HARI SUKAN SEKOLAH 2014 telah berlangsung selama dua hari iaitu Selasa hingga rabu, 4 hingga 5 November 2014
Acara merentas desa diadakan pada hari pertama yang melibatkan murid tahun 1 hingga 6.
Hari kedua merupakan acara kemuncak yang mana pelbagai acara telah diadakan. Antaranya ialah acara pecut, berpagar, lari berganti, tarik tali, sukaneka dan lain-lain.
Pada tahun ini, juara keseluruhan jatuh kepada Rumah Biru apabila pasukan Rumah Merah gagal mempertahankan kejuaraan yang telah dimenangi pada tahun lalu.
Tahniah diucapkan.
No comments:
Post a Comment