Setelah mencapai keputusan yang membanggakan dalam UPSR 2014, pihak sekolah dengan kerjasama PIBG telah mengadakan majlis kesyukuran. Majlis ini disertai oleh semua guru, kakitangan, murid-murid, pihak PIBG dan semua ibubapa.
Pihak sekolah juga telah menjemput penceramah jemputan untuk menyampaikan motivasi kepada para ibubapa dan murid tahun 5 dan 6.
SK Menerong [TBA 5014] merupakan sebuah sekolah yang terletak di dalam daerah Hulu Terengganu. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) Luar Bandar. Proses P & P di sekolah ini berjalan pada sidang pagi sahaja. Pada waktu petang, bilik-bilik darjah digunakan untuk kelas Fardhu Ain (KAFA) bagi murid Tahun 2, 3, 4, dan 5 yang diadakan pada hari Ahad, Isnin, dan Rabu sahaja.
Talian Tel. : 09-6125625
Talian faks.: 09-6129954
Alamat email : skmenerong@gmail.com
Renungan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment