Secara umumnya, Falsafah di sebalik Dasar 1Murid 1Sukan adalah soal semangat setia kawan, semangat berpasukan, semangat ingin mencuba, semangat meraikan kemenangan rakan sepasukan, semangat bersedia untuk menerima kekalahan, memupuk perasaan yakin diri serta semangat juang yang tinggi selain untuk merangsang minda dan tubuh badan supaya sentiasa cerdas dan cergas.
Semua murid berhak untuk mendapat layanan yang adil dan perlu diberi peluang untuk mengembangkan potensi diri mereka dalam semua bidang termasuklah bidang sukan. Ini adalah cabaran dan amanah yang perlu dilaksanakan oleh para guru. Sekiranya para guru hanya memilih pelajar yang mampu menang semata-mata, murid yang kurang kemampuan dari segi fizikal akan terus kekal menjadi penonton. Sekalipun berpakaian sukan seperti murid-murid yang lain, mereka mungkin mampu menjadi pemerhati di tepi-tepi
Dari Ruangan Pendapat Pembaca “Utusan Malaysia”
Rujuk Laman Sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia untuk lebih info:
No comments:
Post a Comment