Thursday, 28 June 2012

PENARAFAN SEKOLAH MENGGUNAKAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS) DAN PEMANTAUAN TERHADAP PROSES PENARAFAN SSQS 2012

 

Tuan/ Puan,

Dengan sukacita perkara di atas dirujuk.

2.  Adalah  dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan penarafan sekolah menggunakan  Smart School Qualification Standards (SSQS) bagi memenuhi komitment dalam Pelan Pembestarian Pendidikan Sekolah dan pelaporan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Sekolah Bestari yang dipengerusikan oleh ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia dan Mesyuarat Flagship Coordination Committee (FCC) yang dipengerusikan oleh YBhg. Ketua Setiausaha Negara.

3.  Sehubungan itu, kerjasama tuan/puan dipohon untuk menyelaras, membimbing dan memantau pelaksanaan proses penarafan tersebut kepada sekolah-sekolah di bawah tadbiran tuan/puan bermula ketetapan berikut:

4.  Bagi sekolah kurang murid (SKM) bilangan responden sepertimana dipersetujui dalam Mesyuarat  focus group SSQS Bil.2/2012 di Melaka pada 23 hingga 25 Mei 2012, tuan/puan bolehlah merujuk kepada Lampiran 1 sebagai panduan.

5.   Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada En. Mahmud Pa’aid Bin Yusoff di talian 03-2098 7102 / 012-944 2941 atau En. Munawwar Ismail (03-2098 6650) atau emel ke best@moe.edu.my.

Sekian, terima kasih.

(ROSNANI BINTI MOHAMED ALI)
rosnani@moe.edu.my

No comments:

Post a Comment