Renungan...
Sunday, 16 May 2010
LAGU GURU MALAYSIA
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putera puteri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu ... Membina ...
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu ... Membina ...
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Tunai tetap kami tunaikan
LAGU TEMA HARI GURU 2010
Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia
- Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
- Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
- Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi
Saturday, 15 May 2010
Perutusan Hari Guru 2010 ... Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu
PERINGKAT SEKOLAH NEGERI TERENGGANU TAHUN 2010
YANG BERUSAHA PENGETUA-PENGETUA, GURU-GURU BESAR, GURU-GURU PENOLONG KANAN, GURU-GURU, KAKITANGAN SOKONGAN, PENGERUSI DAN AJK PIBG, IBU BAPA / PENJAGA DAN MURID-MURID YANG DIKASIHI SEKALIAN
Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama mengucapkan syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya sekali lagi kita warga Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah negeri Terengganu dapat menyambut Hari Guru 2010. Sudah menjadi amalan dan tradisi kepada kita warga pelajaran di seluruh pelusuk negara meraikan sambutan Hari Guru pada tanggal 16 Mei setiap tahun. Sambutan ini adalah merupakan penghargaan dan penghormatan kepada warga guru negeri ini sama ada yang masih berkhidmat ataupun yang telah bersara di mana jua berada atas budi, pengorbanan dan perjuangan yang penuh dedikasi membangunkan modal insan gemilang untuk melahirkan generasi bangsa terbilang.
Saya mewakli Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu mengucapkan SELAMAT HARI GURU 2010 kepada seluruh warga guru dan warga sekolah negeri Terengganu Darul Iman yang bertemakan Guru Pembina Negara Bangsa. Kementerian Pelajaran Malaysia sekali lagi memilih ’Guru Pembina Negara Bangsa’ sebagai tema Hari Guru 2010 kerana tema ini amat bertepatan sekali dengan peranan dan tanggungjawab mulia warga guru menitis ilmu, menitis budi dan memupuk perpaduan di kalangan anak didik selaras dengan gagasan ’1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ seperti yang dihasratkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.
Sekali lagi saya menyeru dan mengajak semua warga guru sebagai agen pembina negara bangsa menterjemah dan merealisasikan pemikiran besar cetusan idea Yang Amat Berhormat Dato’ Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu untuk menjadikan Terengganu sebagai Negeri Anjung Ilmu menerusi agenda Merakyatkan Pentadbiran Dan Pembangunan agar negeri Terengganu terus unggul dan mendahului zaman dalam mencipta sejarah kejayaan dan kecemerlangan pendidikan. Sebagai tanda penghormatan dan akur setia kita warga guru dan warga sekolah negeri Terengganu kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu, marilah kita bangkit serentak, sederap dan sehasrat menunaikan amanah visi dan misi Jabatan Pelajaran negeri Terengganu bagi menjayakan sasaran Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman, iaitu 20 10 5 2 selaras dengan hasrat menjadikan Terengganu Negeri Anjung Ilmu.
Sempena Hari Guru 2010 juga, saya menyeru kepada warga murid negeri Terengganu supaya menghayati budaya aktif dan lahap belajar dengan memberi penekanan kepada ’kualiti’, ’kegemilangan’ dan ’kejuaraan’ untuk terus mencipta kejayaan dan sejarah kecemerlangan pendidikan negeri Terengganu.
Akhir kata saya mengucapkan tahniah, syabas dan terima kasih kepada semua Pengetua, Guru Besar dan seluruh warga sekolah negeri Terengganu kerana telah berjaya mengadakan Majlis Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Sekolah sempena Hari Guru 2010.
‘SELAMAT HARI GURU’
’GURU PEMBINA NEGARA BANGSA’
‘TERIMA KASIH CIKGU’
Sekian dan wassalam.
HAJI ARIFFIN BIN HAJI EMBONG
Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu
Pejabat Pengarah Pelajaran
Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu
Friday, 14 May 2010
Baru Ditemui....
Peperiksaan PTK Sessi Jun 2010
Thursday, 13 May 2010
Salam Takziah ... Al-Fatihah
UJIAN SARINGAN 2 LINUS
1. SARINGAN MEMBACA LITERASI DAN LISAN NUMERASI AKAN DILAKSANAKAN PADA 3 MEI - 31 MEI 2010.
2. SARINGAN BERTULIS LITERASI DAN NUMERASI AKAN DILAKSANAKAN PADA 27 JUN - 2 JULAI 2010.
Wednesday, 12 May 2010
PERUTUSAN HARI GURU 2010 ... YAB Menteri Pelajaran Malaysia
SEMPENA PERAYAAN HARI GURU KE-39
TEMA
“GURU PEMBINA NEGARA BANGSA”
Justeru, marilah kita semua merafakkan setinggi-tinggi puji dan syukur ke hadrat Allah SWT kerana sekali lagi kita dapat menyambut dan merayakan ketibaan Hari Guru bagi tahun ini.
Penghormatan ini amat layak diterima oleh para guru atas kegigihan guru-guru memberikan segala tunjuk ajar serta mendidik murid-murid untuk menjadi insan cemerlang yang berilmu dan berpekerti mulia. Sesungguhnya tugas dan tanggungjawab seorang guru merupakan tugas yang amat mulia.
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ”Selamat Menyambut dan Merayakan Hari Guru” kepada semua warga pendidik. ”Terima Kasih Cikgu” atas segala usaha dan kesungguhan yang telah diberikan dalam melaksanakan tanggungjawab dan memikul amanah rakyat.
Saya amat memahami bahawa tugas mendidik merupakan suatu tugas yang berat dan mencabar. Syabas saya ucapkan kepada guru-guru atas kejayaan dalam mengharungi cabaran-cabaran ini dengan semangat dan iltizam yang tinggi dan meletakkan sistem pendidikan di negara ini ke tahap yang membanggakan.
Sejak tahun 1990, sektor pendidikan kita telah berkembang pesat dalam meningkatkan akses, ekuiti dan kualiti pendidikan. Namun begitu, kita tidak seharusnya berpuas hati dengan apa yang telah kita capai. Kita perlu melipatgandakan usaha untuk melonjakkan sistem pendidikan negara ke tahap yang setara dengan negara maju dan bertaraf dunia. Masih banyak yang perlu dimantapkan dan diperbaiki supaya sistem dan institusi pendidikan benar-benar dapat melahirkan modal insan yang cemerlang, mempunyai daya saing yang tinggi dan berwibawa.
Jasa dan pengorbanan kita akan terpahat dalam ingatan dan akan tetap dikenang sepanjang hayat.
Putrajaya
Tuesday, 11 May 2010
TERKINI ... Jamuan Perpisahan Cikgu Norra Mohd Basir
Monday, 10 May 2010
PERUTUSAN HARI GURU 2010 ... Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
“GURU PEMBINA NEGARA BANGSA”
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.
Tuan-tuan, puan-puan warga pendidik dan pelajar yang dikasihi sekelian.
1. Alhamdulillah, saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya, sekali lagi pada tarikh ini, 16 Mei 2010, kita dapat menyambut hari paling istimewa bagi para pendidik iaitu Hari Guru. Tanggal 16 Mei setiap tahun sejak 1972 disambut untuk kita semua memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada profesion keguruan selain mengenang jasa dan pengorbanan para guru dalam mendidik anak-anak menjadi insan yang berjasa kepada bangsa dan negara.
2. Tahun ini, sekali lagi tema ‘Guru Pembina Negara Bangsa’ dipilih kerana ia menepati aspirasi kerajaan dalam membentuk sebuah negara yang baik dan berkesan. Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa berusaha untuk menyediakan sistem pendidikan yang terbaik agar setiap kita dapat mengembangkan potensi dan bakat secara optimum. Sekolah perlu menjadi acuan dan landasan yang mampu melahirkan golongan pelapis generasi muda yang bergerak seiring aspirasi negara dengan mengetepikan perbezaan yang berdasarkan kepada bangsa dan agama. Oleh itu, semua guru sebagai seorang profesional perlu merebut peluang menimba pengalaman dengan melibatkan diri dalam pelbagai langkah menyediakan diri untuk menjadi seorang pengurus dan pentadbir profesional kelas pertama.
3. Standard Guru Malaysia menetapkan tahap pencapaian kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru untuk menjamin dan mengekalkan pendidikan yang berkualiti kepada warganegara Malaysia kini dan akan datang. Para guru perlu mempunyai tahap amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang tinggi bagi membolehkan mereka berfungsi sebagai guru profesional dengan berkesan. Guru harus bijak membuat refleksi kendiri terhadap tahap pencapaian standard serta mengenal pasti keperluan pembangunan profesionalisme diri dalam usaha mencapai kecemerlangan tugas sebagai pendidik dan pembina negara bangsa.
4. Falsafah Pendidikan Guru menekankan kriteria seorang guru haruslah berperkerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Setiap guru juga bertanggungjawab untuk mengenal pasti dan prihatin terhadap kemajuan dan kelemahan setiap anak didik mereka supaya generasi pelapis akan mampu mengorak langkah kearah kecemerlangan diri, bangsa dan negara.
5. Warga pendidik harus menyedari bahawa selain bertanggungjawab mengajar dan mendidik, guru juga menggalas amanah yang berat kerana mereka turut berperanan menbentuk akhlak serta jati diri anak didik. Guru mempunyai kelebihan dari aspek pengetahuan ilmu psikologi kanak-kanak dan kepakaran pedagogi. Guru harus dan mesti boleh mengimplementasikan kaedah pendidikan yang tepat di mana strategi pengajaran dan pembelajaran yang beliau lakukan memperhatikan situasi, kondisi dan karakter seseorang, sehingga nilai-nilai murni dapat di tanam dan dijelmakan dengan baik dalam diri anak didik. Saya penuh yakin dengan kewibawaan para guru di Malaysia dalam mempersiapkan diri anak didik agar menjadi insan yang cekal dan berupaya mengharungi tuntutan dan perubahan arus globalisasi.
Warga pendidik dan pelajar sekelian,
6. Matlamat dan dasar yang dihasratkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam membina Negara Bangsa adalah untuk memastikan setiap pelajar memiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal, bertolak ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik serta bersatu padu. Kementerian Pelajaran menyediakan pendidikan yang dapat menyemai nilai-nilai ini bermula di peringkat awal pendidikan kanak-kanak lagi.
7. Bagi merealisasikan hasrat ini agen perubahan yang utama adalah guru dan institusi pendidikan.Guru harus memainkan peranan untuk memupuk dan mengekalkan semangat perpaduan melalui aktiviti kurikulum, kokurikulum dan sukan. Peranan guru adalah memastikan generasi pewaris negara iaitu anak didik diberikan pendidikan yang tidak berbelah bagi. Aspirasi negara terhadap guru sebagai pembina negara bangsa menuntut komitmen yang tinggi daripada semua warga pendidik. Guru harus menggalas tugas berat menghasilkan seorang insan yang cemerlang dari segi ilmu pengetahuan khususnya dalam bidang sains, teknologi dan ICT, berkemahiran tinggi seperti berupaya berkomunikasi dengan berkesan dalam pelbagai bahasa dan mempunyai sahsiah yang positif agar dapat menyumbang kepada kesejahteraan diri, keluarga dan negara.
8. Konsep 1Malaysia yang dipelopori oleh YAB Perdana Menteri menekankan kesejahteraan rakyat dan keberhasilan yang dapat dinikmati seperti yang terkandung dalam gagasan 1Malaysia “Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Bagi mencapai kesejahteraan, warga pendidik harus menghayati dan berkongsi bersama falsafah dan objektif ‘collegiality’ yang membawa maksud “the cooperative relationship with colleagues” (keserakanan). Kita harus faham bahawa prinsip keserakanan yang positif boleh mempercepatkan proses pencapaian kecemerlangan secara bersama. Prinsip keserakanan harus wujud dalam diri setiap pendidik supaya aspirasi negara dapat diterjemahkan dalam satu kefahaman bersama.
9. Saya dengan ini menyeru kepada semua warga pendidik supaya membulatkan tekad dan menguatkan azam untuk sama-sama bekerja bagi memartabatkan organisasi pendidikan kita. Adalah menjadi harapan saya, semua guru melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan amanah dengan semangat keserakanan bagi memartabatkan profesion keguruan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan pendidikan yang diberikan kepada rakyat selaras dengan gagasan 1Malaysia yang menekankan ideologi rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Penerapan konsep 1Malaysia harus dipupuk di peringkat sekolah kerana pembentukan sahsiah dan karakter remaja adalah ketika di alam persekolahan. Sama-samalah kita berdoa agar apa yang direncana akan terlaksana mengikut rangka kerja dan perancangan.
10. Penilaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang telah mula dilaksanakan pada tahun 2010 meliputi semua agensi kerajaan. Sistem pengukuran prestasi menggunakan KPI di sekolah adalah penting dan perlu dilaksanakan. Tuntutan terhadap sekolah dalam kecemerlangan akademik, kokurikulum, disiplin yang baik, amalan-amalan pengurusan, kepimpinan, kompetensi guru yang tinggi dan lain-lain memerlukan sekolah menggunakan strategi serta amalan yang berasaskan prestasi. Penggunaan KPI dan sasaran prestasi boleh digunakan dalam setiap aspek pengurusan sekolah di mana prestasi boleh diukur dari segi proses yang disampaikan dan output yang dihasilkan di sekolah. Sasaran prestasi perlu mengambil kira perkara-perkara seperti keupayaan proses yang meliputi aliran kerja, keperluan sumber manusia, kewangan, peralatan, infrastruktur yang sesuai serta kepuasan dan kehendak pelanggan.
11. Saya yakin sistem pengukuran KPI sebagai kayu pengukur kepada kecemerlangan perkhidmatan pendidikan akan dapat meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan untuk rakyat Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan pelbagai usaha untuk melahirkan guru yang berkualiti dan memastikan kualiti sistem pendidikan negara kekal dan bertaraf dunia.
12. Akhir kata, sempena dengan sambutan Hari Guru tahun ini, saya mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di Malaysia dan berharap tahun 2010 ini akan membawa kecemerlangan kepada institusi pendidikan negara dengan melahirkan modal insan yang harmonis dan seimbang yang akan menjadi tonggak kekuatan negara bangsa.
Sunday, 9 May 2010
PERUBAHAN TARIKH OTI 2 ( PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN ) 2010
Tarikh : 9 Mei 2010
2. Sukacita dimaklumkan bahawa, tarikh asal OTI 2, 2010 adalah pada 30 Mei 2010 hingga 3 Jun 2010. Memandangkan beberapa perkara yang perlu diambil kira maka tarikh OTI 2, 2010 dipinda kepada 23 hingga 27 Mei 2010. Di antara perkara-perkara tersebut ;
2.1 Pertembungan tarikh agihan e-book kepada murid-murid Tahun 5 di beberapa DUN oleh YAB Menteri Besar
3. Kertas soalan boleh didapati mulai 19 Mei 2010 ( Rabu ) di Pusat Kegiatan Guru ( PKG ) masing-masing.
4. Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan Jadual OTI 2, 2010 untuk makluman dan tindakan tuan.
5. Tuan diminta menghantar data OTI 2 ke Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing ( u.p : Unit Peperiksaan dan Penilaian PPD / Unit Maklumat PPD ) pada atau sebelum 20 Jun 2010 (Ahad).
6. Sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas, sila hubungi Encik Mustaffa bin Mohd ( No. h/p : 013-9810750 ) di Unit Kurikulum Rendah, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu ditalian 09-6213018, no. faks : 09-6213028.
Kerjasama daripada tuan diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian.
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
‘BERSAMA MELONJAKKAN PRESTASI PENDIDIKAN’
Ketua Sektor,
Sektor Pengurusan Akademik ,
b.p. Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu.
s.k.
1. Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu - makluman
2. Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu - makluman
3. Semua Ketua Penolong Pengarah, SPA - makluman
4. Semua Pegawai Pelajaran Daerah - makluman
5. Semua Pegawai Teknologi Pendidikan ( PKG ) - makluman
6. Pegawai Penyelaras UPSR Daerah - makluman
7. Percetakan Yayasan Islam, Kuala Terengganu - makluman
8. Semua Sekolah Rendah Agama Bersepadu - makluman
Thursday, 6 May 2010
SENARAI PESERTA PERBAYU 2010
MUHAMAD ALIF IRFAN BIN MISNAN
MUHAMMAD KHAIRUL AMEER BIN MANAN
AZIM AZFAR BIN LOKMAN
MUHAMAD SYAIPUDIN BIN MOHD SYARIF
MUHAMMAD NURHASRULLAH BIN HARUN
MUHAMMAD ALIFF FAIEZLA BIN ABD HADI
MUHAMMAD FIRDAUS BIN ZULLAILE
MUHAMMAD IMAN BIN HAZHA
SUHAIMI BIN RUKMAN
AHMAD FAUZAN B SULAIMAN
MUHAMAD HAKIM BIN MUSTAFFA
MUHAMMAD NADZRUL SHAH BIN SHARI
MOHAMMAD HAKIM BIN HARUN
MUHAMMAD AKMAL ADIB BIN ABD RASHID
MUHAMMAD ZAI HISHAM BIN ZAIDIR
BADRUL AMIR BIN ABDUL SAMAT
MUHAMMAD ARIFF AFANDI BIN NAWYI
MUHAMMAD FUDAIL BIN ALIAS
MUHAMMAD NA'IMULLAH BIN ESHAM
AMIR HAMZAH BIN SAIDI
MUHAMMAD HANIS IZZUDDIN BIN MAMAT
AHMAD ZULHILMI BIN ZAINUDDIN
MOHAMMAD SHAHRIN BIN SURIYADI
MUHAMMAD FIKRI AFIQ BIN ZAHID
KHALID BIN KORMAIN
MUHAMMAD FIKRI AMRI BIN ISMAIL
MUHAMMAD HAZIQ IZZUDDIN BIN HAMDZAN
MUHAMMAD NUR NAJIBULLAH BIN MUHAMAD NASIR
PUTERI ISLAM
NOR FARAH SUHAIDA BT MOHD SIPODIN
NURNAJWA JANNAH BT MOHD SAMSUDIN
SITI NORANI BT MOHD SABRANI
SITY NURUL EZZNI BT EZANI
NOR ZAHIRAH BINTI MUSTAFA
NUR SYAIRAH BT ABD RAZAK
WAN NORHIDAYAH BT WAN HASSAN
NURNAJAH FATIHAH BINTI KHAIRUL ANUAR
NUR NAJAH AQILAH BINTI KHAIRUL ANUAR
NURUL FATIHAH BT MOHD ROSDI
SITI NUR FATIHAH BINTI KAMARUZAMAN
NORNASYUHA BINTI OTHMAN
NURQALISHA BT SAHARUDDIN
ENGKU MANISA SURAYA BINTI ENGKU MAHARI
NURUL NORATIKAH BINTI MUSA
IZWANI BT FAUZI
NUR SYAFIQAH BINTI ISMAIL
NUSAIBAH BT BAKAR
SITI NUR NASUHA BT ESHAM
ATHIRAH BT YUSHRI
NUR IZYAN MUNIRAH BT MOHD FAZLI
SITY NURUL EZATI BT EZANI
NUR KHALIDAH BINTI MUSTAFA
NURUL SHUHADA BINTI MANAN
Public Speaking KDSR Zone 3 2010... Achievement
Pertandingan Bercerita BM KDSR Zon 3 2010... Keputusan
Berikut adalah pencapaian murid SK Menerong.
Bercerita Bahasa Melayu Tahap 1 telah memenangi tempat ke-4 : Adik Nur Adlina Sofia binti M. Halizi dari Tahun 2
Bercerita Bahasa Melayu Tahap 2 telah memenangi tempat ke-3 : Adik Siti Nur Nasuha binti Esham
Sunday, 2 May 2010
FAQs PROGRAM PEMBANGUNAN PRESTASI SEKOLAH

· Teras kepada program ini ialah sistem pengumpulan data berpusat dan toolkit yang membantu Guru Besar untuk dengan mudah mengakses dan menjejaki maklumat prestasi sekolah dan merancang kaedah-kaedah bagi meningkatkan prestasi masing-masing.
· Setiap kanak-kanak mampu berjaya. Kegagalan akademik adalah kumulatif, oleh itu lebih banyak usaha perlu dilakukan untuk memastikan setiap kanak-kanak diberikan peluang yang saksama untuk berjaya - sementara program Sekolah Berprestasi Tinggi menentukan standard emas untuk kecemerlangan, Program Pembangunan prestasi sekolah pula meletakkan dasar untuk mencapai standard-standard tersebut.
· Pada masa ini guru-guru dibebani dengan melaksanakan tugas-tugas yang di luar bidang pengajaran dan pembelajaran. Program Pembangunan Prestasi Sekolah yang dibangunkan ini adalah program yang seragam dan berpusat yang bertujuan untuk mengurangkan kerenah birokrasi serta memberi ruang untuk Pengetua dan Guru Besar lebih masa dan autonomi untuk mengurus dan mentadbir sekolah dengan lebih efektif bagi meningkat prestasi murid.
1. Band Prestasi Sekolah - Penyenaraian band prestasi sekolah berdasarkan kepada Gred Purata Sekolah dalam peperiksaan awam dan skor penarafan kendiri sekolah menggunakan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)
2. Toolkit Penambahbaikan Sekolah - Instrumen secara online ini mengumpul maklumat keperluan spesifik sekolah bagi membantu Pengetua dan Guru Besar membuat perancangan serta mengadakan perbincangan dengan Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah keperluan utama sekolah bagi menangani masalah-masalah di sekolah.
3. Talian Khidmat Bantuan - Bantuan dan sokongan diberikan berdasarkan maklumat keperluan sekolah yang dijana secara oleh Kementerian yang disasarkan untuk membantu kepada Pengetua/Guru Besar, guru, pelajar dan ibu bapa, serta infrastruktur.
· Sementara Sekolah Berprestasi Tinggi menentukan piawai kecemerlangan yang perlu dicontohi, Program Pembangunan Prestasi Sekolah merupakan usaha meningkatkan prestasi kesemua sekolah serta menghubungkait inisiatif yang dilaksanakan seperti Tawaran Baru (New Deal) untuk para Guru, LINUS dan transformasi kurikulum.
· Akses yang lebih luas. Berlainan daripada inisiatif-ini sedia ada yang dirancang dan dilaksanakan secara bersendiri oleh oleh Bahagian, JPN dan PPD, Program Pembangunan Prestasi Sekolah ini yang akan dilancarkan adalah program sepadu yang digunapakai di 10,000 buah sekolah di seluruh negara.
· Program Pembangunan Prestasi Sekolah ini tidak bermaksud untuk menggantikan atau mengganggu inisiatif penambahbaikan sekolah yang sedang dilaksanakan; tetapi program ini diharap akan memberi impak dengan pantas bagi memastikan Program Transformasi Kerajaan dalam bidang pendidikan mencapai hasrat yang dirancang.
· Band ini akan membolehkan pihak kementerian memantau prestasi sekolah-sekolah terutamanya sekolah berprestasi rendah dan mengambil langkah-langkah penambaikan yang sesuai di bawah Program Pembangunan Prestasi Sekolah, dalam usaha memastikan sekolah-sekolah berkenaan dapat melonjakkan prestasi sekolah ke tahap yang lebih baik. Di sub NKRA Tawaran Baru untuk Pengetua /Guru Besar, pihak kementerian komited dalam melaksanakan transformasi dan penambahbaikan daripada semasa ke semasa untuk menjamin kualiti pendidikan negara berada pada tahap yang tinggi.
Ø Pembangunan kapasiti (seperti menambahbaikan kemahiran, latihan semula dan kaunseling)
Ø Bahan-bahan sokongan/bantuan (seperti garis panduan untuk perancangan dan bahan pengajaran preskriptif)
Ø Sumber-sumber tambahan (seperti menaik taraf prasarana)
· Kerajaan akan melancarkan Program Pembangunan Prestasi Sekolah bagi memastikan kegusaran ibu bapa terhadap keadaan sekolah-sekolah mereka diberi perhatian. Program ini disediakan untuk membantu sekolah-sekolah terutamanya yang berprestasi rendah, meningkatkan prestasi pelajar dengan lebih cepat berkesan . Malah, salah satu daripada komponen penting bagi program ini adalah bantuan yang disasarkan terhadap ibu bara dan para pelajar.
Q12. Berapakah jangkamasa yang dianggarkan untuk melaksanakan perubahan di sekolah-sekolah setelah keperluan itu dipastikan?
· Jangka masa bagi penyelesaian masalah bergantung kepada kesungguhan dan komitmen Pengetua/guru dalam memastikan masalah yang dihadapi diselesaikan dengan strategi yang dirancang. Kementerian akan memberi sokongan sambil memantau progres sekolah dalam mencapai sasaran.
· Program Pembangunan prestasi sekolah adalah sebahagian besar daripada matlmat Program Transformasi Kerajaan bagi mempertingkatkan pencapaian pelajar. Walaupun Program Pembangunan prestasi sekolah akan memastikan kurikulum dan peperiksaan yang dijalankan dapat dilaksanakan dengan terbaik.
· Program Pembangunan Prestasi Sekolah bertujuan untuk membantu Pengetua/Guru Besar sekolah mengenalpasti cabaran-cabaran khusus untuk sekolah mereka dan sekali gus membolehkan pihak kementerian membantu dan menyokong rancangan mereka dengan sistem pemantauan yang lebih sistematik bagi membantu sekolah-sekolah melonjakkan prestasi pencapaian masing-masing. Pemahaman dan maklumat yang diperolehi melalui program ini akan membolehkan para pengetua sekolah untuk merangka strategi yang sesuai dan merancang peruntukkan yang ada secara optima dengan sokongan padu daripada pihak kementerian.
Q15. Apakah kesan program ini ke atas para warga pendidik dan pelajar?
· Pelaksanaan program ini akan membantu para Pengetua/Guru Besar sekolah merancang usaha penambahbaikan berasaskan kepada penilaian kendiri dan pada masa yang sama akan membolehkan para pengetua bekerjasama dengan pihak kementerian untuk mencapai sasaran tahunan mereka.
· Berasaskan kepada usaha penambahbaikan yang dikenalpasti, program ini mampu meningkatkan tahap pengajaran dan pembelajaran di sekolah, contohnya melalui program latihan dan mentor untuk warga pendidik menguasai dan meningkatkan kepakaran mereka dalam matapelajaran yang mereka ajar ataupun memperuntukkan sumber kewangan untuk membeli buku teks.
PROGRAM PEMBANGUNAN PRESTASI SEKOLAH
2. Program ini mempunyai tiga komponen utama. Pertama ialah penarafan tahap pencapaian sekolah ( banding sekolah) berdasarkan Skor Komposit Sekolah yang mengambilkira GPS dan skor SKPM. Melalui penarafan ini, setiap sekolah akan mengetahui kedudukan masing-masing dari segi prestasi akademik murid dan kualiti pengurusan sekolah secara keseluruhan. Dengan adanya maklumat ini, pihak sekolah akan dapat menentukan garis mula proses peningkatan prestasi sekolah dan menetapkan sasaran yang realistik.
3. Kedua, setiap sekolah akan dibekalkan dengan “tool kit” pembangunan prestasi sekolah, iaitu satu instrumen penilaian kendiri secara on-line yang akan membantu setiap sekolah untuk menilai pencapaian semasa, mengenalpasti bidang-bidang yang perlu ditambahbaik dan menyediakan pelan tindakan penambahbaikan secara terarah. Sebagai contoh, melalui penilaian pencapaian sekolah secara kendiri, guru besar atau pengetua dapat mengesan kelemahan murid dalam mata pelajaran tertentu. Justeru, langkah seterusnya ialah mengenalpasti punca kelemahan tersebut dan merancang tindakan susulan untuk mengatasinya. Jika kelemahan itu berpunca daripada kaedah pengajaran yang kurang berkesan, maka guru besar atau pengetua boleh mengambil inisiatif melaksanakan program bimbingan untuk guru-guru mata pelajaran berkenaan dan memantau perkembangannya dari masa ke semasa.
4. Keunikan program ini ialah pihak sekolah tidak akan dibiarkan bersendirian dalam usaha untuk melonjakkan prestasi masing-masing. Setiap sekolah akan dibantu oleh Kementerian melalui satu program sokongan yang dikenali sebagai “service line” yang merupakan komponen ketiga program pembangunan prestasi sekolah. Berdasarkan keperluan setiap sekolah yang telah dikenalpasti melalui aplikasi “tool kit”, pihak Kementerian akan memberikan bantuan tambahan kepada sekolah-sekolah yang paling memerlukan, terutamanya sekolah-sekolah berprestasi rendah. Ini termasuklah menyediakan bimbingan kepada kepimpinan sekolah, melaksanakan program pembinaan keupayaan guru dan membekalkan alat-alat bantuan mengajar tambahan mengikut keperluan. Bantuan yang diberikan ini adalah bertujuan untuk membantu pihak sekolah mengatasi kelemahan dan meningkatkan prestasi ke tahap yang lebih tinggi.







