VISI DAN MISI
’MELESTARIKAN PENDIDIKAN TERBILANG’
OLEH:
RAZALI BIN DAUD
PENGARAH PELAJARAN NEGERI TERENGGANU
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
’SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENGUBAH APA YANG ADA PADA SESUATU KAUM SEHINGGA MEREKA MENGUBAH APA YANG ADA PADA DIRI MEREKA SENDIRI’
.....surah AR-RA’D, Ayat 11
PENGENALAN
Pendidikan Terengganu adalah milik warga pendidikan. Marilah kita bersama-sama memperkasakan kualiti komitmen kerja pendidikan dan persekolahan bagi melonjakkan kecemerlangan pendidikan menerusi agenda ’Melestarikan Pendidikan Terbilang’ serentak merealisasikan ’Terengganu Negeri Anjung Ilmu’ yang berkonsepkan ’1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.
Saya memohon seluruh warga pelajaran negeri Terengganu mendoakan saya supaya menjadi seorang ketua yang amanah, jujur dan ikhlas dalam memimpin pendidikan Terengganu. Semoga pendidikan Terengganu sentiasa dirahmati, diberkati, diampuni dan memperolehi kejayaan.
Marilah kita dengan penuh komitmen dan dedikasi bersama-sama merealisasikan NKRA, Kementerian Pelajaran Malaysia dan KPI, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.
AGENDA
’MELESTARIKAN PENDIDIKAN TERBILANG’
STRATEGI
Kepimpinan Efektif.
Ø Memperkasakan Kualiti Komitmen Guru Dan Staf.
Ø Murid Holistik.
PERNYATAAN KONSEP
Mengekalkan kecemerlangan dan tetap terbilang.
ANALOGI
APUNGAN SABUT DI PERMUKAAN AIR
Pasang surut air, sabut tetap kekal di atas.
PENDEKATAN
Pendekatan Bottom to Top.
KELESTARIAN = 10% (Top) + 90% (Bottom)
Memperkasakan Permuafakatan Dalam Organisasi.
v Collaborative.
v Collective of responsibility
v Collective Ownership.
v Collective Sense of Achievement.
v Togetherness.
v Sense of Belonging.
Ø Memperkasakan Program Dan Aktiviti Bersama Rakan Strategik (Bukan Pendidikan).
Ø Memasyarakatkan Guru Dan Murid.
Ø Pendemokrasian Pendidikan.
Ø Memperkasakan Kualiti Guru Dan Staf.
Ø Penyelidikan Pendidikan.
Ø Penanda Aras.
Ø Destinasi Masjid.
BIDANG PECUTAN 2011
Peperiksaan Awam.
Program / Projek UPSR, PMR, SPM dan STPM (Murid Aliran Perdana Dan Murid Pendidikan Khas)
Kecemerlangan Akademik Pelbagai Tahap Murid.
Ø Program / Projek Kecemerlangan Akademik (Murid Aliran Perdana Dan Murid Pendidikan Khas)
Ø Memberi fokus kepada Minimum C dan menguasai semua mata pelajaran.
Ø Pengurusan kurikulum yang lebih baik.
Ø Fokus GPS (Gred Purata Sekolah).
Ø Pemantauan hasil kerja murid.
Ø Kandungan (Volum) Kerja Murid.
Ø Penggunaan e-BOOK yang berkesan dalam P&P.
Ø LINUS.
100% Tamat Silibus.
Semua murid mesti menerima 100% Sukatan Pelajaran.
Kecemerlangan Pendidikan Khas.
Ø 100% 3M LINUS Tegar / Murid Pemulihan (Tuisyen Membaca).
Ø Peningkatan Penguasaan 3M Murid Pendidikan Khas.
Ø Melengkapkan Alat Bantu P&P Dan Alat Bantu Khas Peribadi (Murid Bermasalah Penglihatan Dan Murid Bermasalah Pendengaran).
Ø Memperkasakan Penampilan Diri Murid Pendidikan Khas.
Ø Kebajikan Murid Pendidikan Khas, Murid Yang Menghidap Penyakit Kronik Dan Murid Malang (Bantuan Pemakanan, Pemeriksaan Kesihatan, Rawatan Dan Pembedahan).
Iklim Kerja Pendidikan Dan Persekolahan.
Integriti, kolaboratif, kondusif, prinsip merit dan komitmen (daya juang).
Pengurusan & Kepimpinan.
Kepimpinan Sekolah Terbilang (Urus Tadbir Terbilang – Pengurusan Pentadbiran Biasa, Sumber Manusia Dan Perubahan).
Kajian telah membuktikan bahawa sekolah yang berjaya mempunyai pemimpin yang berkualiti.
’Leadership is role model of excellence’
Perancangan Taktikal, Perancangan Strategik Dan Perancangan Operational.
Inisiatif, Kreativiti Dan Inovasi (ICI).
Model Guru Sekolah Terengganu (MGST).
Guru Terbilang (Terbilang P&P, Sahsiah, Personaliti, Ilmu dan Ketrampilan)
Model Murid Sekolah Terengganu (MMST).
Murid Terbilang (Murid terbilang akademik, kepimpinan, kerjaya, disiplin, adab, sahsiah, kokurikulum dan sukan).
Model Asrama Sekolah Terengganu (MAST).
Asrama Terbilang (Murid asrama terbilang akademik, kepimpinan, kerjaya, disiplin, sahsiah, kokurikulum dan sukan).
Model Rumah Guru Terengganu (MRGT).
Rumah Guru Terbilang (Rumah Guru Yang Bersih, Ceria, Selamat Dan Selesa).
Kebajikan Warga Pelajaran.
Penghargaan, Peluang Kenaikan Pangkat, Membantu Menyelesaikan Masalah Yang Dihadapi Oleh Seseorang Guru / Staf dan lain-lain.
1M1S (Satu Murid Satu Sukan).
Seorang murid mesti mengambil bahagian sekurang-kurangnya satu sukan.
1P1S (Satu Pegawai Satu Sekolah).
Sebuah sekolah menjadi anak angkat kepada seorang pegawai di JPN / PPD.
Sekolah 100% 3M.
Semua murid sekolah rendah dan menengah menguasai 3M kecuali murid pendidikan khas. Bidang ini menjadi KPI kepada semua Pengetua dan Guru Besar.
Sekolah Bebas Isu.
Setiap sekolah mesti bebas sebarang isu. Bidang ini menjadi KPI kepada semua Pengetua dan Guru Besar.
Mengembalikan Kegemilangan Sekolah.
Mengembalikan status dan kegemilangan mana-mana sekolah yang dahulunya ternama dan hebat.
Pembangunan Kerohanian – Solat dan Al-Quran.
Program Al-Quran dan Solat Untuk Murid Aliran Perdana dan Murid Pendidikan Khas (Khusus Murid Bermasalah Pendengaran dan Bermasalah Penglihatan).
Pembudayaan Ilmu, Kemahiran Dan Penyelidikan Pendidikan.
Ø Budaya Membaca.
Ø Budaya Latihan Perkembangan Staf.
Ø Pelaksanaan kajian tindakan dalam P&P dan kajian konvensional (pentakbiran) dalam kerja buat pelajaran dan pendidikan yang lain.
PENUTUP
Semua input pelaksanaan program dan aktiviti agenda Melestarikan Pendidikan Terbilang akan direfleksi, dianalisis, dikaji dan didokumentasikan untuk dijadikan rujukan dan panduan dalam memikir dan mengenalpasti alternatif strategik Program Pendidikan Terengganu Terbilang (PPTT) pada masa akan datang.
Terima Kasih
VISIMISIPPNTRD2011
No comments:
Post a Comment