Setelah memenangi Bola Baling dengan jayanya pada peringkat zon KDSR 3, SK Menerong meneruskan perjuangan ke peringkat daerah yang berlangsung di SK Tok Randok.
Kejohanan ini bermula pada 12 hingga 14 Februari 2015.
Pada peringkat ini, SK Menerong hanya berjaya mara ke peringkat separuh akhir sebelum ditewaskan oleh SK Bukit Perah.
Tahniah dan yabas diucapkan.
SK Menerong [TBA 5014] merupakan sebuah sekolah yang terletak di dalam daerah Hulu Terengganu. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) Luar Bandar. Proses P & P di sekolah ini berjalan pada sidang pagi sahaja. Pada waktu petang, bilik-bilik darjah digunakan untuk kelas Fardhu Ain (KAFA) bagi murid Tahun 2, 3, 4, dan 5 yang diadakan pada hari Ahad, Isnin, dan Rabu sahaja.
Talian Tel. : 09-6125625
Talian faks.: 09-6129954
Alamat email : skmenerong@gmail.com
Renungan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment