SK Menerong [TBA 5014] merupakan sebuah sekolah yang terletak di dalam daerah Hulu Terengganu. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) Luar Bandar. Proses P & P di sekolah ini berjalan pada sidang pagi sahaja. Pada waktu petang, bilik-bilik darjah digunakan untuk kelas Fardhu Ain (KAFA) bagi murid Tahun 2, 3, 4, dan 5 yang diadakan pada hari Ahad, Isnin, dan Rabu sahaja.
Talian Tel. : 09-6125625
Talian faks.: 09-6129954
Alamat email : skmenerong@gmail.com

Renungan...

Tuesday, 25 February 2014

KOSMO Online : Kemuka masalah berkaitan PBS melalui saluran yang betul - NUTP

22/02/2014 2:20pm

KUALA LUMPUR - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menggesa semua guru khususnya yang terlibat dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) supaya menggunakan saluran yang disediakan oleh kerajaan untuk menyuarakan masalah dihadapi mereka dalam melaksanakan sistem tersebut.
Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng berkata, NUTP sejak setahun lalu sentiasa komited menyalurkan segala isu membabitkan pelaksanaan PBS terutama kesulitan yang dialami guru terlibat kepada Kementerian Pendidikan.
"Kita dapati ada sekumpulan guru yang berhimpun di beberapa lokasi di seluruh negara bagi menyuarakan isu (PBS) ini.
"Bagi NUTP, mereka tidak perlu buat begitu kerana kita sudah pun mempunyai forum dan platform untuk berunding dengan kerajaan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat NUTP di Jalan Ipoh di sini semalam.
Jelas beliau, selain menyalurkan permasalahan kepada pengurusan sekolah, guru terlibat boleh menghubungi ahli jawatankuasa NUTP di peringkat daerah mahu pun negeri selain bilik gerakan yang ditubuhkan Kementerian Pendidikan baru-baru ini. - KOSMO!


Artikel Penuh: 

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0222&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_07.htm

BERNAMA : Permudah PBS Agar Fokus Guru Tidak Terganggu - NUTP

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mahu sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dipermudah agar fokus guru dalam mendidik pelajar tidak terganggu.

Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng berkata sistem PBS merugikan pelajar kerana guru boleh hilang fokus semasa proses pengajaran dan pembelajaran kerana perlu memeriksa kertas ujian serta mengisi data berkenaan setiap hari.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan NUTP menyambut baik penangguhan pelaksanaan PBS seperti yang diumum Kementerian Pendidikan semalam.

"Sepatutnya guru menggunakan masa mereka di sekolah untuk mendidik pelajar bukan mengisi data di dalam sistem," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Kementerian Pendidikan berkata penangguhan itu adalah bagi meneliti semula pelaksanaan PBS dalam usaha mengurangkan beban tugas guru selain memfokus kepada rombakan perkara yang melibatkan kekerapan memasukkan data, termasuk pengisian borang perekodan prestasi murid.

-- BERNAMA

Sumber Pautan : http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/newsindex.php?id=1017130

BERNAMA : Sistem PBS Tidak Akan Dimansuh - Idris

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Kementerian Pendidikan tidak akan memansuhkan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), kata Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata kementerian akan mengumumkan bentuk dan pelaksanaan sistem baharu PBS pada 1 April ini.

"Kementerian tidak akan memansuhkan sistem ini, namun akan memperbaharui semula sistem PBS dan melihat cara berkesan untuk penambahbaikan," katanya ketika diminta mengulas mengenai keluhan pelbagai pihak mengenai sistem itu.

Terdahulu beliau menghadiri pameran kejayaan penyelidikan universiti-universiti Siri 1: Penerbitan di Kompleks Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Bangunan IPPP, Universiti Malaya, di sini, Isnin.

Semalam, Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Dr Khair Mohamad Yusof dilaporkan berkata guru tidak perlu meneruskan pelaksanaan PBS sehingga kenyataan mengenainya dibuat Kementerian Pendidikan dalam masa terdekat.

Menurut Khair, pihaknya akan memaklumkan hasil penelitian dan kajian semula berkaitan PBS setelah Menteri Pendidikan berpuas hati dengan penambahbaikan yang dicadangkan.

Mengenai acara hari ini, Idris berkata lima universiti penyelidikan di negara ini telah mencapai kejayaan memberangsangkan dari segi aktiviti dan output penyelidikan,

Beliau berkata dari 2008 sehingga 2012, Malaysia berjaya mengatasi negara jiran, termasuk Thailand dan Singapura dari segi penerbitan dan kertas ilmiah.

"Kita yakin melalui produk bermutu dihasilkan (melalui penyelidikan), ia mampu menjadi produk komersial," katanya.

Lima universiti berstatus universiti penyelidikan adalah Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Idris berkata pameran yang diadakan bertujuan membuktikan pencapaian diraih lima universiti penyelidikan ini dalam menghasilkan ciptaan dan inovasi membanggakan.

Acara ini akan dianjur secara bergilir oleh setiap universiti penyelidikan dengan penekanan berbeza untuk setiap acara, dan acara pertama ini memberi penekanan kepada penerbitan dan kertas ilmiah.

-- BERNAMA

Sumber Pautan : http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/newsindex.php?id=1017112

BERNAMA : Tiada Arahan Dikeluarkan Tukar Guru Yang Menentang PBS, Kata Muhyiddin

KAJANG, 24 Feb (Bernama) -- Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan bagi menukar mana-mana guru yang menentang pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Timbalan Perdana Menteri berkata beliau dan Kementerian Pendidikan (KPM) tidak pernah mempunyai niat untuk menganiayai mana-mana guru, termasuk mereka yang berada dalam Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM).

"Saya nak nyatakan bahawa saya tak memberi apa-apa arahan untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana guru termasuk mereka yang di dalam Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM).

"Saya telah buat keputusan berhubung pendirian KPM untuk tangani masalah PBS iaitu menangguhkan pelaksanaannya bagi memberi ruang kepada satu kajian bagi penambahbaikan diadakan," katanya dalam sidang media di Surau Al-Falah Kampung Bukit Dukung, di sini Isnin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya sama ada keputusan menukarkan Mohd Nor Izzat Mohd Johari yang bertindak sebagai ketua jawatankuasa SGMM akan ditarik balik selepas kerajaan menangguhkan sementara pelaksanaan PBS.

Muhyiddin berkata perkara itu mungkin berlaku melibatkan peringkat pentadbiran daerah dan beliau tidak mengetahui sama ada tindakan itu dibuat atas fakta-fakta lain atau hanya atas sebab guru berkenaan menyuarakan rasa tidak puas hati mengenai PBS.

"Kita tak nak menganiayai sesiapa, kita bersikap adil dan tidak mahu dilihat zalim.

"Guru bukan tidak boleh bersuara... boleh, tapi dengan cara mengikut prosedur bersesuaian berdasarkan pekeliling," katanya.

Beliau berkata selepas pelaksanaan PBS ditangguhkan, perkara penting yang perlu dilakukan ialah kementerian akan melakukan yang terbaik bagi mencari satu kaedah yang mampu memberi keadaan lebih baik kepada semua pihak jika dilaksanakan kelak.

Semalam, Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Dr Khair Mohamad Yusof dilaporkan berkata guru tidak perlu meneruskan pelaksanaan PBS sehingga kenyataan mengenainya dibuat Kementerian Pendidikan dalam masa terdekat.

Menurut Khair, pihaknya akan memaklumkan hasil penelitian dan kajian semula berkaitan PBS setelah Menteri Pendidikan berpuas hati dengan penambahbaikan yang dicadangkan.



-- BERNAMA

Sumber Pautan : http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/newsindex.php?id=1016993

BERNAMA : Guru Tidak Perlu Teruskan Pelaksanaan PBS Sehingga Diberitahu

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Guru tidak perlu meneruskan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sehingga kenyataan mengenainya dibuat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam masa terdekat.

Ketua Pengarahnya Datuk Dr Khair Mohamad Yusof dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya akan memaklumkan hasil penelitian dan kajian semula berkaitan PBS setelah Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin berpuas hati dengan penambahbaikan yang dicadangkan.

Katanya penambahbaikan itu mengambil kira dapatan kajian terbaharu KPM, rungutan guru dan mengambil kira pandangan masyarakat termasuk Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM).

"KPM telah mengambil inisiatif meneliti semula pelaksanaannya agar dapat mengurangkan bebanan tugas guru, dengan memfokuskan kepada rombakan perkara yang melibatkan kekerapan guru memasukkan data termasuk pengisian borang perekodan prestasi murid yang boleh membebankan guru," katanya.

Selain itu, antara tidakan yang diambil KPM ialah menubuhkan Jawatankuasa Task force PBS di peringkat kementerian yang akan mengadakan mesyuarat setiap minggu bagi meneliti dan menilai perkembangan setiap tindakan terhadap penelitian PBS.

"War Rooms PBS di peringkat KPM juga diwujudkan untuk menangani isu-isu berbangkit berkaitan pelaksanaan PBS dengan segera dan berkesan termasuk membuat maklum balas segera mengenainya dari masa ke semasa," katanya.

KPM juga sedang melaksanakan usaha penambahbaikan terhadap capaian Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) bagi memastikan guru boleh mengakses sistem itu dengan lebih mudah dan berkesan.

Beliau juga memaklumkan bahawa KPM turut menangguhkan taklimat PBS di peringkat sekolah rendah dan menengah seluruh negara bermula 17 Feb lalu untuk mengelakkan kekeliruan terhadap pelaksanaannya.

KPM juga, katanya, telah mengadakan perbengkelan melibatkan guru termasuk kesatuan-kesatuan guru dalam usaha penelitian dan kajian semula pelaksanaan PBS pada Februari lalu dan hasilnya akan dibentangkan dalam tempoh terdekat.

"Kesemua tindakan itu diambil bagi memastikan setiap elemen pelaksanaan PBS dapat memberikan taksiran secara holistik terhadap murid dan dalam masa sama mengurangkan beban guru yang melaksanakannya," katanya.

-- BERNAMA
Sumber Pautan : http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/newsindex.php?id=1016850

TEGANUKITA : Kontrak Perkhidmatan 255 orang EIO, TSO Disambung

Posted by ashman at 5:32 PTG

Oleh: Aida Abd Rahman
Gambar oleh Zulkipli Putra 

Kerajaan negeri meneruskan penyambungan kontrak perkhidmatan kepada 255 Pegawai Teknologi Maklumat (EIO) dan Juruteknik Komputer (TSO) bagi mengurus dan mengawal penggunaan e-book di sekolah seluruh Terengganu.

YB Ghazali Taib menyampaikan borang penyambungan kontrak perkhidmatan kepada EIO dan TSO dari seluruh Terengganu.

Seramai 211 orang EIO berkenaan adalah dari Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu, turut ditempatkan di pejabat pendidikan daerah dan jabatan kerajaan, sementara 44 orang TSO pula ditugaskan di pusat bestari daerah.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Tugas-Tugas Khas negeri, YB Ghazali Taib, berkata kerajaan bersetuju menyambung kontrak sebahagian besar EIO dan TSO itu selepas mereka menunjukkan prestasi dan komitmen yang baik terhadap tugas sepanjang 2013.




“Ada segelintir di kalangan mereka bermasalah dan tidak berdisiplin.Bagaimanapun dari semasa ke semasa kita akan terus memberikan peringatan supaya mereka memberi tumpuan dan komitmen pada tugas berkenaan.

Sumber : http://teganukita.blogspot.com/

Wednesday, 12 February 2014

SINAR HARIAN : E-book ditambah baik, sasar UPSR meningkat

11 Februari 2014
HULU TERENGGANU - Kandungan dalam buku elektronik (e-book) yang diagih oleh kerajaan Terengganu kepada murid tahun lima di negeri itu ditambah baik dalam usaha meningkatkan pencapaian pelajar.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Tugas-tugas Khas Negeri, Yang Berhormat Encik Ghazali Taib berkata, antara penambahbaikan yang dibuat ialah memuatkan lebih 1,000 soalan untuk setiap subjek Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

"Kalau murid menumpukan latihan berterusan terhadap lima subjek UPSR dalam e-book itu, pelajar kita mampu memperoleh (markah) 80 peratus dalam peperiksaan itu," katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Selain itu, Ghazali berkata kerajaan negeri juga sudah meminta syarikat Top IT yang mengeluarkan e-book berkenaan agar turut memuatkan subjek 'Trenglish' bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris murid.

"Walaupun subjek ini untuk pelajar tingkatan dua hingga empat, kita mahu murid kita didedahkan kepada bahasa Inggeris lebih awal," katanya.

Terdahulu Ghazali mengagihkan e-book kepada 516 murid dari 16 buah sekolah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Ajil. - Bernama

Sumber Foto : Teganukite.blogspot.com

BERNAMA : Pelaksanaan Sistem Aplikasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah Dikaji Semula - Muhyiddin

PUTRAJAYA, 11 Feb (Bernama) -- Pelaksanaan sistem aplikasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) akan dikaji semula selepas selepas pelbagai aduan diterima daripada golongan guru.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Kementerian Pendidikan perlu mengkaji semula pelaksanaannya ekoran pelbagai masalah dalam urusan merekodkan butiran dalam pangkalan data pengkomputeran sistem aberkenaan.

"Buat masa ini, sistem aplikasi PBS itu ditangguh sehingga April depan, namun, guru masih perlu menjalankan kerja-kerja merekodkan butiran dan pelbagai perkara yang berkaitan PBS secara manual tanpa menggunakan komputer," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan guru-guru di Sekolah Menengah Presint 8(1) di sini Selasa.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Datuk Dr Madinah Mohamad, Ketua Pengarah Datuk Dr Khair Mohamad Yusof dan Pengetua Sekolah Menengah Presint 8(1) Putrajaya, Roaini Jaafar.

Dalam pertemuan sejam itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata mereka membincangkan mengenai pelbagai masalah yang dihadapi guru berhubung sistem aplikasi komputer PBS berkenaan.

Muhyiddin berkata kementerian akan menjadikan Sekolah Menengah Presint 8(1) Putrajaya sebagai satu kajian kes mengenai permasalahan sistem pengkomputeran aplikasi PBS dan kaedah PBS.

Beliau juga berkata kaedah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang diguna pakai di sekolah-sekolah di seluruh negara sekarang akan turut dikaji semula berikutan pelbagai masalah yang timbul akibat penggunaan sistem pengkomputeran aplikasi berkenaan, katanya.

Muhyiddin berkata kementerian akan membuat keputusan mengenai dua perkara berkenaan iaitu sistem pengkomputeran aplikasi PBS dan kaedah PBS, sama ada untuk meneruskannya atau tidak pada satu mesyuarat yang akan diadakan kementerian daam masa terdekat.

PBS merupakan transformasi daripada berfokuskan peperiksaan kepada sistem pentaksiran pendidikan yang lebih holistik. Bagaimanapun, sejak tahun lepas, golongan guru mendakwa ia membebankan mereka berikutan sistem aplikasi pengkomputeran itu sering tergendala menyebabkan data pelajar terpaksa dimasukkan pada lewat malam.

-- BERNAMA

Tuesday, 11 February 2014

Kokurikulum : Cadangan Jadual Latihan Sukan Kecemerlangan 2014

Perhatian kepada SEMUA guru:

Motivasikan Dirimu....



Dipetik daripada
http://2.bp.blogspot.com/

Tahniah ... Cikgu Laileesun Ishak ... Selamat Bertugas

Syabas kepada Cikgu Laileesun Ishak yang telah dilantik dan memulakan tugas sebagai "School Improvement Specialist Coaches Plus" di Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Terengganu bermula 09 Februari 2014.

Jasa serta Komitmen Cikgu Laileesun amat kami hargai sepanjang beliau bersama-sama kami dalam mendidik anak bangsa di SK Menerong sebagai Guru Cemerlang Bahasa Inggeris selamat 7 tahun.

Admin

Wednesday, 22 January 2014

Sambutan Maulidurrasul 1435 Hijrah Peringkat Sekolah.....


Kokurikulum Sesi 2014


Pelantikan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia


YBhg. Datuk Dr. Khair bin Mohamad Yusof
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,
Kementerian Pendidikan Malaysia

Sukacita dimaklumkan bahawa Yang Berbahagia Datuk Dr. Khair bin Mohamad Yusof telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia berkuatkuasa mulai 8 Disember 2013.

Wednesday, 15 January 2014

Selamat Datang ke SK Menerong dan Selamat Bertugas....

Ahlan wa Sahlan kepada Warga Guru yang baru ke SK Menerong bermula 01 Januari 2014.... Semoga Anda semua dapat memberikan yang TERBAIK kepada Guru dan Murid SK Menerong dalam memacu lonjakan ke arah KECEMERLANGAN PENDIDIKAN....
In Sha Allah...

Thursday, 9 January 2014

PENTING : KAJIAN KEBERKESANAN MAKLUMAT DALAM PRA PELAKSANAAN PBPPP DI SEKOLAH

KAJIAN KEBERKESANAN MAKLUMAT DALAM PRA PELAKSANAAN PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) DI SEKOLAH DAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah diarah menarik perhatian tuan berkaitan perkara di atas.

2.            Sukacita dimaklumkan, Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi (BPPK) sedang menjalankan kajian keberkesanan maklumat yang disebarkan dan mengenal pasti isu-isu berbangkit semasa pra pelaksanaan PBPPPKajian ini dijalankan di sekolah dan PPD secara atas talian. Responden kajian adalah
a)      Semua pegawai-pegawai PPD yang terlibat dalam pra pelaksanaan PBPP;
b)      Semua pengetua, guru besar, dan guru di sekolah yang terlibat dalam pra pelaksanaan PBPP.

3.            Kami mohon kerjasama pegawai PPD, pengetua, guru besar, dan guru yang terlibat dalam pra pelaksanaan PBPP untuk melengkapkan soal selidik secara atas talian pada link berikut:

4.            Sila lengkapkan soal selidik ini pada atau sebelum 31 Januari 2014.

5.            Sehubungan itu, kami juga mohon kerjasama pihak tuan untuk panjangkan (forward) e-mel ini kepada semua pegawai PPD yang terlibat serta sekolah-sekolah di bawah seliaan pihak tuan.

6.            Sebarang pertanyaan, sila hubungi Sabariah binti Abdul Kadir pada talian 03 8317 9000/9113 atau e-mel:sabariah.abd.moe@1govuc.gov.my.

7.            Sebagai makluman, mengikut data sistem e-Prestasi yang digunakan dalam pra pelaksanaan PBPPP, sehingga 19 Disember 2013, seramai 31,966 orang telah selesai melaksanakan pra PBPPP dalam talian.

8.            Atas segala kerjasama tuan berikan dalam hal ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Sabariah Abdul Kadir
Penolong Setiausaha
Unit Dasar, Penyelidikan dan Penandaarasan
Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi
Kementerian Pendidikan Malaysia

Tel: 03 8317 9000/ 9113
Fak: 03 8317 9118

Motivasikan Dirimu Untuk Mencipta Kejayaan....


Selamat Bertukar Encik Mohd Farizuan bin Mohd Azam, PAP... Jasamu dikenang

Encik Mohd Farizuan bin Mohd Azan [PAP]
telah bertukar ke SMK Menerong
berkuatkuasa bermula 01 Januari 2014.

Seluruh warga SK Menerong merakamkan jutaan terima kasih atas komitmen yang telah diberikan kepada SK Menerong sepanjang tempoh perkhidmatan Tuan di sekolah ini.

Semoga Tuan dapat terus dapat menunjukkan prestasi cemerlang di tempat baru.
Kami juga memohon maaf di atas kekhilafan sepanjang perkhidmatan tuan di tempat kami.

Terima kasih... Jasamu dikenang...

Selamat Bertukar Ustaz Mohd Adnan bin Seman... Jasamu dikenang

Ustaz Mohd Adnan bin Seman
telah bertukar ke SK Tengkawang
berkuatkuasa pada 01 Januari 2014.

Seluruh warga SK Menerong mengucapkan Selamat Bertugas di tempat baru kepada Ustaz.
Semoga Ustaz terus maju jaya serta dapat memberikan komitmen yang tinggi.
Kami juga memohon maaf di atas segala kekhilafan sepanjang Ustaz berada di sini.
Jasa serta bakti Ustaz akan sentiasa kami kenang.

Terima kasih, Ustaz.

Selamat Datang ke SK Menerong & Selamat Kembali ke SK Menerong....


Wednesday, 12 June 2013

Tahniah dan Syabas... Semoga Selamat Menjalankan Tugas dengan Cemerlang

Hj  Md Yasin Salleh
Ketua Sektor,
Sektor Pengurusan Sekolah

Hj Ngah Bidin
Ketua Sektor,
Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan

Hj Mohamad bin Embong,
Ketua Sektor,
Sektor Pendidikan Swasta dan Khas

Hj Matsor Ismail,
Ketua Sektor,
Sektor Pengurusan Akademik

En.Awang bin Ibrahim,
PPD Kuala Terengganu

Tuan Haji Bakar bin Jusoh mantan Pengetua SMTIZ
PPD Dungun

Warga SK Menerong...

Warga SK Menerong...

www.satisfaction.com