SK Menerong [TBA 5014] merupakan sebuah sekolah yang terletak di dalam daerah Hulu Terengganu. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) Luar Bandar. Proses P & P di sekolah ini berjalan pada sidang pagi sahaja. Pada waktu petang, bilik-bilik darjah digunakan untuk kelas Fardhu Ain (KAFA) bagi murid Tahun 2, 3, 4, dan 5 yang diadakan pada hari Ahad, Isnin, dan Rabu sahaja.
Talian Tel. : 09-6125625
Talian faks.: 09-6129954
Alamat email : skmenerong@gmail.com

Renungan...

Monday, 31 May 2010

Kelas Ceria Kondusif ... Tahun 6



Kelas Ceria Kondusif ... Tahun 5




Kelas Ceria Kondusif ... Tahun 4

Sunday, 30 May 2010

Lawatan Penilaian PSS sempena Hari Guru 2010





Sambutan Hari Guru 2010


Tokoh Guru 2010

Haji Ahmad bin Mahmood
80-7,KM.8.Binjai,
Jalan Air Puteh,
24000 Kemaman,Terengganu

Anugerah Guru Inovatif:

Augerah Guru Inovatif Sekolah Menengah

Majidah bt Muhamad
SMK Menerong,Ajil,Hulu Terengganu

Anugerah Guru Inovatif Sekolah Rendah

Norma bt Mohamad
SK Tok Jembal,Kuala Terengganu

Anugerah Guru Inovatif Prasekolah

Anis Salwani bt Mahmood
SK Tengku Mahmud 11,Besut,Terengganu

Anugerah Guru Pendidikan Khas Cemerlang 2010

Sa’yah binti Abu Bakar
SMK Bukit Besar,Kuala Terengganu

Anugerah Guru Kurang Upaya Cemerlang 2010

Mohd Khairuddin bin Abdul Wahab
SMK Bukit Besar,Kuala Terengganu

Anugerah Guru Cemerlang Sekolah Rendah

Rusmadi bin Abdullah
SK Sura ,Dungun,Terengganu


Anugerah Guru Cemerlang Sekolah Menengah

Fariza Nurbaya bt Mohamad
SMK Putra,Besut,Terengganu


Anugerah Pengurusan Sekolah Cemerlang (Sekolah Rendah)

SK Batu 7,Dungun,Terengganu


Anugerah Pengurusan Sekolah Cemerlang (Sekolah Menengah)

SMK Lembah Bidong,Setiu,Terengganu

Anugerah Asrama Cemerlang

SK Pasir Raja,Dungun,Terengganu


Anugerah Pengurusan Disiplin Cemerlang

SMK Belara,Kuala Terengganu

Anugerah Penerbitan Dan Majalah Terbaik

SMK Chukai,Kemaman,Terengganu

Anugerah Pengurusan Pejabat Pelajaran Daerah Cemerlang

Pejabat Pelajaran Daerah Marang,Marang,Terengganu


Anugerah Tokoh NILAM Guru

Encik Alias bin Ismail
SMK Kuala Jenderis,Hulu Terengganu


Peraduan Menulis Artikel Pendidikan Kategori Guru:

Tempat Pertama
Pn. Hjh. Zainun bt. Mohd
SMK Tengku Lela Segara,Marang Terengganu

Tempat Kedua
Tn. Hj. Mat Husin bin Hj. Ghani
SMK Saujana,Setiu,Terengganu.

Tempat Ketiga
Pn. Nozna bt. Awang
SMK Pengkalan Berangan,Marang,Terengganu


Peraduan Menulis Cerita Kanak-Kanak Kategori Guru:

Tempat Pertama
Pn. Siti Hawa bt. Ibrahim
SMK Padang Midin,Kuala Terengganu

Tempat Kedua
Tn.Hj.Kadir bin Othman
SMK Seri Serating,Marang,Terengganu

Tempat Ketiga
En. Nazri bin Hussein
SK. Bukit Kuang,Kemaman,Terengganu

Kelas Ceria Kondusif ... Tahun 3




Kelas Ceria Kondusif ... Tahun 2



Kelas Ceria Kondusif ... Tahun 1


Tuesday, 18 May 2010

Profesor Ibrahim Penerima Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan 2010








Ahad Mei 16, 2010

KUANTAN: Profesor Datuk Dr Ibrahim Ahmad Bajunid dipilih selaku penerima anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan 2010 sempena Sambutan Hari Guru ke-39 hari ini.
Ibrahim merupakan mantan Pengarah Institut Aminuddin Baki (IAB) dipilih penerima anugerah berkenaan di atas sumbangannya sebagai perunding dalam pembuatan dasar kerajaan, sektor swasta dan badan bukan kerajaan.
Beliau adalah Penasihat Kebangsaan/Perunding Asia-Eropah Pembelajaran Sepanjang Hayat di Malaysia dan kini terlibat dalam beberapa projek penyelidikan dan mengawasi beberapa pelajar peringkat Sarjana dan Kedoktoran.Ibrahim juga menganggotai Lembaga Penasihat Akademik di beberapa pusat pengajian tinggi negara dan beliau telah menulis lebih daripada lima ratus rencana dan penulisan ilmiah yang merangkumi isu penting dalam pembangunan nasional yang berkaitan dengan pendidikan, modal insan, intelektual dan sosial.

Ibrahim berkata bila seseorang menerima sesuatu anugerah bukan atas usahanya sendiri sahaja malah turut membabitkan usaha orang lain.
"Anugerah ini adalah untuk semua kaum guru yang memikul tanggungjawab yang besar mendidik anak bangsa.
"Guru mempunyai cabaran yang banyak untuk perubahan masyarakat bukan sahaja di negara ini malah seantero dunia," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis sambutan Hari Guru peringkat Kebangsaan di sini, hari ini.
Sementara itu, empat bekas guru, Awang Mohamad, 59, Encharang Agas, 66, Datuk Chuang Keng Kung, 72, dan Ainun Jamilah Mohd Ali, 60, pula telah dipilih bagi menerima anugerah Tokoh Guru 2010.
Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan dan anugerah Tokoh Guru 2010 itu disampaikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran.
Salah seorang penerima Tokoh Guru berkenaan, Awang Mohamad amat berbangga dengan anugerah yang diterima itu.
"Tahun demi tahun saya lihat upacara pelancaran ini semakin hebat dan ini merupakan satu manifestasi kepada lebih 400,000 guru dan 7,000 Guru Besar seluruh negara," katanya.
Bagaimanapun beliau mengharapkan anugerah Tokoh Guru itu dapat diperluaskan lagi kerana nisbah empat penerima dengan jumlah guru yang ada amat sedikit.
Kesemua pemenang berkenaan masing-masing menerima wang tunai RM10,000, piala serta sijil penganugerahan.Sementara itu, Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Datuk Alimuddin Mohd Dom ketika berucap pada majlis itu berkata kunci kepada kecemerlangan pendidikan ialah guru-guru yang berkualiti.

Katanya dalam usaha untuk meningkatkan kualiti guru dan memartabatkan profesionalisme keguruan, agendanya bukan hanya sekadar penambahbaikan skim perkhidmatan dan kebajikan semata-mata.
"Ianya turut bergantung kepada tahap kualiti, kompetensi, jati diri dan semangat para guru. Faktor-faktor ini banyak mempengaruhi persepsi dan penerimaan masyarakat terhadap profesion ini yang akhirnya, akan menentukan sejauh mana profesion keguruan akan terus dihormati dan dipandang tinggi," katanya.Para pendidik juga katanya, hendaklah sentiasa bersedia untuk berubah dari satu tahap amalan kerja yang biasa ke suatu tahap yang berprestasi tinggi. - BERNAMA

Sambutan Hari Guru 2010 ... Album 2






Sambutan Hari Guru 2010 ... Album 1




Monday, 17 May 2010

Sambutan Hari Guru 2010 ... Kunjungan Wakil PPD HT

Warga SK Menerong telah menerima kunjungan Encik Wahi bin Muda, Penyelia Kanan Pembangunan dan Bekalan, Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu mewakili Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu sempena Sambutan Hari Guru 2010. Beliau juga telah membawa pesanan serta ucapan "Selamat Hari Guru" daripada Encik Shafruddin bin Haji Ali Hussin PPD HT.

Hadiah untuk Guru ... Petikan Berita


Oleh Rohaniza Idris
roha@bharian.com.my
2010/05/16

20,000 Warga Pendidik Naik Gaji, Pangkat

KUALA LUMPUR: Lebih 20,000 guru, termasuk pengetua dan guru penolong kanan hal ehwal murid (PK HEM) serta guru besar dijangka menikmati kenaikan pangkat, elaun dan manfaat lain yang akan diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sempena Hari Guru peringkat kebangsaan yang disambut di Kuantan, hari ini.

Selain itu, pelbagai insentif lain juga dijangka diumumkan Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran termasuk langkah mengurangkan beban kerja yang selama ini ‘menghantui’ golongan ini.

Sumber berkata, kenaikan pangkat yang membabitkan kategori DGA32 hingga DGA54 turut merangkumi pegawai perkhidmatan pendidikan yang bertugas di Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri, pejabat pelajaran daerah dan pensyarah Institut Pendidikan Guru.

Katanya, ketika ini guru besar bukan siswazah di sekolah kurang murid kebanyakannya memegang gred DGA32 manakala guru besar di sekolah gred A, DGA34.

“Bagi sekolah menengah, kebanyakan guru penolong kanan hal ehwal murid (PK HEM) berada dalam gred DGA44 berbeza dengan PK Pentadbiran dalam gred DG48. Mungkin ada penyeragaman pangkat di antara mereka,” katanya kepada Berita Minggu, semalam.
Sumber itu berkata, Muhyiddin juga dijangka mengumumkan satu tawaran baru iaitu ganjaran kewangan kepada pengetua, guru besar dan guru-guru yang berjaya melonjakkan prestasi sekolah masing-masing.
Selain itu katanya, ganjaran juga dijangka diberikan kepada pengetua, guru besar dan guru-guru yang berjaya melonjakkan kedudukan sekolah.

Bagaimanapun katanya, Muhyiddin akan memberikan penjelasan terperinci mengenai perkara berkenaan ketika mengumumkannya.

Sumber itu juga berkata, ganjaran yang diberikan kepada pengetua, guru besar dan guru pula lebih kepada pencapaian dan prestasi yang dicapai sekolah mengikut ketetapan kementerian.

Mengenai beban tugas guru yang diberikan perhatian serius oleh Muhyiddin, beberapa tindakan juga dijangka diambil. Antara bebanan yang dijangka dikurangkan ialah tugas perkeranian yang sebelum ini menjadi bebanan guru sehingga mengganggu tugas hakiki mereka iaitu pengajaran dan pembelajaran di kelas.Selain itu, katanya, kursus yang akan dihadiri guru juga akan diselaraskan supaya tidak berlaku pertindihan. Ini bagi mengelak guru yang sama mengikuti pelbagai jenis kursus yang dianjurkan.

Sumber itu berkata, pembahagian tugas di sekolah juga akan diberi perhatian dengan mengagihkan tugas secara adil bagi mengelakkan bebanan tugas tertumpu kepada guru tertentu saja.

Katanya, Muhyiddin juga dijangka mengumumkan ganjaran untuk mereka yang berkhidmat di kawasan pedalaman yang bakal dinikmati semua guru selain mengambil kira tempoh perkhidmatan mereka di kawasan berkenaan.

“Ini bermakna guru yang lama berkhidmat di kawasan pedalaman kemungkinan berpeluang untuk mengajar di kawasan bandar begitu juga sebaliknya,” katanya.Sumber juga berkata, pengumuman Muhyiddin itu adalah antara 10 perkara yang dibincangkan kesatuan guru dengan Kementerian Pelajaran. Namun, atas dasar penjimatan, beberapa tuntutan tidak dapat dilaksanakan tahun ini.

Katanya, kementerian tidak mungkin menaikkan elaun wilayah walaupun beberapa tuntutan mengenai perkara itu sudah dibangkitkan kesatuan guru beberapa kali.Sebelum ini, Muhyiddin berkata, beliau akan mengumumkan satu dasar baru yang lebih komprehensif untuk guru sempena sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan.Dasar itu, katanya akan mengandungi skim lebih baik untuk pengetua dan guru besar dari segi kenaikan pangkat, elaun dan manfaat lain.

Ketika ini, ada 400,000 guru di seluruh negara, termasuk pengetua, guru besar, penolong kanan serta pegawai perkhidmatan pendidikan yang bertugas di Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan pejabat pelajaran daerah.

Jamuan Pertukaran Cikgu Norra ... Selamat Maju Jaya




Rakaman oleh : Azlan Mat Tahar [EIO]

Gotong Royong Perdana 1 Malaysia ..... Guru oh Guru

15 Mei 2010 (Sabtu) : Warga guru SK Menerong telah berjaya melaksanakan satu program "Gotong Royong Perdana" dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa Penjaga dan Guru SK Menerong serta murid-murid. Program ini telah mendapat kerjasama yang amat memberangsangkan dari semua pihak.
Puan Hajjah Hasmah Haji Hamzah, Guru Besar SK Menerong mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat terutama kepada guru-guru, ahli jawatankuasa PIBG SK Menerong dan juga murid-murid yang sanggup menghadiri program berkenaan walaupun ianya diadakan pada hujung minggu.
Beliau berharap kerjasama ini akan berterusan dari masa ke semasa. Encik Mamat Hasan, Pengerusi PIBG SK Menerong dan juga Haji Zainuddin, Pengerusi JKKK Kampung Menerong turut bersama menjayakan program ini.



Jurugambar : Cikgu Nik Rozi bin Nik Ishak

Sunday, 16 May 2010

Tentatif Majlis Sambutan Hari Guru 2010 Sk Menerong

(Pengacara : Hajjah Rasidah)

8.00 pagi : Semua Murid & Guru berhimpun di Dewan Utama SK Menerong
: Negaraku
: Selamat Sultan
: Ucapan Pengerusi Majlis
: Doa dipimpin oleh Ustaz Mohd Adnan Seman
: Ucapan Puan Hajjah Hasmah Haji Hamzah, Guru Besar SK Menerong
: Ucapan Wakil Murid
: Perutusan oleh
- YAB Menteri Pelajaran Malaysia (GPK 1)
- Yang Berbahagia Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (GPK HEM)
- Yang Berbahagia Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu (GPK Ko)
: Bacaan Ikrar Hari Guru dipimpin oleh Cikgu Zaharuddin Abdul Razak
: Deklamasi Sajak ”Guru oh Guru” oleh Cikgu Nik Rozi Nik Ishak
: Nyanyian Hari Guru dipimpin oleh Cikgu Esham Busu
- Guru Malaysia
- Guru pembina Negara Bangsa
: Majlis bersurai

10.00 pagi : Rehat

(Pengacara : Nik Rozi)

11.30 pagi : Pertandingan Melempar dan Menyambut Belon
: Pertandingan Dart
: Pertandingan Rebut Kerusi
: Permainan Kotak Beracun
: Persembahan Murid
: Persembahan Guru
: Penyampaian Anugerah Hari Guru 2010
- Anugerah Guru Paling Bergaya
- Anugerah Guru Paling Lucu
- Anugerah Guru Paling Tegas
- Anugerah Guru Paling Garang
- Anugerah Guru Paling Prihatin
- Anugerah Guru Paling Popular
: Bersurai

1.30 petang : Jamuan sempena Hari Guru 2010 & Majlis Pertukaran Hadiah

Guru oh Guru ... Dedikasi buat semua guru

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

IKRAR HARI GURU

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

Warga SK Menerong...

Warga SK Menerong...

www.satisfaction.com