SK Menerong [TBA 5014] merupakan sebuah sekolah yang terletak di dalam daerah Hulu Terengganu. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) Luar Bandar. Proses P & P di sekolah ini berjalan pada sidang pagi sahaja. Pada waktu petang, bilik-bilik darjah digunakan untuk kelas Fardhu Ain (KAFA) bagi murid Tahun 2, 3, 4, dan 5 yang diadakan pada hari Ahad, Isnin, dan Rabu sahaja.
Talian Tel. : 09-6125625
Talian faks.: 09-6129954
Alamat email : skmenerong@gmail.com

Renungan...

Tuesday, 17 April 2012

PERTANDINGAN MENULIS SURAT 1MALAYSIA 2012

Ruj.Kami : PPDHT 06/05/001 Jld.3 ( )
Tarikh : 16 April 2012


Semua Guru Besar / Pengetua
Sekolah Daerah Hulu Terengganu


Tuan,

Dengan hormatnya merujuk perkara di atas, surat Kermenterian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia KPKK: SKOM/KP(S)600-4/3 Jld4 (4) bertarikh 27 Mac 2012 adalah berkaitan.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa ekoran sambutan menggalakkan oleh pelajar sekolah seluruh negara pada pertandingan 2010 dan 2011, Kementerian berkenaan dengan kerjasama Pos Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia sekali menganjurkan pertandingan seumpamanya tahun ini.

3. Sehubungan dengan itu, pejabat ini mengesyor dan sangat menggalakkan penyertaan pelajar dari sekolah tuan. Di samping mempraktikkan teori ajaran guru dan mengasah bakat, pelajar juga berpeluang mengalami penulisan surat secara realiti. Hadiah lumayan menanti pelajar yang dipilih sebagai pemenang. Sijil Penyertaan akan diberikan kepada setiap penyertaan.

4. Bersama ini dilampirkan salinan surat berkenaan berserta maklumat dan syarat pertandingan. Bagi mendapatkan maklumat dan keterangan lanjut, pihak tuan/pelajar boleh melayari laman sesawang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia www.skmm.gov.my atau Pos Malaysia www.pos.com.my.

5. Kerjasama tuan menyahut saranan ini sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

‘Pendidik Penyayang Murid Berkualiti’
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

- tt -
(MOHD HASAN BIN MAT RAHIM)
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah
Pengurusan Kurikulum (Bahasa)
b/p Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu


s.k- - Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu
- Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu

Thursday, 12 April 2012

Daulat Tuanku ... DYMM Yang Dipertuan Agong ke-14

Daripada Seluruh Warga SK Menerong
merafak sembah dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah

Atas Pertabalan
Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia
Yang Dipertuan Agong yang ke-14


Semoga pemerintahan Tuanku akan membawa keharmonian serta kesejahteraan kepada semua rakyat jelata.

Sunday, 8 April 2012

Info Sukan ...



8 hingga 11 April 2012
Pusat Kokurikulum PPD HT (SK Menerong)

Pasukan B18 L = 12 orang
Pasukan B18 P = 12 orang
Pasukan B12 L = 12 orang
Pasukan B12 P = 12 orang
Jumlah Pemain = 48 orang

Saturday, 7 April 2012

Kejohanan Bolasepak MSSM Hulu Terengganu 2012


8 hingga 10 April 2012
Padang SK Bukit Perah, Ajil, Terengganu

Sekolah Kebangsaan Menerong selaku pasukan Naib Johan Bolasepak Zon KDSR3 akan mengiringi Sekolah Kebangsaan Bukit Diman ke Kejohanan Bolasepak B12 MSSM Hulu Terengganu 2012.

Program @ Pusat Kokurikulum PPD Hulu Terengganu


Telah berlangsung Program Perkhemahan Pendidikan Luar Sekolah Menengah Daerah Hulu Terengganu 2012 bermula 3 hingga 5 April 2012 yang lepas. Perkhemahan ini telah melibatkan 150 orang peserta daripada semua sekolah menengah di daerah Hulu Terengganu.

Kawad Kaki, Bantu Mula, Berbasikal dan Berkayak merupakan aktiviti utama sepanjang perkhemahan ini. Seramai 35 orang jurulatih pusat kokurikulum serta guru pengiring telah memberikan kerjasama yang baik bagi menjayakan perkhemahan ini.

Perasmian penutup perkhemahan ini telah disempurnakan oleh Encik Mohd Khalid bin Mustaffa, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu.

Mesyuarat Agung PIBG SK Menerong Kali Ke-29

Mesyuarat Agung PIBG SK Menerong kali ke-29 telah dirasmikan oleh YB Dato' Haji Rosol bin Wahid, Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu kawasan Ajil. Turut hadir wakil Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu, Encik Wan Azhari bin Wan Awang (Pen. Pegawai Pelajaran Daerah-Pembangunan, Perolehan dan Aset). Mesyuarat agung kali ini telah membincangkan satu usul iaitu Penubuhan Tabung Dana Kecemerlangan Pendidikan SK Menerong serta pelantikan Timbalan Pengerusi yang baru bagi menggantikan Encik Sulaiman bin Muda selaku Guru Besar SK Menerong. Mesyuarat telah sebulat suara melantik Encik Zulkifli.

Perasmian Mesyuarat Agung oleh YB Dato' Rosol Wahid, ADUN Ajil

Salah seorang Ahli Jawatankuasa PIBG SK Menerong sedang mengemukan usul

Antara yang hadir ke mesyuarat

Lensa : Aqela Esham Busu

PERTANDINGAN MENULIS SAJAK SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU TAHUN 2012

1. TARIKH PERTANDINGAN
Pertandingan akan bermula pada 01 April hingga 26 April 2012.

2. TEMA SAJAK
Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara.

3. HADIAH
Pertama : Hadiah bernilai RM 300.00 dan Sijil
Kedua : Hadiah bernilai RM 200.00 dan Sijil
Ketiga : Hadiah bernilai RM 100.00 dan Sijil

4. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
  • Penyertaan terbuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pelajaran yang sedang berkhidmat di Terengganu di bawah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.
  • Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar satu (1) sajak ciptaan sendiri yang belum pernah memenangi sebarang sayembara / pertandingan dan belum pernah diterbitkan dalam penerbitan bercetak.
  • Karya yang dihantar mestilah asli dan bertepatan dengan tema yang ditetapkan oleh penganjur serta tidak mengandungi unsur-unsur sensitif.
  • Sajak mestilah menggunakan Bahasa Melayu (Rumi) dan mempunyai tajuk.
  • Jumlah bait sajak hendaklah tidak melebihi 30 bait.
  • Sajak yang dihantar mestilah menggunakan Font Arial, 11 dengan spacing 1.5.
  • Setiap karya yang dihantar, berhak diguna, disiar atau dicetak oleh pihak penganjur di dalam apa-apa bentuk media tanpa perlu izin rasmi penulis. Namun hak cipta karya tetap di tangan penulis.
  • Pemenang akan dihubungi oleh penganjur untuk urusan penyampaian hadiah.
  • Pihak penganjur akan melantik panel penilai yang bebas bagi menentukan karya-karya yang sesuai untuk diisytiharkan sebagai pemenang.
  • Keputusan panel penilai adalah muktamad.

5. PENGHANTARAN PENYERTAAN
Karya hendaklah dilengkapi maklumat peribadi seperti Nama, No. Kad Pengenalan, No.Telefon, Nama Sekolah/Pejabat dan Alamat Rumah (pada helaian lain daripada sajak). Karya boleh dihantar secara online melalui E-mel : ubmspa.jpnt@moe.gov.my atau dihantar ke alamat berikut:

Unit Bahasa Melayu,
Sektor Pengurusan Akademik,
Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu,
Jalan Bukit Kecil,
20604 Kuala Terengganu.
Tel : 09 – 6213316
Fax : 09 – 6234335 / 6213024
(U.P: En. Mohamad @ Johari bin Ambak / Puan Wan Saudah binti Wan Abdullah)

PERTANDINGAN MENULIS SAJAK SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU TAHUN 2012

Ruj. Kami : P.T. 11018-11(27)
Tarikh : 2 April 2012

Semua Pengetua dan Guru Besar,
Negeri Terengganu Darul Iman.

Tuan,

Sukacita dimaklumkan bahawa sempena Sambutan Perayaan Hari Guru tahun 2012, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu akan mengadakan pertandingan di atas bertujuan untuk mengasah bakat dan kreativiti warga pendidik Terengganu dalam seni kreatif penulisan puisi di samping memupuk minat dan kecintaan mereka terhadap bahasa dan Kesusasteraan Melayu.

2. Sehubungan dengan itu, guru-guru sekolah tuan dijemput untuk menyertai pertandingan di atas.

3. Bersama-sama ini dilampirkan maklumat dan syarat-syarat pertandingan tersebut.

4. Sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas, sila hubungi Encik Mohamad @ Johari bin Ambak di talian 019-9840515 @ Puan Wan Saudah binti Wan Abdullah di talian 019-9119973.

Kerjasama dan komitmen tuan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.

“Melestarikan Pendidikan Terbilang”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(HASHIM BIN MOHD ZIN)
Timbalan Pengarah Pelajaran,
b.p. Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu

s.k.
1. Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu - Makluman
2. Semua Pegawai Pelajaran Daerah - Makluman
3. Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Akademik - Makluman

Friday, 30 March 2012

Latihan Pusat Kontinjen Kadet Pertahanan Awam [KAPA] Hulu Terengganu 2012

Tarikh : 29 hingga 31 Mac 2012
Lokasi : Pusat Kokurikulum PPD Hulu Terengganu

Fakta Angka

Enrolmen :
  • Peserta Lelaki : 36 orang
  • Peserta Perempuan : 36 orang
  • Jurulatih Lelaki : 10 orang
  • Jurulatih Perempuan : 10 orang
  • Guru Pengiring Lelaki : 3 orang
  • Guru Pengiring Perempuan : 2 orang
Penyertaan terdiri daripada 5 buah sekolah menengah yang berdaftar dengan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Terengganu.

Tuesday, 27 March 2012

Akademik: Hulu Terengganu mampu bersaing

MOHD. Norizal Nawang (kanan) menyerahkan replika cek tajaan Utusan Malaysia kepada Haji Shafruddin Ali Husin sambil disaksikan YB Haji Mohd. Nor Othman (tengah)

HULU TERENGGANU 25 Mac 2012 : Tahap pencapaian akademik pelajar daerah pedalaman ini disasarkan mampu menyaingi, malah mengatasi daerah lain di negeri ini dalam tempoh setahun lagi.

Pegawai Pelajaran Daerah, Shafruddin Ali Husin berkata, perkembangan tahap pencapaian kecemerlangan dalam akademik dan kokurikulum menunjukkan daerah itu sudah berada pada landasan yang cukup baik.

''Kini persoalan seperti sumber kewangan dan kemudahan bukan lagi halangan, cuma peluang tetapi bagaimana untuk menterjemahkan segala perancangan dengan berkesan melalui usaha dan penglibatan semua pihak.

''Walaupun di kawasan hulu, kita mahu turut menjadi pendahulu," katanya kepada Utusan Malaysia selepas Majlis Pelancaran Projek Hulu Terengganu Cemerlang (HUTeC) 2012 di Sekolah Menengah Tengku Ampuan Intan, di sini hari ini.

Majlis itu disempurnakan Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Mohd. Nor Othman.

Pada majlis yang dihadiri kira-kira 1,000 warga pendidik, ibu bapa dan pelajar cemerlang, Mohd. Nor turut menyampaikan peruntukan khas sebanyak RM40,000 bagi menampung pembiayaan perancangan HUTeC.

Pejabat Pelajaran Daerah menggerakkan usaha terancang melalui HUTeC-2012 bagi memperkasakan pendidikan daerah pedalaman ini seiring dengan perkembangan arus perdana.

Ia melibatkan perkongsian pintar dengan pelbagai pihak turut menyasarkan kecemerlangan kokurikulum dan sahsiah diri yang merangkumi semua aspek jasmani dan rohani.

''HUTeC-2012 merupakan satu penilaian semula segala program yang telah dirancang agar ia terus menggerakkan arus perubahan bagi mencetuskan tradisi kecemerlangan dalam pendidikan di daerah ini," ujarnya.

Beliau menarik perhatian dengan kejayaan Muhammad Nabil Aiman Hasbullah dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan di sini merupakan pelajar pertama di daerah ini yang mendapat gred cemerlang tertinggi dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2011.

Pelajar yang melakar sejarah merintis pencapaian cemerlang itu memperoleh 10A+ dan meletakkannya di tangga keempat terbaik peringkat negeri.

''Lebih membanggakan, kejayaannya turut diikuti oleh 15 pelajar Hulu Terengganu yang mendapat semua A berbanding dengan hanya empat pelajar pada tahun sebelumnya," ujarnya.

Pada majlis itu juga, Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) melalui Ketua Pegawai Eksekutif KIST Kampus Terengganu, Mohd. Norizal Nawang menyerahkan tajaan 10,500 naskhah Utusan Malaysia kepada enam sekolah menengah bagi memanfaatkan sisipan Akhbar Dalam Pendidikan (ADaP) sebagai bahan pengajaran.

Naskhah itu akan diedarkan pada setiap hari persekolahan sepanjang tahun ini kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Ampuan Intan, SMK Ajil, SMK Bukit Diman, SMK Imtiaz, SMK Jenagor dan SMA Mahmudiah.

Sumber :

Utusan Malaysia Online

26 Mac 2012

http://www.utusan.com.my/

Biodata Ringkas : Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu


Encik Zakaria bin Hussin,

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu

" Kita sebagai penjawat awam sama ada berada di Jabatan Pelajaran, Pejabat Pelajaran ataupun sekolah adalah pelaksana segala dasar pendidikan serta dasar-dasar goverment on the day. Kita mesti memahami segala dasar itu sedalamnya dan sebagai golongan teristimewa dalam dunia pendidikan kita mesti memberi pendidikan yang terbaik kepada generasi kita kerana pendidikanlah yang mencorak kehidupan kita hari ini dan kehidupan generasi pada masa hadapan"

Yang Berbahagia En. Zakaria bin Hussin, Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu sempena Majlis Sambutan Pengarah dan Perhimpunan Bulan Kali Ke 3, JPN Terengganu di Dataran Perhimpunan Jabatan pada 25 Mac 2012.

En. Zakaria bin Hussin telah dilahirkan pada 25 April 1955 di Kampung Dusun Nyior, Chukai Kemaman, Terengganu. Beliau mendapat pendidikan rendah di SK Chukai, Kemaman dan meneruskan pendidikan menengah di SMK Khir Johari, Sungai Petani sebelum ke universiti. Setelah menamatkan pengajian dengan memperolehi Sarjana Muda Sains 1979 dan seterusnya Diploma Pendidikan (Matematik) dari UKM pada tahun 1980 beliau memulakan perkhidmatan dalam dunia pendidikan sebagai guru siswazah di SMK Sungai Lembing, Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Beliau kemudiannya diberi kepercayaan menjawat jawatan Guru Penolong Kanan 1 pada 1 Ogos 1990 hingga 31 November 1995 di sekolah yang sama sebelum bertukar ke SMK Chukai, Kemaman. Sebelum dilantik sebagai Penolong Pegawai Pendidikan Kemaman (Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan) pada 2 Januari 1999 beliau pernah menjadi Ketua Bidang Sains dan Matematik serta Guru Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid di SMK Ayer Puteh, Kemaman.

Pada 16 Ogos 2003, beliau telah dilantik sebagai Pengetua SM Teknik Kemaman dan pada 1 Julai 2007 telah dilantik sebagai Pegawai Pelajaran Daerah Kemaman. Sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Pegawai Pelajaran Daerah Kemaman banyak kejayaan dicipta antaranya peningkatan keputusan peperiksaan awam serta pernah meraih keputusan daerah terbaik negeri dalam peperiksaan PMR, SPM dan STPM selain kejayaan dalam bidang sukan dan kokurikulum.

Kerjaya beliau yang cemerlang telah menyakinkan Kementerian Pelajaran Malaysia melantik beliau sebagai Pengarah IPGM Kampus Sultan Mizan, Besut pada 8 Julai 2011 dan pada 12 Mac 2012 secara rasmi beliau diberi kepercayaan memimpin Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu sebagai Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu yang ke 43.

Selain mengikuti berpuluh kursus-kursus professional beliau juga seorang yang aktif dalam beberapa pertubuhan sukan dan kemasyarakatan. Anataranya pernah menjadi Pengerusi Majlis Pengakap Daerah Kemaman, AJK Persatuan Bulan Sabit Daerah Kemaman dan pernah menjadi AJK Lembaga Amanah Ketengah dan berbagai lagi. Beliau meminati sukan bowling dan gemar berjoging.

Di atas jasa-jasa dan sumbangan cemerlang beliau pada tahun 2002 beliau dianugerahi dengan Pingat Jasa Kebaktian dan menerima Anugerah Khidmat Cemerlang (1995,2003,2010).

Kita amat yakin dengan pegalaman beliau yang luas dan kemahiran beliau yang tinggi, pendidikan Terengganu akan terus gemilang dan terbilang. Tahniah tuan. Warga pendidikan Terengganu sentiasa bersama-sama tuan.

Sumber :

Laman Blog Unit Pengurusan Sekolah Rendah,

Sektor Pengurusan Sekolah,

Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu

http://unitrendahspsjpnt.blogspot.com/

Monday, 26 March 2012

Mesyuarat Agung PIBG SK Menerong 2012

Tarikh : 26 Mac 2012
Hari : Isnin
Tempat : Dewan al-Farabi, SK Menerong
Perasmi : YB Dato' Rosol bin Wahid, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Ajil

Sunday, 25 March 2012

Gagasan PPD Hulu Terengganu : HUTeC 2012


KETERANGAN LOGO

WARNA.

1. Oren – Warna Tema Daerah Hulu Terengganu yang melambangkan kecekalan dan keberanian dalam mencapai kecemerlangan yang berterusan.
2. Biru – Melambangkan perpaduan warga Pendidikan Hulu Terengganu dalam usaha mencapai kecemerlangan.

BENTUK.

1. 26 Jalur beralun – melambangkan 26 hasrat PPD yang digariskan untuk mencapai kecemerlangan Pendidikan Daerah Hulu Terengganu.
2. Kerawang – melambangkan kerja/usaha Warga Pendidikan Hulu Terengganu yang sentiasa berusaha dalam mencapai kecemerlangan selaras dengan hasrat kerajaan.
3. Logo Persekutuan, PPD dan 1Malaysia – Melambangkan Warga Pendidikan Hulu Terengganu sentiasa selari dengan dasar Kerajaan Persekutuan.
4. Logo 1Malaysia – Kedudukan logo 1Malaysia di tengah-tengah selaras dengan moto Hulu Terengganu ‘Pendahulu’ yang sentiasa ingin berada di kedudukan pertama dalam setiap bidang.
5. Bentuk Bulat – 2 bulatan (kuning dan biru) melambangkan usaha berganda ke arah mencapai kejituan iltizam dan kerja sepasukan ke arah kecemerlangan.

PERKATAAN.

1. “Hulu Terengganu Cemerlang 2012”.- ikrar ke arah mencapai sasaran Hulu Terengganu Cemerlang 2012.
2. ‘Hulu Terengganu Pendahulu’.- hasrat untuk menjadi pendahulu dalam apa jua bidang samada Pengurusan, Kurikulum, Kokurikulum dan Perkembangan Sahsiah.

Sumber : FB Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu

Warga SK Menerong...

Warga SK Menerong...

www.satisfaction.com