 4 Pillars of Education (UNESCO)
dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi
• Berilmu Pengetahuan
• Berketrampilan
• Percaya kepada Tuhan
• Berakhlak Mulia
• Berkeyakinan
• Murid yang Berdikari
Global Player
• Daya Saing
• Daya Tahan
• Kemahiran Berkomunikasi
• Jati Diri
Warga Negara Bertanggung jawab
• Berbudi
• Bersatu padu
• Patriotik
• Adil
• Penyayang
• Berbakti
Pekerja Berilmu
• Inovatif
• Kreatif
• Dahagakan Ilmu
• Menguasai Kemahiran Teknologi Maklumat & Komunikasi
• Pencipta Teknologi
• Belajar Sepanjang Hayat
Transformasi Pendidikan ... KSSR
· Bentuk
· Organisasi
· Kandungan
· Peruntukan Masa
· Pedagogi
· Pentaksiran
· Pengurusan Kurikulum
· Bahan
Konsep Kurikulum Transformasi Sekolah Rendah
• Berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
• Berasaskan Prinsip KBSR :
- Pendekatan Bersepadu
- Perkembangan Individu Secara Menyeluruh
- Peluang dan Kualiti Pendidikan yang Sama untuk Semua Murid
- Pendidikan Seumur Hidup
Elemen Nilai Tambah
• Kreativiti dan Inovasi
• Keusahawanan
• Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Mengapa Standard?
• Memastikan SEMUA murid melepasi standard yang ditetapkan
• Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas
• Mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for learning)
• Mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran
• Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah
Modul PENDAHULU ... November 2010 [5] ... Gembira Itu Membahagiakan
GEMBIRA ITU MEMBAHAGIAKAN
Hati yang gembira boleh diwajahkan dengan gembira tetapi wajah yang gembira tidak semestinya mempunyai hati yang gembira. Bergembira atau busyra ialah sifat maknawi dan rohani. Ia ialah sifat atau tabiat semula jadi. Ertinya ditahan tidak boleh, disuruh pun tidak boleh. Sampai masa, bila berhadapan dengan sesuatu yang menyenangkan atau menghiburkan, dengan sendirinya hati berbunga atau terhibur atau terasa gembira.
Oleh itu, rasa gembira bukan boleh dibuat-buat. Kalau dibuat-buat, rasa gembira itu walaupun sifat batiniah, ia datang dari dalam diri iaitu bermula dari jiwa atau hati kita. Namun tandanya nampak di muka atau kesannya lahir di muka atau dengan kata-kata yang lain, gembira yang di dalam hati itu nampak ceria di muka. Hendak cuba ditutup-tutup, ia lahir juga di muka. Apa yang lahir di muka itu, tanda senang yang ada di dalam hati manusia atau gembira yang ada di jiwa manusia.
Begitulah juga rasa susah yang bersifat maknawi dan rohani itu. Ia adalah sifat atau tabiat semula jadi. Ia akan ternyata di muka. Hendak cuba-cuba ditutup, amat payah sekali walaupun orang yang sangat kuat imannya dengan Allah Taala. Gembira dan dukacitanya boleh disembunyikan atau boleh ditutup hingga tidak berkesan di muka. Orang tidak tahu, sama ada dia gembira atau dukacita, kerana dia kelihatan seorang yang tenang sahaja. Ini ialah manusia yang luar biasa.
Bagi orang yang emosional, nafsunya belum terdidik, rasa gembira dan dukacita itu nampak sangat terserlah di muka. Bahkan gembiranya hingga terlonjak-lonjak dan bersorak-sorak, terpekik-pekik dan bertepuk-tepuk tangan. Begitu juga kalau dukacita. Nampak pula di raut mukanya, seperti termenung, muram, diam, tidak mahu bercakap, atau mulut akan mengomel-ngomel dan bercakap meluahkan rasa hati yang tidak senang itu sehingga didengar dan diketahui oleh orang sekeliling.
Di antaranya seperti yang kita sebutkan di bawah ini:
1. Mendapat sesuatu yang menyenangkan kita, yang kita tidak duga, seperti orang hadiahkan kita duit, naik pangkat dan sebagainya.
2. Mendapat sesuatu yang memang kita hajatkan seperti ingin lulus di dalam peperiksaan, tiba-tiba lulus. Meminta kerja, tiba-tiba dapat. Ingin naik pangkat, tiba-tiba naik pangkat.
3. Mendapat atau pulangnya orang yang kita cintai seperti kepulangan anak kita dari luar negeri, pulangnya isteri kita setelah balik dari kampung dan sebagainya.
4. Bertemu atau kedatangan orang yang kita hormati dan cintai seperti ibu bapa kita, pemimpin yang kita hormati dan sayangi dan lain-lain.
5. Mendengar musuh peribadi kita atau musuh perjuangan kita mendapat kesusahan dan lain-lain.
6. Dapat mengalahkan musuh peribadi atau musuh perjuangan, atau musuh tertawan, ataupun lawan jadi kawan.
7. Kesalahan atau kesilapan kita diberi maaf oleh ibu bapa, guru, kawan kita dan lain-lain.
8. Terlepas daripada hukuman mahkamah atau bala bencana yang kita fikir selama ini mungkin kita tidak terlepas daripada hukuman itu atau daripada bala itu.
9. Kita terasa disayangi oleh orang yang kita hormati atau cintai atau disayangi oleh pengikut kita atau orang ramai.
10. Habisnya hukuman yang kita jalani di dalam tempoh sekian lama.
11. Orang membayar hutang kita yang sudah lama tidak dibayar.Bahkan kita sudah melupakannya.
12. Dapat membayar hutang kepada orang yang selama ini sangat membelenggu diri dan menyusahkan kita. Lebih-lebih lagi orang yang punya hutang selalu sahaja memintanya.
13. Orang bayarkan hutang kita. Atau orang itu halalkan sahaja tanpa kita membayarnya. Terasa lega dan lapang hati kita dibuatnya.
14. Terlepas daripada kesusahan hidup atau sembuh daripada sakit yang selama ini kita alami bertahun-tahun lamanya.
15. Mendapat semula barang yang hilang yang sangat berharga kepada kita atau bertemu semula dengan keluarga kita yang selama ini sudah lama terputus dan terpisah.
16. Dapat mengerjakan ibadah pada masanya.
17. Dapat menolong orang yang mendapat kesusahan seperti menolong orang yang miskin, membayarkan hutang orang, mendamaikan dua orang atau dua kumpulan yang bermusuhan. Inilah di antara kegembiraan yang biasa berlaku di dalam kehidupan.
Thursday, 25 November 2010
Wednesday, 24 November 2010
Tuesday, 23 November 2010
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) ... Latar Belakang
* Pembangunan modal insan
* Penghasilan pelajar celik minda
* Pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat
* Program membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan Ulul al-bab
Teras ke-2 PIPP
Dasar
Membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni
Matlamat
Memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, menerapkan nilai
Kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa relevan bagi melahirkan modal insan seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan
Kurikulum Sekolah Rendah
1983 – Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
1993 – Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
2003 – KBSR (Semakan)
2011 – Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Transformasi Kurikulum
Proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.
Dipetik daripada Edaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Keluaran Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaram Malaysia
Monday, 22 November 2010
Cadangan Pengerusi Panitia ... Sesi Persekolahan Tahun 2011
- Panitia Bahasa Melayu : Cikgu Roziana Sulong
- Panitia Bahasa Inggeris : Cikgu Laileesun Ishak
- Panitia Matematik : Cikgu Robaiyyah Alias
- Panitia Sains : Cikgu Nik Rozi Nik Ishak
- Panitia Pendidikan Agama Islam : Ustazah Meriam Chik
- Panitia Pendidikan Seni Visual : Cikgu Rasidah Sarkom @ Othman
- Panitia Pendidikan Muzik : Cikgu Laileesun Ishak
- Panitia Sivik Kewarganegaraan : Ustazah Siti Zainun Ismail @ Muda
- Penitia Pendidikan Jasmani & Kesihatan : Cikgu Esham Busu
- Panitia Kemahian Hidup : Cikgu Zaharuddin Abdul Razak
- Panitia Kajian Tempatan : Ustazah Meriam Chik
Sumber : Cikgu Roziana Sulong, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, SK Menerong
Cadangan Guru Kelas ... Sesi Persekolahan Tahun 2011
Prasekolah - Cikgu Nik Muniza Setapa
Tahun 1 - Cikgu Nik Rozi Nik Ishak
Tahun 2 - Cikgu Hajjah Rasidah Sarkom @ Pthman
Tahun 3 - Cikgu Robaiyyah Alias
Tahun 4 - Ustazah Meriam Chik
Tahun 5 - Cikgu Laileesun Ishak
Tahun 6 - Cikgu Zaharuddin bdul Razak
Pemulihan - Cikgu Azlina Alias
Sunday, 21 November 2010
Modul PENDAHULU ... November 2010 [5] ... Sabar itu Indah
SABAR ITU INDAH
Sabar itu menahan diri daripada keluh kesah pada sesuatu yang tidak disukai. Sifat sabar sangat perlu ketika menghadapi karenah manusia, bencana, halangan serta larangan.
Setiap kali bencana datang menimpa sama ada banjir, gempa bumi, tsunami, runtuhan dan macam-macam lagi bencana di luar kotak pemikiran kita. Mereka yang berjaya melalui saat genting dengan penuh rasa insaf, takut dan berharap agar diberi ketenangan dan belajar menerima dengan redha apa yang berlaku. Waktu ini kesabaran yang sangat tinggi diperlukan untuk menerimanya. Pasti hikmah kejadian yang berlaku akan memberi kesan keinsafan dalam diri dan menjadi titik mula perubahan yang baik. Pada akhirnya kita pasti mensyukuri setiap detik yang kita lalui memberi kekuatan dan makna dalam kehidupan.
Menahan diri daripada keluh kesah dan mengadu kepada yang lain selain daripada Allah S.W.T ketika berlaku sesuatu bala atau bencana dalam mengerjakan segala perintah Allah. Andai Allah menguji kita dengan kesakitan dan penderitaan hidup, bersabarlah, dan ingatlah bahawa Allah itu sangat merindui rintihan dan pengaduan hamba-Nya.
Menahan diri dalam meninggalkan segala larangan Allah. Menahan diri sifat sabar itu dipuji pada syara‘ kerana seseorang yang bersifat sabar menunjukkan ia beriman dengan sempurna kepada Allah dan menunjukkan kita taat serta menjunjung segala perintah agama.
Orang yang beriman kepada Allah mengetahui bahawa segala perkara yang berlaku ke atas dirinyaialah kehendak Allah yang tidak dapat dielak lagi. Begitulah juga orang yang taat, tidak akan berasa susah dalam mengerjakan segala perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya.
Saturday, 20 November 2010
Modul PENDAHULU ... November 2010 [4] ... Senyum itu Sedekah
SENYUM ITU SEDEKAH
“Senyum itu ialah sedekah, Senyum penawar duka, senyum gambaran kemanisan hidup, senyum penyatuikatan, senyum pelerai persengketaan, senyum penawar kesakitan, senyum meredakan tekanan, senyum pemanis wajah, senyum membahagiakan kehidupan dan senyum juga lambang ketinggian peribadi dan ciri-ciri akhlak terpuji.”
Huraian :
Senyuman ialah tingkah laku yang boleh menyenangkan dan elemen yang boleh mengurangkan rasa tertekan apabila melalui situasi yang sukar, tegang, cemas atau sebaliknya. Kita perlu mengamalkan ini bukan sekadar untuk memikat orang lain atau untuk mempengaruhi orang lain dengan senyuman kita, tetapi senyuman perlu lahir dari hati yang ikhlas agar senyuman itu mendapat pahala.
Senyuman lambang kemanisan wajah yang menceriakan suasana dan sekaligus menghilangkan tekanan yang dihadapi setelah penat belajar dan bekerja seharian, apabila semua individu memahami tingkah laku ini sangat mudah untuk ditonjolkan dan tidak perlu menggunakan otot yang banyak untuk mengukir sebuah senyuman.
Bila bersengketa dua insan sudah tentu tidak bertegur sapa, tetapi cadangan senyuman sebagai pelerai persengketaan ialah idea yang sangat bagus dan boleh diamalkan. Namun seharusnya, senyuman pelerai ini perlu diringi dengan kemaafan yang tulus daripada kedua-dua belah pihak.
Senyuman sangat perlu diukir ketika menziarahi rakan taulan atau saudara yang sedang menderita sakit, bila menziarahi mereka, ekspresi pertama ialah senyum kepada mereka, senyuman itu sudah cukup melegakan biarpun ketika itu dia sedang menanggung derita sakit yang berat.
Keluarga bahagia juga perlukan senyuman setiap ahli di dalamnya kerana senyuman itu membahagiakan sekiranya semua ahli memainkan peranan menceriakan keluarga dengan lemparan senyuman setiap hari oleh ayah, ibu dan anak-anak kesayangan.