SK Menerong [TBA 5014] merupakan sebuah sekolah yang terletak di dalam daerah Hulu Terengganu. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) Luar Bandar. Proses P & P di sekolah ini berjalan pada sidang pagi sahaja. Pada waktu petang, bilik-bilik darjah digunakan untuk kelas Fardhu Ain (KAFA) bagi murid Tahun 2, 3, 4, dan 5 yang diadakan pada hari Ahad, Isnin, dan Rabu sahaja.
Talian Tel. : 09-6125625
Talian faks.: 09-6129954
Alamat email : skmenerong@gmail.com

Renungan...

Monday, 30 January 2012

PERTANDINGAN ANUGERAH GURU INOVATIF SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2012

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan, Mesyuarat Jawatankuasa Induk Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2012 Bil.1/2012 pada 27 Disember 2011 memutuskan Anugerah Guru Inovatif 2012 akan dilaksanakan sempena sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu 2012.

3. Matlamat anugerah ini adalah untuk melahirkan guru yang mampu menghasilkan inovasi dalam pelaksanaan kurikulum dan dapat meningkatkan profesionalisme keguruan.

4. Sehubungan dengan itu, kami mohon jasa baik tuan untuk menghantar pencalonan yang memenuhi syarat-syarat pertandingan mengikut kategori berikut:

a) Prasekolah - 1 pencalonan
b) Individu Sekolah Rendah - 1 pencalonan
c) Individu Sekolah Menengah - 1 pencalonan
d) Kumpulan - 1 pencalonan

5. Pencalonan akan dinilai diperingkat saringan berdasarkan kertas kerja (Lampiran C). Calon-calon yang melepasi saringan akan dihakimi di sekolah masing-masing oleh panel hakim. Persembahan dalam bentuk power point hendaklah disediakan oleh calon berkenaan semasa penghakiman.

6. Semua pencalonan berserta kertas kerja hendaklah dihantar kepada urus setia sebelum atau pada 28 Februari 2012. Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Mohd Razali bin Ismail, Penolong Pengarah Sains ditalian 09-6213312/013-9392670. Pencalonan yang diterima selepas tarikh tertera di atas tidak akan dihakimi.

7. Segala urusan surat menyurat dan pencalonan anugerah ini hendaklah dialamatkan kepada: Urus setia, Unit Sains, Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, Jalan Bukit Kecil, 20604 Kuala Terengganu, Terengganu (u.p. En. Mohd Razali bin Ismail).

8. Bersama-sama ini dilampirkan syarat-syarat dan maklumat berkaitan dengan anugerah ini untuk makluman dan tindakan tuan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

“Melestarikan Pendidikan Terbilang”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(HASHIM BIN MOHD ZIN)
Timbalan Pengarah Pelajaran
b.p. Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu

Saturday, 28 January 2012

Portal Pendidikan Sains Angkasa : Fenomena Ribut Matahari

Bumi berdepan ribut solar terkuat

Rahayati Binti Ali | 25/01/2012 04:58 PM

Beberapa pegawai cuaca angkasa lepas menyatakan ribut solar terkuat dalam tempoh enam tahun dijangka akan menghamburkan radiasi ke Bumi, manakala banyak lagi dijangka berlaku daripada letusan seterusnya yang berlaku dengan pantas.

Sebelum ini, radiasi ribut solar cuma menggangu satelit dan mendatangkan masalah kepada angkasawan yang berada di angkasa lepas. Namun, ia juga boleh menyebabkan gangguan komunikasi pada pesawat yang berada di udara.

Ribut suria yang berlaku kira-kira jam 11 malam (waktu AS) Ahad lalu akan menghentam Bumi dengan tiga kesan berbeza pada tiga tempoh berlainan. “Isu terbesar adalah radiasi yang akan berlaku,” kata Pusat Ramalan Cuaca Pentadbiran Angkasa Lepas dan Kelautan Kebangsaan di Colorado.

Ahli fizik Pusat Cuaca Angkasa AS, Doug Biesecker berkata, perkara yang paling membimbangkan mengenai ribut solar adalah radiasi yang akan dilepaskannya. Radiasi daripada ribut solar yang berlaku pada Ahad lalu tiba di Bumi dalam masa sejam dan dijangka berterusan sehingga ke hari ini. Tahapnya dianggap kuat tetapi beberapa ribut akan menjadi lebih besar. Ada dua tahap radiasi yang tinggi dalam skala ribut solar. Walaubagaimanapun, ribut ini adalah yang paling tinggi tahap radiasinya sejak Mei 2005, katanya.

Beliau berkata radiasi yang dihasilkan adalah dalam bentuk proton, berhamburan dari Matahari pada kelajuan 150 juta kilometer sejam. “Secara keseluruhannya, jumlah ruang antara Bumi dan planet Musytari dipenuhi proton dan anda tidak boleh menghapuskannya kerana kesannya bertahan selama beberapa hari,” katanya.

Jurucakap dari Agensi Angkasa Lepas Amerika (NASA), Rob Navias berkata, pakar dalam penerbangan dan pakar solar yang memeriksa nyalaan suria, sudah menjangkakan kesan dan memutuskan bahawa enam angkasawan yang berada di Stesen Angkasa Antarabangsa tidak perlu berbuat apa-apa untuk melindungi diri mereka daripada radiasi.

Plasma yang keluar dari Matahari ekoran ribut solar berkenaan pula dijangka tiba di Bumi semalam. Ia dijangka akan menyebabkan gangguan pada grid elektrik di Bumi.

http://astronomi.angkasa.gov.my/

MajalahSains.Com : FENOMENA RIBUT MATAHARI

Fenomena Ribut Matahari Cetus Kebimbangan
by editor on Jan 24, 2012 • 4:53 pm

Fenomena ledakan yang berlaku di matahari yang dikaitkan dengan ribut matahari telah berlaku pada hari Isnin 23 Jan 2012 . Ledakan terkini atau aktiviti matahari terkini dicatatkan sebagai yang paling kuat sejak tahun 2005, menurut Doug Biesecker, pakar astrofizik dari U.S National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA). Walaubagaimanapun, ia bukanlah sesuatu yang boleh mencetuskan malapetaka di bumi, ujarnya lagi.

Fenomena ledakan matahari mencetuskan radiasi gelombang elektromagnetik yang diikuti dengan radiasi gelombang dalam bentuk partikel proton. Selain itu, ledakan juga telah menghamburkan jisim korona (Coronal Mass Ejection-CME) ke angkasa iaitu plasma bertenaga tinggi dari matahari.

Radiasi partikel bertenaga tinggi dan hamburan jisim korona sememangnya berkait rapat dengan fenomena letusan matahari. Partikel bertenaga tinggi akan tiba ke bumi dalam jangka masa 1-2 hari sementara radiasi elektromagnetik akan mencecah bumi dalam masa 8 minit.

Menurut laporan Goddard Space Weather Lab, hamburan jisim korona dijangka akan tiba ke bumi pada hari selasa atau rabu jam 21.18.

Selain bumi, planet-planet lain yang berada di sekitar matahari turut merasai kesan dari fenomena ledakan dari ledakan tersebut. Planet Marikh akan merasai kesan tersebut pada hari Rabu bersamaan 24/Jan.

Menurut Doug Biesecker, CME yang tercetus bergerak dengan halaju 6.4 juta kilometer/jam menuju bumi. Jumlah bahan yang terbebas dalam proses tersebut dianggarkan mencapai berjuta-juta kilogram.

Pelbagai kesan akibat partikel bertenaga tinggi dan CME yang tercetus yang perlu diawasi menurut pakar. Antaranya ialah gangguan kecil fungsi satelit, gangguan sistem komunikasi dan juga GPS. Walaubagaimanapun, menurut laporan tiada perkara buruk yang serius akan berlaku ke atas manusia.

Menurut Kobus Olckers, penyelidik yang bertugas di Ises Regional Space Weather Warning Centre, Afrika Selatan, planet bumi dilapisi oleh medan magnet.

Partikel-partikel yang terhasil dari letusan matahari itu tidak membahayakan nyawa manusia bumi kerana dihalang oleh medan magnet. Sekiranya ia boleh mengancam nyawa manusia, ianya telah berlaku semalam (Isnin 23/Jan) menurutnya lagi.

Kesan aktiviti matahari yang mencetuskan ledakan yang paling buruk pernah direkodkan berlaku pada abad ke-19. Ketika itu kesan ketara yang berlaku ialah gangguan sistem telegraf. Gangguan yang berlaku pada tahun 1989 mengakibatkan kawasan Quebec di Kanada mengalami gangguan elektrik selama 9 jam.

Walaubagaimanapun, orang ramai terutamanya mereka yang tinggal di Asia dan Eropah masih boleh menikmati keindahan aurora yang terhasil dari fenomena ini.

Sumber : BBC

Fenomena Aurora dari Ribut Matahari
by editor on Jan 25, 2012 • 1:42 pm

Hamburan partikel bertenaga tinggi (Coronal Mass Ejection) dari gelombang ribut matahari selasa lalu telah menghasilkan pemandangan yang mengkagumkan di langit di sebahagian besar kawasan di hemisfera utara. Gelombang elektromagnetik yang menembusi atmosfera telah menghasilkan fenomena cahaya berwarna-warni yang dikenali sebagai Aurora Borealis atau Northern Lights.

Kumpulan pengkaji astronomi serta pelancong tidak melepaskan peluang untuk melihat pemandangan yang jarang-jarang berlaku tersebut. Ada antara mereka yang sanggup menyewa kapal persiaran untuk melihat lebih jelas fenomena aurora tersebut di bahagian utara negara Scandinavia.

John Mason, seorang ahli astronomi dari Britain berkata “ia merupakan satu pemandangan yang unik, indah dan mengkagumkan. Saya melihat aurora pertama kali 40 tahun yang lalu dan kali ini adalah yang paling cantik pernah saya saksikan” kata beliau di atas dek kapal MS Midnatsol di utara Norway.

Pemandu pelancong di Jukkasjarvi, Sweden, Andreas Hermansson menyatakan bahawa aurora kali ini merupakan yang terbesar pernah dilihatnya sejak enam tahun yang lalu. Beliau membawa rombongan pelancong menaiki bas untuk menikmati cahaya aurora yang berwarna kehijauan menari-nari di langit pada petang hari selasa selama lebih kurang satu jam.

Fenomena aurora yang terjadi kali ini juga dilaporkan boleh dilihat di negara-negara yang lebih jauh ke Selatan Eropah seperti Ireland dan Britain sebelum partikel-partikel dari ribut matahari sampai ke atmosfera bumi. Walaubagaimanapun menurut Doug Biesecker dari U.S National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA), cahaya tersebut mungkin datangnya dari angin matahari yang membawa gelombang bertenaga elektrik dan bukan partikel-partikel yang tercetus dari gelombang matahari.

Aurora Borealis yang terhasil kali ini berpunca dari aktiviti matahari yang dikenali sebagai ribut matahari (solar flares) pada titik matahari (sunspot) 1402, pada hari Isnin 24/2/2012). Ledakan ini adalah yang paling kuat pernah direkodkan sejak tahun 2005 dan termasuk dalam kategori M-9. Kategori ini hampir mencecah tahap paling tinggi yang dikenali sebagai X-Extreme. Akibat dari letusan matahari ini, partikel-partikel bertenaga tinggi terbebas dan menghamburkan Jisim Korona (Coronal Mass Ejection) yang bergerak dengan halaju tinggi kira-kira 2.200 kilometer persaat. Ribut matahari sentiasa diawasi kerana ia mampu membawa kerosakan pada satelit dan sistem telekomunikasi.

Sumber : BBC

Kesan Radiasi Ribut Matahari Tidak Membahayakan
by editor on Jan 26, 2012 • 6:07 pm

Banyak SMS dan khabar-khabar angin di negara-negara tertentu yang tersebar tentang bahaya radiasi yang tercetus akibat ribut matahari yang berlaku awal minggu ini. Antara isi kandungan khabar angin tersebut ialah jumlah radiasi yang sampai ke bumi adalah tinggi boleh membayakan kulit. Maka orang ramai harus melindungi kulit mereka dengan krim tertentu untuk mengelakkan bahaya radiasi yang menjejaskan kesihatan.

Di Afrika Selatan, suasana panik tercetus awal minggu lalu akibat SMS dan berita palsu yang menyatakan bahawa kesan ribut matahari akan meragut nyawa manusia dan hidupan di bumi seperti yang dilaporkan di news24.com(24/1/12).

Hakikat bahawa letusan yang mencetuskan ribut matahari membebaskan radiasi sebenarnya memang diakui. Ketika tercetusnya ledakan tersebut, radiasi terpancar dan tersebar ke seluruh angkasa di dalam sistem tatasuria termasuklah ke bumi. Walaubagaimanapun kesannya tidaklah seburuk yang digembar-gemburkan.

Todd Hoeksema, seorang penyelidik dan ahli astronomi dari Stanford University menyatakan, “tahap radiasi Sinaran Ultraviolet (UV) sememangnya meningkat beribu kali ganda ketika aktiviti ledakan matahari berlaku. Walaubagaimanapun, ia hanya berlaku di luar atmosfera bumi. Jumlah Sinaran UV yang sampai ke bumi sama sahaja seperti hari-hari biasa.

Menurutnya lagi, Sinar UV amat kuat dan boleh bertindakbalas dengan atmosfera. Ia kemudian akan memecahkan molekul dan mengionisasikan atom (atom ionization). Ketika sinar UV bergerak ke atmosfera, semakin banyak ia diserap. Kebanyakannya diserap 80-100 batu jaraknya di atas lapisan atmosfera bumi. Melalui proses tersebut, akhirnya jumlah Sinar UV yang mencecah ke bumi sebenarnya adalah sangat kecil dan masyarakat tidak perlu bimbang dengan situasi tersebut. Penyebaran khabar angin yang mengatakan sinaran UV berlebihan dari radiasi akibat ledakan dan ribut matahari tempoh hari akan merosakkan kulit adalah penyebaran yang tidak bertanggungjawab, ujar Todd.

Walaubagaimanapun, tambah beliau apa yang perlu masyarakat tahu ialah Sinaran UV berlebihan, tidak kiralah samada berlaku fenomena ribut matahari ataupun pada hari-hari biasa mampu memberi kesan terhadap genetik dan boleh menyebabkan kanser kulit. Ia memang diakui dalam bidang perubatan.

Dalam isu ribut matahari baru-baru ini, amaran turut dikeluarkan untuk para angkasawan yang berada di luar angkasa walaupun setakat ini tiada bencana yang dilaporkan.

Untuk makluman bagi mereka yang belum mengetahui fenomena yang berlaku, pada hari Isnin bersamaan 23/1/2012 yang lalu satu ledakan besar berlaku di matahari dalam tempoh 7 tahun sejak 2005 yang menghasilkan Hamburan Jisim Korona (Coronal Mass Ejection) yang sampai ke bumi pada 24/1/2012.

Sumber : Space.com

Banyak grafik yang boleh didapati di alamat ini : http://www.majalahsains.com

MENARIK : 6 Teka-Teki Imam Al Ghazali Kepada Anak Muridnya

Soalan Pertama

Imam Ghazali : Apakah yang PALING DEKAT dengan diri kita di dunia ini?

Lalu beberapa orang murid menjawab:

Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat

Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran:185) .

Soalan kedua

Imam Ghazali : Apa yang PALING JAUH dari kita di dunia ini ?

Lalu beberapa orang murid menjawab:

Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Murid 4 : Bintang-bintang

Iman Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Soalan ketiga

Iman Ghazali : Apa yang PALING BESAR di dunia ini ?

Lalu beberapa orang murid menjawab:

Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi

Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka .

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. ” (Surah Al-A’raaf, Ayat 179)

Soalan keempat

Imam Ghazali : Apa yang PALING BERAT di dunia ?

Lalu beberapa orang murid menjawab:

Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah

Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Soalan kelima

Imam Ghazali : Apa yang PALING RINGAN di dunia ini ?

Lalu beberapa orang murid menjawab:

Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-daun

Imam Ghazali : Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat. Na’uzubillahiminzaa lik.

Soalan keenam

Imam Ghazali : Apa yang PALING TAJAM sekali di dunia ini ?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali : Itu benar, tetapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Dipetik daripada http://fitrihadi.com

Friday, 27 January 2012

Pencarian Bakat Pelajar Pintar Cerdas Saringan Peringkat Pertama Ujian Dalam Talian UKM 1

Tarikh : 1 Februari - 30 April 2012
Bagi pelajar berusia 7 - 15 tahun

Berminat untuk menyertai:
  1. Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS) PERMATApintarTM Negara Universiti Kebangsaan Malaysia - Johns Hopkins University - Center for Talented Youth (JHU-CTY)
    (Pelajar 9 - 15 Tahun: di UKM)

  2. Perkhemahan PERMATA Insan
    (Pelajar Islam 8 Tahun: di USIM)

  3. Program Pendidikan PERMATApintarTM (PPPp)
    (15 Tahun Sahaja)

  4. Program Laluan Pintas (PLP) bagi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)
    (untuk pelajar berumur 7 tahun sahaja)

Ujian UKM1 boleh diambil di sekolah, rumah, kafe siber dan pusat komuniti berinternet
1 Hari, 1 Sekolah, 1 Pelajar
1 hari, 10,000 Sekolah, 1 Pelajar = 10,000 Pelajar
50 Hari, 10,000 Sekolah, 100 Pelajar = 5,000,000 Pelajar


Pendaftaran:
a) Pelajar baru: masukkan Mykad/Mykid, maklumat pelajar,sekolah & ibu/bapa/penjaga
b) Pelajar lama: kemaskini Mykad/Mykid, maklumat pelajar,sekolah & ibu/bapa/penjaga

Jangka masa ujian: 1 jam 30 minit
Sila layari
http://www.permatapintar.edu.my

Sumber : Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia [ http://www.moe.gov.my ]

Monday, 23 January 2012

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina ... Tahun Naga


Seluruh Warga SK Menerong

mengucapkan

Semoga tahun naga ini akan mendapat kesenangan dan kebahagian

Saturday, 21 January 2012

Kerjasama Semua Pihak Kombinasi Penting Tingkat Prestasi Pendidikan

21 Januari, 2012 16:06 PM

BUKIT MERTAJAM, 21 Jan (Bernama) -- Kerjasama guru, pelajar, alumni dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan kombinasi penting dalam usaha setiap sekolah untuk meningkatkan prestasi serta kualiti pendidikan bagi mencapai hasrat melahirkan modal insan cemerlang.

Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata usaha meningkatkan prestasi dan memperoleh kejayaan yang membanggakan bukan hanya menjadi tanggungjawab sebelah pihak sahaja, sebaliknya usaha yang dilakukan secara berkumpulan.

"Dengan kombinasi guru, pelajar, PIBG dan alumni, secara tidak langsung dapat meningkatkan kejayaan untuk terus bersaing di peringkat global. Ia juga secara tidak langsung dapat melahirkan modal insan yang cemerlang dan berpengetahuan serta kemahiran tinggi," katanya.

Abdullah, yang juga penaung alumni sekolah tersebut, berkata demikian ketika berucap merasmikan kompleks Pra Universiti Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam (SMKTBM) di sini pada Sabtu.

Kompleks yang mula dibina pada Mei 2009 dijangka siap sepenuhnya pada 1 Mac 2012 dengan kos pembinaan sebanyak RM14 juta.

Kompleks itu mengandungi sebuah bangunan tambahan dengan 24 bilik darjah bagi pelajar tingkatan enam bawah dan tingkatan enam atas, dua blok bangunan asrama bagi pelajar lelaki dan perempuan yang boleh memuatkan 250 pelajar serta sebuah dewan makan.

Meskipun kurang sihat dan perlu berehat di rumah kerana serangan virus namun Abdullah tetap menghadirkan diri ke perasmian itu kerana teruja untuk melihat sendiri kompleks Pra Universiti SMKTBM yang kini mencecah usia 85 tahun.

-- BERNAMA

Friday, 20 January 2012

Ajar Mata Pelajaran Keamanan Di Sekolah Seluruh Dunia : Bekas Naib Presiden ICJ

19 Januari, 2012 19:15 PM

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Mata pelajaran berkaitan keamanan perlu dimasukkan ke dalam kurikulum sekolah di seluruh dunia sebagai langkah untuk mempupuk sikap sederhana, kata bekas naib presiden Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) Christopher G.Weeramantry pada Khamis.

Beliau berkata pengajian berkaitan keamanan akan menjadi intipati penting dalam budaya, agama dan adat resam untuk diamalkan oleh seluruh penduduk dunia, dan ini perlu dimulakan di peringkat pendidikan awal.

"Sekali lagi, persefahaman merentasi budaya merupakan sesuatu yang sangat penting. Kanak-kanak perlu mengenali semua agama dan ajaran asas agama lain," katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk 'Penyelesaian Konflik: Keperluan Mempunyai Paradigma Baru Antarabangsa' pada Persidangan Antarabangsa Pergerakan Kesederhanaan Global (ICGMM) di sini.

Beliau berkata kerjasama pihak lain, termasuk kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan individu juga diperlukan dalam mencapai matlamat itu.

Weeramantry berkata beliau berpendapat undang-undang asas antarabangsa perlu diterima secara universal dan kempen khas perlu diadakan agar ia lebih difahami masyarakat di seluruh dunia, khususnya dalam kalangan kanak-kanak.

Bekas Timbalan Perdana Menteri Singapura Prof S Jayakumar berkata usaha kemasyarakatan secara menyeluruh perlu dibuat dalam suasana dunia hari ini yang menyaksikan kemajuan teknologi mengubah cara sesuatu idea disebarkan serta mengubah cara manusia berinteraksi antara satu dengan lain.

Katanya usaha kemasyarakatan ini perlukan pembabitan semua sektor utama terdiri kerajaan, semua lapisan masyarakat serta pemimpinnya selain individu, pertubuhan bukan kerajaan serta media.

"Teknologi, dengan segala kemudahan yang dibawanya, turut memberi ruang kepada penyebaran pendapat yang bersifat melampau, sambil bersembunyi di sebalik tabir ketanpanamaan," katanya.

-- BERNAMA

Kementerian Pelajaran Bekerjasama Dengan CMEDT Untuk Tambahbaik Pengajaran BI

19 Januari, 2012 20:38 PM

PUTRAJAYA, 19 Jan (Bernama) -- Kementerian Pelajaran Khamis menjalin usahasama dengan Cambridge Malaysian Education and Development Trust (CMEDT) dalam usahanya untuk menambahbaik pengajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah.

Menurut kenyataan Pejabat Timbalan Perdana Menteri yang dihantar melalui e-mel, kumpulan-kumpulan kerja, terdiri wakil daripada Kementerian Pelajaran, CMEDT dan Lembaga Peperiksaan Malaysia, akan ditubuhkan untuk meneliti butiran usahasama itu.

Menurutnya, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah bersetuju pada prinsipnya untuk CMEDT mengkaji kurikulum dan menilai rangka kerja, dan bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran dalam usaha kementerian untuk menambahbaik pengajaran Bahasa Inggeris.

"Fokusnya ialah untuk mengkaji meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar, khususnya dalam kemahiran bertutur dan menulis," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, mengadakan perjumpaan dengan wakil CMEDT di pejabat Kementerian Pelajaran di sini Khamis.

Wakil CMDET termasuk Pengerusi Eksekutif Malaysian Commonwealth Studies Centre, Cambridge (MCSC) Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, Pengarah MCSC Dr Anil Seal dan bekas Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran Tan Sri Dr Wan Zahid Mohd Noordin.

Menurut kenyataan itu, perjumpaan itu bagi mengkaji usahasama strategik selaras dengan dasar kementerian iaitu Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Ini bertujuan mewujudkan standard yang perlu dalam penguasaan bahasa itu dalam konteks Malaysia termasuk kompetensi guru dan pertimbangan demografi dengan memanfaatkan kepakaran dan sumber CMEDT, menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

Thursday, 19 January 2012

JAWATANKUASA INDUK PENGURUSAN KOKURIKULUM 2012

Penasihat : Encik Sulaiman bin Muda, Guru Besar, SK Menerong

Pengerusi : Encik Esham bin Busu, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, SK Menerong

Naib Pengerusi 1 : Puan Roziana binti Sulong, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, SK Menerong

Naib Pengerusi 2 : Puan Siti Zainun binti Ismail @ Muda, Guru Penolong Kanan HEM, SK Menerong

Setiausaha : Puan Meriam binti Chik

Pasukan Badan Beruniform : Encik Mohd Adnan bin Seman
  • Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) : Encik Muhammad Syafiq Ta Oo bin Abdullah
  • Persekutuan Pengakap Malaysia (PGKP) : Encik Nik Rozi bin Nik Ishak
  • Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) : Puan Meriam binti Chik

Persatuan Ko-Akademik : Puan Laileesun binti Ishak
  • PB Persatuan Bahasa : Encik Wan Rosdi bin Wan Hasan
  • PMS Persatuan Matematik / Sains: Encik Muhammad Syafiq Ta oo bin Abdullah
  • PAIBA Persatuan Pendidikan Agama Islam / Bahasa Arab : Encik Mohd Hanafi bin Said

Kelab Sukan & Permainan : Encik Zaharuddin bin Abdul Razak
  • Kelab Permainan Bola Baling (KPBB) : Cik Azlina binti Alias
  • Kelab Permainan Bola Tampar (KPBT) : Puan Robaiyyah binti Alias
  • Kelab Permainan Hoki (KPH) : Encik Wan Rosdi bin Wan Hasan
  • Kelab Permainan Ping Pong (K3P) : Encik Mohd Adnan bin Seman

Rumah Sukan : Encik Zaharuddin bin Abdul Razak
  • Rumah Sukan Kuning [Bendahara] : Puan Robaiyyah binti Alias
  • Rumah Sukan Merah [Temenggong] : Encik Wan Rosdi bin Wan Hasan
  • Rumah Sukan Biru [Laksamana] : Encik Muhammad Syafiq Ta Oo bin Abdullah

KOKURIKULUM : PERMAINAN PING PONG

PENCAPAIAN :

Kejohanan Permainan Ping Pong B12 Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia Daerah Hulu Terengganu 2012.

PENYERTAAN
1. Muhammad Aliff Faeizla bin Abd. Hadi
2. Muhammad Syafrudin bin Misnan

Kejohanan Permainan Ping Pong B12 Kumpulan Dinamik Sekolah Rendah 3 (KDSR 3) 2012.

NAIB JOHAN
1. Muhammad Aliff Faeizla bin Abd Hadi

TEMPAT KE-3
1. Muhammad Syafruddin bin Misnan

SAGUHATI
1. Muhammad Jeffry bin Razali
2. Muhammad Ikhwan Hafizi bin Mohd Sipodin

Pengurus Pasukan : Cikgu Zaharuddin bin Abd Razak
Jurulatih : Cikgu Mohd Azlan bin Tahar

Catatan :
Ustaz Mohd Adnan bin Seman
Cikgu Muhammad Syafiq Ta Oo bin Abdullah

Wednesday, 18 January 2012

UJIAN PENGESANAN (TOV) 2012

Ujian Pengesanan (TOV) 2012 akan diadakan pada 29 hingga 31 Januari 2012. Murid yang telibat dalam peperiksaan ini hanyalah murid Tahun 3 hingga Tahun 6 sahaja.

Data Analisis bagi Ujian Pengesanan (TOV) hendaklah dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing untuk perhatian Penyelaras UPSR Daerah pada atau sebelum 14 Februari 2012.

Soalan TOV boleh diambil di PKG masing-masing pada 25 Januari 2012 (Rabu).

Jika terdapat sebarang pertanyaan berhubung dengan perkara di atas, sila hubungi En. Nordin bin Ambak (No. h/p: 012-9461746) di Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu di talian 09-6213027 dan no faks: 09-6213028.

Sekian, terima kasih.

“Melestarikan Pendidikan Terbilang”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

HAJI MOHD ZUBER BIN EMBONG
Ketua Sektor
Sektor Pengurusan Akademik
Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu
b.p.: Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu

Tuesday, 17 January 2012

NUTP Mahu Dilibatkan Dalam Semakan Semula SBPA

16 Januari, 2012 22:07 PM

PUTRAJAYA, 16 Jan (Bernama) -- Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mahu kesatuan itu dilibatkan dalam pasukan petugas khas yang diwujudkan bagi menyemak semula Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Presiden NUTP Hashim Adnan berkata penglibatan itu dirasakan amat perlu memandangkan NUTP mewakili sejumlah besar guru di seluruh negara.

"Kita juga telah pun mengumpulkan maklumat serta maklum balas yang diterima, untuk dikongsi dengan pasukan tersebut," katanya pada sidang akhbar di sini Isnin.

Jumaat lepas, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan penubuhan pasukan petugas itu yang akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam.

Pasukan itu akan dianggotai pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Peguam Negara, Kementerian Kewangan dan presiden Cuepacs serta pegawai kementerian berkaitan serta diberi tempoh dua bulan untuk menjalankan semakan semula SBPA.

Setiausaha Agung NUTP Loke Yim Phing pula berkata, SBPA bukan semuanya tidak baik, cuma ada beberapa aspek dirasakan perlu diperbaiki.

Katanya NUTP akan terus memberikan penerangan kepada warga guru dengan menjemput wakil daripada Kementerian Pelajaran untuk memberikan penjelasan kerana ada beberapa perkara dalam pekeliling SBPA terlalu teknikal dan sukar difahami.

"Kita hendak mengelakkan guru keliru seterusnya terpengaruh dengan kenyataan dalam blog yang bermacam-macam," katanya.


-- BERNAMA

Monday, 16 January 2012

TAHNIAH ... Puan Fauzana Mohamed Fazil


Alhamdulillah...
Tahniah kepada Puan Fauzana Mohamed Fazil serta pasangannya yang telah dikurniakan cahayamata yang kedua, seorang putera.

Beliau telah selamat melahirkan bayi berkenaan pada jam 2 petang, 02 Januari 2012 (Isnin) di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Seluruh Warga SK Menerong mendoakan semoga Puan Fauzana akan pulih serta kembali mencurahkan bakti di teratak Menerong.

Saturday, 14 January 2012

PERINGATAN : SISITEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (SPPBS)

PERHATIAN
KEPADA SEMUA GURU TAHUN 1 SESI 2011

LAMAN SPPBS TELAH DIBUKA SEMULA SEMENJAK
09 JANUARI 2012

MOHON TUAN/PUAN DAPAT MENGISI DATA YANG DIPERLUKAN SEBERAPA SEGERA, JIKA BERLAKU SEBARANG MASALAH SILA BERHUBUNG TERUS KEPADA
PENYELARAS PEPERIKSAAN ATAU SETIAUSAHA PEPERIKSAAN.




http://apps.moe.gov.my/sppbs

STATUS PENGISIAN SKOR SKPM 2011

Untuk makluman pihak tuan, tarikh tamat pengisian skor SKPM akan tamat pada 20 Februari 2012. Diharapkan agar pihak tuan dapat menyelesaikannya sebelum tarikh tersebut.

Tahniah dan terimakasih kepada semua sekolah yang telah menyelesaikan pengisian skor SKPM. Diharapkan agar komitmen ini akan berterusan.

Sebarang masalah sila hubungi Penyelia ICT PPDHT ( Hasim binHarun hp: 0199336554 )

Sekian, terima kasih.

Hasim Harun
Penyelia ICT PPD Hulu Terengganu

TEKS PERUTUSAN KHAS KPM 2012

TEKS UCAPAN
YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN
TIMBALAN PERDANA MENTERI
MERANGKAP MENTERI PELAJARAN MALAYSIA
DI MAJLIS PERUTUSAN KHAS
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 2012

PADA 10 JANUARI 2012; PUKUL 9.00 PAGI
BERTEMPAT DI DEWAN PLENARI,
PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA PUTRAJAYA (PICC)

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Yang Berhormat Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong
Timbalan Menteri Pelajaran I;

Yang Berhormat Dr. Mohd Puad bin Zarkashi
Timbalan Menteri Pelajaran II;

Yang Berbahagia Dato’ Dr. Rosli bin Mohamed
Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran;

Yang Berbahagia Dato’ Sri Abd. Ghafar bin Mahmud
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia;

Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha dan
Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran;

Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pelajaran Malaysia;

Dato’-Dato’, Datin-Datin, Guru-guru, anggota kakitangan dan staf Kementerian Pelajaran Malaysia, pelajar-pelajar, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.

PENGENALAN

1. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi puji dan syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia serta izinNya, dapatlah kita bersama-sama hadir di Majlis Perutusan Tahun Baru Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi tahun 2012. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua warga pendidik dan seluruh rakyat Malaysia. Kepada warga pendidik khususnya, harapan saya semoga di tahun baru ini sinar kegemilangan dan kejayaan akan terus menerangi kehidupan kita semua yang mempunyai amanah besar untuk meningkatkan akses pendidikan berkualiti di negara kita.

2. Saya berasa bangga kerana pada hari ini seluruh warga Kementerian dari segenap pelusuk tanah air dapat berhimpun untuk memperbaharui tekad dan menyuntik semangat baru bagi melonjakkan mutu pendidikan negara. Di kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada seluruh warga pendidik atas usaha gigih dan komitmen yang telah dicurahkan kepada usaha untuk mencipta pelbagai kejayaan dalam arena pendidikan Negara sepanjang tahun 2011.

3. Sesunguhnya, Kementerian Pelajaran adalah nadi utama dalam usaha untuk membangunkan modal insan yang akan memacu kemajuan negara di masa hadapan. Matlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju amat bergantung kepada keupayaan warga Kementerian dalam menyediakan pendidikan berkualiti. Justeru, setiap warga pendidik perlu meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran serta melipat gandakan usaha bagi melahirkan modal insan yang berilmu, kreatif dan inovatif untuk mengisi keperluan masa kini dan masa hadapan. Usaha murni berterusan oleh warga pendidik dalam melahirkan modal insan yang dihasratkan akan berupaya meningkatkan daya saing negara, melonjakkan pertumbuhan ekonomi dan sekaligus menjadikan negara kita sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi.

4. Sehubungan itu, Kementerian kita telah diberikan satu peruntukan yang besar iaitu sebanyak 37.28 bilion ringgit dalam belanjawan tahun 2012. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana telah meluluskan peruntukan yang besar kepada Kementerian Pelajaran dan memberi keyakinan kepada kita semua sebagai pemangkin utama pembangunan modal insan di Malaysia. Saya berharap agar peruntukan ini kita belanjakan secara cekap dan berhemah agar dapat memberi kesan berganda yang positif kepada pembangunan pendidikan secara menyeluruh.

INFRASTRUKTUR DAN KEBAJIKAN

5. Bagi memastikan kelangsungan pembangunan pendidikan negara, dasar perancangan pembangunan pendidikan Rancangan Malaysia Ke-10 diteruskan dengan matlamat memantapkan infrastuktur dan meningkatkan kemudahan fizikal institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Untuk tahun 2011, Kementerian Pelajaran telah membelanjakan sejumlah 1.03 billion ringgit untuk pendidikan pra-sekolah dan rendah, 795.1 juta ringgit untuk pendidikan menengah dan 29.97 juta ringit telah diperuntukan untuk aliran teknik dan vokasional. Sementara itu, program pembangunan luar Bandar, Sabah dan Sarawak telah menelan belanja sebanyak 525.7 juta ringgit dan sistem pengkomputeran sekolah sebanyak 22.8 juta ringgit.

6. Dalam memastikan akses pendidikan berkualiti diteruskan kepada anak bangsa, sebanyak tiga projek infrastruktur baru dan 1,967 projek sambungan dengan peruntukan sebanyak RM4.58 bilion telah diberikan untuk tahun 2012. Pendidikan Sekolah Bantuan Kerajaan diteruskan dengan memperuntukkan belanja mengurus termasuk emolumen guru dan geran per kapita yang sama kepada semua Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SKJT) dan sekolah mubaligh. Usaha menyelenggara sekolah-sekolah daif dan uzur di kawasan Bandar dan luar Bandar akan dilaksanakan dengan menaiktaraf dan menyelenggara 600 buah sekolah yang dikategorikan sebagai uzur dan daif oleh pihak pemantauan audit fizikal yang ditubuhkan oleh Kementerian. Sehubungan itu, peruntukan tambahan yang diperolehi bagi tahun 2012 semasa pembentangan Bajet 2012 iaitu Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah digunakan bagi usaha-usaha membaikpulih bangunan sekolah, penyelenggaraan, pembelian peralatan dan pembinaan blok tambahan. Bantuan ini juga merangkumi peruntukan sebanyak 500 juta ringgit untuk sekolah-sekolah kebangsaan, manakala 100 juta ringgit masing-masing untuk SJKC, SJKT, sekolah mubaligh dan SABK.

7. Pembangunan pendidikan dan kemajuan murid Orang Asli juga diambil perhatian berat oleh Kerajaan. Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi menangani isu-isu pendidikan murid Orang Asli khususnya penyertaan Murid Orang Asli sama ada di peringkat sekolah rendah atau menengah. Antaranya:- (i) Meningkatkan kualiti kemudahan fizikal di sekolah sedia ada, (ii) Pelaksanaan Program Kelas Dewasa Ibu Bapa Murid Orang Asli dan Pribumi (KEDAP), (iii) Pelaksanaan Projek Rintis Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah iMurid Orang Asli dan Penan (KAP) dan (iv) Pengajaran Pedagogi Berasaskan Perspektif Pribumi. Usaha ini adalah sejajar dengan matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan KPM yang bertujuan untuk memastikan setiap warganegara, tanpa mengira kaum dan status ekonomi, mendapat peluang pendidikan yang terbaik dari segi akses, ekuiti dan kualiti. Hasil program-program ini, Kementerian berjaya meningkatkan kemahiran 3M dan kemahiran sosial murid Orang Asli, meningkatkan jumlah murid Orang Asli yang menamatkan pendidikan sehingga peringkat menengah, iaitu peningkatan sebanyak 4 peratus pada tahun 2010, serta merapatkan jurang pendidikan bandar dan luar bandar. Dapatan yang memberangsangkan ini akan mendorong Kementerian Pelajaran untuk meneruskan program-program ini dengan lebih giat lagi agar manfaatnya dapat dinikmati secara berterusan.

8. Kerajaan sedar akan peningkatan kos sara hidup sejak akhir- akhir ini. Namun, hal ini tidak boleh dijadikan alasan untuk mengabaikan pendidikan anak-anak kita. Justeru, untuk meringankan beban kos tanggungan persekolahan, Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah 530 juta ringgit untuk Bantuan Khas Awal Tahun kepada setiap murid dengan pemberian 100 ringgit seorang. Selain itu, pemberian dalam bentuk Baucer Buku bernilai 200 ringgit juga akan disalurkan kepada setiap pelajar Matrikulasi dan Tingkatan 6 dengan jumlah peruntukan sebanyak 24 juta ringgit. Keprihatinan Kerajaan menyalurkan bantuan persekolahan kepada mereka yang kurang berkemampuan diteruskan pada tahun ini dengan bantuan kepada murid miskin dengan jumlah keseluruhan peruntukan berjumlah 606 juta ringgit. Peruntukan ini meliputi Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) berjumlah 400 juta ringgit, Rancangan Makanan Tambahan sebanyak 201.9 juta ringgit dan Bantuan Pakaian Seragam Pasukan Beruniform sebanyak 4.5 juta ringgit. Kementerian kita telah mengambil inisiatif untuk memastikan penyaluran peruntukan bantuan persekolahan dilaksanakan dengan lebih baik melalui penambahbaikan kaedah penyaluran menggunakan Sistem eBantuan. Pelaksanaan sistem ini dapat memastikan murid menerima bantuan persekolahan dengan lebih cepat dan sistematik.

9. Kita menyedari bahawa dalam dunia pendidikan di Malaysia yang pesat berkembang ini, terdapat murid yang cerdas namun tidak berpeluang untuk menggarap potensi dalam bidang akademik lantaran wujud kekangan persekitaran seperti kemiskinan keluarga, keadaan rumah yang kurang sesuai dan ketiadaan akses kepada teknologi maklumat. Oleh yang demikian, selaras dengan semangat asal penubuhan Sekolah Berasrama Penuh, iaitu untuk membantu murid-murid cemerlang terutamanya dari kalangan keluarga miskin dan luar bandar, Kementerian telah menetapkan mulai tahun 2012, kelayakan minima bagi kemasukan murid ke Tingkatan Satu di SBP untuk murid dari keluarga Miskin Tegar ialah 3A 2B dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Dalam pemilihan untuk kemasukan ke tingkatan 1 SBP 2012, pihak Kementerian melalui Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan telah memilih seramai 1052 orang murid daripada golongan Miskin Tegar di seluruh negara. Dengan menyediakan pendidikan yang lebih baik kepada mereka, kita berharap murid-murid ini mampu untuk meningkatkan kecemerlangan diri dan seterusnya membantu keluarga mereka keluar daripada lingkungan kemiskinan.

Saudara dan saudari yang saya hormati,

GTP NKRA

10. Sebagai Menteri Peneraju Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi Sektor Pendidikan, saya bertanggungjawab memastikan kesemua sasaran yang ditetapkan di bawah lima bidang kecil NKRA pendidikan iaitu, enrolmen pra-sekolah, program literasi dan numerasi (LINUS), sekolah berprestasi tinggi (SBT), tawaran baru ataupun Ba’iah untuk pengetua dan guru besar dan program penambahbaikan sekolah dapat dicapai. Sukacita saya ingin maklumkan di sini bahawa sasaran untuk kesemua sub-NKRA tersebut telah melepasi sasaran 2011. Kita telah berjaya meningkatkan enrolmen pra-sekolah kepada 76.3 peratus, 97.5 peratus murid telah menguasai kemahiran literasi dan 96.8 peratus menguasai kemahiran numerasi, 52 buah sekolah telah dinobatkan sebagai sekolah berprestasi tinggi dan 304 buah sekolah berjaya melonjakkan prestasi di bawah Program Pembangunan Sekolah. Oleh kerana tahun ini adalah tahun terakhir untuk kita mencapai kesemua sasaran NKRA Pendidikan, saya berharap agar semua warga pendidik dapat melipatgandakan usaha untuk memastikan semua sasaran yang telah ditetapkan dapat dicapai. Saya yakin dengan semangat dan iltizam semua pihak, serta dengan izin Allah s.w.t., kita mampu untuk melakukannya.

11. Selain itu, Program Sekolah Amanah yang dilancarkan pada akhir 2010 di bawah usaha sama awam-swasta Khazanah Nasional Berhad melalui Yayasan AMIR dan Kementerian Pelajaran Malaysia merangkumi 10 buah sekolah rintis di Johor dan Sarawak telah menunjukkan hasil yang memberangsangkan. Walaupun baru setahun dilaksanakan, program ini telah mula menampakkan kesan yang positif. Antaranya, otonomi pengurusan telah menyebabkan pengurusan kewangan sekolah menjadi lebih teratur, fleksibel dan efektif; kaedah pedagogi terkini yang seiring dengan kehendak KSSR telah dapat dilaksanakan dengan baik dan penyertaan ibu-bapa serta komuniti dalam proses pembelajaran murid juga telah meningkat. Di samping itu, murid-murid Tahun 1 dan 2 yang mengikuti Program Sekolah Amanah juga menampakkan keyakinan diri yang lebih kental berbanding mereka yang berada di tahap persekolahan yang lebih tinggi. Berdasarkan pencapaian yang positif ini, saya berharap lebih banyak lagi sekolah yang dapat menyertai Program Sekolah Amanah dengan sokongan berterusan daripada pihak swasta.

MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI)

12. Penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid juga diberikan perhatian khusus oleh pihak Kementerian. Melalui Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI), Kementerian sedang mengambil beberapa inisiatif baru yang lebih berkesan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan murid. Antara inisiatif tersebut adalah penambahan masa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris, penambahbaikan kurikulum Bahasa Inggeris di bawah pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), penyediaan guru-guru terlatih dalam bidang bahasa Inggeris, pengambilan penutur jati bagi meningkatkan kapasiti pensyarah dan guru Bahasa Inggeris dan penyediaan bahan sokongan yang berkualiti seperti bahan bacaan tambahan dan bahan digital bagi menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Selain itu, dasar soft-landing PPSMI juga sedang dilaksanakan untuk memastikan pembelajaran kohort murid PPSMI sedia ada tidak terjejas.

Saudara dan saudari yang saya hormati,

PENCAPAIAN AKADEMIK DAN KEMENJADIAN MURID

13. Dari segi pencapaian akademik, kita telah menyaksikan peningkatan pencapaian murid dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada tahun 2011. Pencapaian keseluruhan calon UPSR dan PMR meningkat dan merupakan yang terbaik dalam empat tahun mengikut Gred Purata Nasional. Untuk itu, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada warga pendidik, para ibu bapa dan pelajar atas kejayaan cemerlang ini. Saya berharap pada tahun ini, pencapaian calon UPSR dan PMR yang mendapat kelulusan penuh dapat menunjukkan peningkatan yang lebih memberangsangkan lagi.

14. Selain menitikberatkan pencapaian akademik, Kementerian juga memberikan penekanan kepada pelaksanaan aktiviti kokurikulum dan sukan. Aktiviti luaran ini adalah penting untuk menggarap sahsiah dan kemahiran kendiri pelajar dalam membentuk modal insan yang seimbang. Pelancaran Dasar 1Murid 1Sukan yang telah disempurnakan pada 2 Julai 2011 merupakan salah satu tunggak dalam membudayakan sukan di kalangan murid. Selain itu, penubuhan IPG kebitaraan sukan Raja Melewar di Negeri Sembilan merupakan satu permulaan ke arah meningkatkan professionalisme latihan kesukanan di kalangan guru-guru pelatih.

15. Tahun 2011 telah memperlihatkan kejayaan pelajar-pelajar kita mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan, seni dan kokurikulum di peringkat antarabangsa. Atlet murid kita telah memenangi Pingat Acara Individu dan Berpasukan di beberapa acara sukan seperti Piala Dunia Memanah di Shanghai, China, temasya Sukan Komanwel Remaja ke-4 2011 di Isle of Man dan Kejohanan Sukan SEA ke-26. Murid kita juga tidak kurang hebatnya dalam bidang reka cipta inovasi dengan mewakili negara di peringkat antarabangsa di Inova 2011, 36th International Invention Show, Zagreb Fair, Crotia.

Saudara dan saudari yang saya hormati,

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

16. Kementerian juga melihat bahawa satu sistem pentaksiran yang lebih holistik adalah penting bagi membolehkan potensi murid dikenalpasti dan digarap secara menyeluruh. Justeru, Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang merupakan satu penambahbaikan terhadap sistem pentaksiran pendidikan kebangsaan telah dilaksanakan secara berperingkat mulai Tahun 1, 2011. Pada tahun 2012, Pentaksiran Berasaskan Sekolah melibatkan guru dan murid Tahun 2 di sekolah rendah dan Tingkatan 1 di sekolah menengah. Transformasi Pentaksiran Pendidikan melalui PBS membawa kepada penghijrahan daripada pentaksiran berorientasikan peperiksaan kepada pentaksiran yang lebih holistik, bersepadu dan seimbang. Pentaksiran yang dijalankan secara berterusan untuk mengesan dan memantau perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran diharapkan mampu mencungkil potensi dan bakat murid dalam pelbagai bidang selain bidang akademik. Harapan saya, melalui sistem pentaksiran baru ini murid-murid berpeluang untuk meningkatkan potensi diri secara menyeluruh dan menjadi lebih kreatif dan inovatif dengan bimbingan secara berterusan oleh guru.

TRANSFORMASI TVET

17. Selain itu, transformasi sistem pendidikan turut dilakukan dengan memberi tumpuan kepada pelaksanaan dan keupayaan penyampaian agar terus relevan dengan tuntutan semasa dengan membuat perubahan pada hala tuju pendidikan vokasional dan teknikal. Pada minggu lalu saya telah melancarkan pelan transformasi pendidikan teknikal dan vokasional. Di samping strategi dan tindakan yang telah digariskan dalam pelan transformasi pendidikan teknikal dan vokasional, pihak industri, sektor swasta dan agensi-agensi berkaitan akan turut berperanan menaikkan status dan mengarusperdanakan pendidikan teknikal dan vokasional seperti di negara-negara maju dan serantau yang lain.

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENDIDIKAN

18. Sebagai sebahagian daripada usaha untuk mentransformasi sistem pendidikan negara, Kementerian Pelajaran telah melancarkan Dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pendidikan pada tahun lalu. Melalui dasar ini, kerajaan mensasarkan untuk memperluaskan capaian jalur lebar di sekolah-sekolah di seluruh negara dan menyediakan persekitaran pembelajaran maya kepada semua murid. Konsep persekitaran pembelajaran maya ini dilaksanakan untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran serta memperkukuh sistem pengurusan maklumat berkaitan pendidikan di sekolah-sekolah di seluruh negara. Sehingga 31 Disember 2011, sebanyak 200 sekolah sudah siap dipasang capaian jalur lebar manakala sehingga April 2012 sebanyak 1052 sekolah lagi akan siap dipasang. Menjelang akhir 2012 sebanyak 7902 sekolah di seluruh negara dijangkakan mendapat perkhidmatan jalur lebar dan melaksanakan konsep persekitaran pembelajaran maya. Pemasangan capaian jalur lebar untuk semua sekolah dijadualkan siap sepenuhnya menjelang Mac 2013.

Saudara dan saudari yang saya hormati,

PENAMBAHBAIKAN PERKHIDMATAN DAN PROFESION KEGURUAN

19. Sepanjang tahun lalu, saya telah meluangkan masa untuk bertemu dan berdialog dengan guru-guru di seluruh negara. Saya juga telah bertemu dengan kesatuan-kesatuan guru bagi untuk lebih memahami cabaran yang dihadapi oleh guru dalam melaksakan tugas sebagai pendidik. Dalam siri pertemuan ini, antara perkara yang sering dibangkitkan ialah soal kebajikan guru, terutamanya tentang sistem saraan dan prospek kemajuan kerjaya. Saya mengambil perhatian yang berat mengenai perkara ini dan telah berbincang dengan YAB Perdana Menteri serta Jabatan Perkhidmatan Awam untuk mencari jalan bagaimana profesion keguruan dapat kita mantapkan lagi dengan menambahbaik sistem saraan dan peluang kenaikan pangkat bagi guru-guru. Alhamdulillah, pandangan guru-guru dan kesatuan telah diambil kira oleh kerajaan. Hasilnya, pengumuman pertama mengenai penambahbaikan perkhidmatan keguruan telah dibuat oleh YAB Perdana Menteri semasa sambutan Hari Guru pada tahun lalu. Kemudiannya, beberapa penambahbaikan tambahan telah dimasukkan dalam Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang mula dilaksanakan pada tahun ini.

20. Di bawah SBPA, kerajaan memberikan penekanan kepada peningkatan kualiti dalam perkhidmatan yang merangkumi: (i) peluang kenaikan pangkat yang cepat berdasarkan kecekapan dan prestasi; (ii) peningkatan pembangunan profesional secara berterusan; dan (iii) pelaksanaan kaedah pengurusan prestasi yang lebih mantap. Saya berharap agar semua pihak bersikap terbuka dalam menerima penambahbaikan dan pelbagai faedah yang terdapat dalam skim baru ini di samping mempertingkatkan kualiti kerja masing-masing.

21. Selaras dengan hasrat memartabatkan profesion keguruan, KPM melalui Bahagian Pendidikan Guru telah menyediakan bantuan yuran pengajian kepada guru-guru untuk menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah pertama di institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Infrastruktur Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) juga ditingkatkan dengan menaiktaraf infrastruktur sedia ada untuk menyediakan kemudahan yang lebih baik dan persekitaran yang lebih kondusif kepada bakal-bakal guru dalam mengikuti latihan perguruan.

22. Transformasi dalam pendidikan guru turut dilaksanakan bagi memastikan pendekatan yang lebih kreatif dan inovatif digunakan dalam pembelajaran dan pengajaran. Untuk itu, Institut Pendidikan Guru telah mengambil inisiatif menyemak dan menggubal kurikulum pendidikan guru dengan melaksanakan pedagogi dan pendekatan yang lebih kreatif dan inovatif merentas kurikulum sedia ada. Pendekatan aplikasi seni dalam pendidikan dan pengaplikasian alat kemahiran berfikir dalam aktiviti pembelajaran dan penyelesaian masalah digunakan untuk mencetus daya kreativiti dan inovasi pelatih guru bagi membentuk minda kreatif murid.

23. Kementerian juga bekerjasama dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) dalam melaksanakan projek rintis i-THINK (Thinking Schools) di 10 buah sekolah terpilih di seluruh negara dan menjalin usahasama dengan World Wide Fund for Nature (WWF) Malaysia bagi melahirkan IPG Lestari melalui penggunaan kaedah yang inovatif dalam meningkatkan kesedaran pemeliharan alam sekitar dan budaya ‘hijau’ . Selain itu, kolaborasi dengan Petrosains dijalankan bagi membolehkan pendedahan dan pengamalan kaedah inkuiri penemuan dalam pengajaran mata pelajaran sains dan matematik. Jalinan kerjasama yang dibuat dengan agensi-agensi tersebut adalah bagi memantapkan lagi komitmen melahirkan guru yang boleh menghasilkan pembelajaran dan pengajaran yang interaktif.

Saudara dan saudari yang saya hormati,

PENILAIAN SEMULA SISTEM PENDIDIKAN NEGARA DAN INOVASI

24. Walaupun sistem pendidikan kita telah banyak menyumbang kepada kemajuan dan kemakmuran negara selama ini, kita perlu mengakui bahawa penambahbaikan berterusan diperlukan jika kita ingin melihat mutu pendidikan di negara kita setanding dengan pendidikan di negara-negara maju. Untuk itu, kajian semula sistem pendidikan secara menyeluruh sedang dilaksanakan dengan tujuan untuk (i) memahami garis dasar pencapaian dan membangunkan fakta asas berdasarkan cabaran sistem sekolah Malaysia dengan memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan standard dan merapatkan jurang pencapaian; (ii) mengiktiraf kejayaan dan kemajuan yang dicapai; (iii) menterjemahkan penilaian kepada halatuju masa depan sistem pendidikan; dan (iv) menyokong transformasi Kementerian Pelajaran.

25. Bagi fasa pertama, penilaian sistem dilaksanakan dengan menubuhkan Panel Penilai Bebas tempatan dan antarabangsa bertujuan untuk memberi input dan panduan dalam penilaian tersebut. Panel yang dilantik membantu proses penilaian dengan menyediakan khidmat kepakaran dan nasihat serta mendapatkan pelbagai pandangan dan perspektif yang luas mengenai sistem pendidikan negara. Dalam menyokong penilaian ini, bantuan kepakaran juga diperolehi daripada UNESCO melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman Kajian Semula Dasar Pendidikan Malaysia yang ditandatangani pada 18 Disember 2011. Adalah dijangkakan Laporan Penilaian dan Halatuju Sistem Pendidikan Negara yang lengkap akan dibentangkan sebelum akhir tahun 2012.

26. Pada masa yang sama, Malaysia turut bekerjasama dengan UNESCO untuk membantu negara-negara kurang membangun termasuk Negara-negara kepulauan kecil dan Negara-negara Afrika bagi mencapai sasaran EFA dengan menandatangani Memorandum Persefahaman Malaysia-UNESCO Cooperation Programme (MUCP) pada 15 November 2011. Saya berharap kerjasama yang dijalinkan dengan anggota-anggota UNESCO secara tidak langsung dapat memantap dan meletakkan pendidikan negara kita di tahap yang membanggakan serta bertaraf antarabangsa.

27. Kerajaan percaya dengan program-program dan inisiatif yang telah disebutkan tadi, sistem pendidikan kita dapat melahirkan generasi rakyat Malaysia yang inovatif, kreatif dan mampu melonjakkan negara menjadi pemimpin di persada antarabangsa dalam bidang pendidikan. Semua ini memerlukan cetusan inovasi yang mampu meningkatkan daya saing negara, menjana ilmu dan mensejahterakan rakyat.

28. Memandangkan gerakan inovasi di Malaysia masih lagi di umur muda, Kementerian menyahut seruan Kerajaan bagi meningkatkan kesedaran dan memupuk budaya inovasi di kalangan warga KPM dengan melaksanakan Tahun Inovasi KPM 2012 bertemakan Mengungguli Modal Insan: Mencerna Kreativiti, Mencetus Inovasi. Inovasi dan kreativiti tidak hanya disarankan kepada murid sekolah dan institusi pendidikan sahaja malah melibatkan keseluruhan warga KPM di peringkat kumpulan premier, kumpulan pengurusan dan professional serta kumpulan pelaksana supaya rantaian nilai pendidikan negara boleh dianjak ke satu tahap yang lebih tinggi.

29. Bagi menyokong inisiatif pelaksanaan Tahun Inovasi KPM 2012, pelbagai program dan aktiviti inovasi akan dilaksanakan sepanjang tahun ini melibatkan seluruh warga Kementerian Pelajaran. Saya berharap warga KPM akan memberi sumbangan dan sokongan padu terhadap aktiviti-aktiviti tersebut selain meneruskan sumbangan cetusan idea kreatif bagi mengarusperdanakan peningkatan budaya inovasi.

Saudara dan saudari yang saya hormati,

PENUTUP

30. Cabaran yang bakal kita hadapi sepanjang tahun 2012 ini amat kritikal kepada kejayaan kita sebagai warga pendidik untuk mencapai sepenuhnya sasaran-sasaran yang telah ditetapkan di bawah NKRA pendidikan. Selain itu, pelaksanaan dasar-dasar baru seperti Pentaksiran Berasaskan Sekolah, Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pendidikan

Akhir kata, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua warga pendidik yang telah berusaha memerah keringat dalam menjayakan pelbagai program pendidikan pada tahun 2011. Tanamkanlah tekad dan iltizam untuk terus mendaki puncak kejayan. Bagi tahun 2012, saya berharap lebih banyak jalinan kerjasama dengan semua pihak dapat dibuat bagi memastikan penambahbaikan dan pemantapan sistem pendidikan negara tercapai. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Marilah kita bersama-sama berganding bahu dalam menjayakan matlamat menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada rakyat dan mewujudkan sistem pendidikan bertaraf dunia di negara kita. Semoga usaha kita akan sentiasa diberkati Allah SWT dan segala perancangan kita akan berjalan dengan lancar, inshaAllah.

Wabillahi al-taufiq walhidayah wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Warga SK Menerong...

Warga SK Menerong...

www.satisfaction.com