SK Menerong [TBA 5014] merupakan sebuah sekolah yang terletak di dalam daerah Hulu Terengganu. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) Luar Bandar. Proses P & P di sekolah ini berjalan pada sidang pagi sahaja. Pada waktu petang, bilik-bilik darjah digunakan untuk kelas Fardhu Ain (KAFA) bagi murid Tahun 2, 3, 4, dan 5 yang diadakan pada hari Ahad, Isnin, dan Rabu sahaja.
Talian Tel. : 09-6125625
Talian faks.: 09-6129954
Alamat email : skmenerong@gmail.com

Renungan...

Tuesday 17 April 2012

PERTANDINGAN MENULIS SURAT 1MALAYSIA 2012

Ruj.Kami : PPDHT 06/05/001 Jld.3 ( )
Tarikh : 16 April 2012


Semua Guru Besar / Pengetua
Sekolah Daerah Hulu Terengganu


Tuan,

Dengan hormatnya merujuk perkara di atas, surat Kermenterian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia KPKK: SKOM/KP(S)600-4/3 Jld4 (4) bertarikh 27 Mac 2012 adalah berkaitan.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa ekoran sambutan menggalakkan oleh pelajar sekolah seluruh negara pada pertandingan 2010 dan 2011, Kementerian berkenaan dengan kerjasama Pos Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia sekali menganjurkan pertandingan seumpamanya tahun ini.

3. Sehubungan dengan itu, pejabat ini mengesyor dan sangat menggalakkan penyertaan pelajar dari sekolah tuan. Di samping mempraktikkan teori ajaran guru dan mengasah bakat, pelajar juga berpeluang mengalami penulisan surat secara realiti. Hadiah lumayan menanti pelajar yang dipilih sebagai pemenang. Sijil Penyertaan akan diberikan kepada setiap penyertaan.

4. Bersama ini dilampirkan salinan surat berkenaan berserta maklumat dan syarat pertandingan. Bagi mendapatkan maklumat dan keterangan lanjut, pihak tuan/pelajar boleh melayari laman sesawang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia www.skmm.gov.my atau Pos Malaysia www.pos.com.my.

5. Kerjasama tuan menyahut saranan ini sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

‘Pendidik Penyayang Murid Berkualiti’
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

- tt -
(MOHD HASAN BIN MAT RAHIM)
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah
Pengurusan Kurikulum (Bahasa)
b/p Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu


s.k- - Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu
- Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu

No comments:

Warga SK Menerong...

Warga SK Menerong...

www.satisfaction.com