Kejohanan Bola Baling peringkat negeri telah diadakan pada 27 Februari 2016 bertempat di SK Atas Tol, Kuala Terengganu. Kejohanan ini diadakan untuk mencari pemain yang akan mewakili Terengganu untuk ke peringkat kebangsaan.
SK Menerong telah menghantar dua orang wakil untuk mewakili Daerah Hulu Terengganu iaitu Nurul Izati Bt Ibrahim dan Nurul Aini Bt Abdul Samat.
Pasukan Hulu Terengganu mendominasi kejohanan ini apabila kedua-dua pasukan L12 dan P12 berjaya menjuarai kejohanan ini. Lebih manis lagi, salah seorang pemain dari SK Menerong telah terpilih untuk mewakili negeri Terengganu untuk perlawanan peringkat kebangsaan iaitu Nurul Aini Bt Abdul Samat.
Tahniah diucapkan.
No comments:
Post a Comment