Saturday, 1 January 2011

HARI KELEPASAN AM BAGI NEGERI TERENGGANU ... 2 Januari 2011

SURAT KITA : SUK.TR.240/2 Bhg. 5-(45)

TARIKH : 24 Muharam 1432

BERSAMAAN : 30 Disember 2010


Semua Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan Terengganu

Semua Ketua Badan Berkanun Negeri dan Persekutuan Terengganu

Semua Ketua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Terengganu


Tuan,


PEKELILING PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN TERENGGANU

BIL. 1 TAHUN 2011

HARI KELEPASAN AM BAGI NEGERI TERENGGANU


Dengan hormatnya merujuk perkara di atas dan memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri telah memutuskan bahawa hari Ahad 2 Januari 2011 adalah Hari Kelepasan Am bagi Negeri Terengganu sempena Kemenangan Malaysia Menjuarai Kejohanan Bola Sepak Suzuki AFF 2010 yang diumumkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia.


2. Pegawai yang dikehendaki menjalan Kerja Lebih Masa pada hari berkenaan hendaklah menuntut Bayaran Lebih Masa pada kadar Hari Rehat Biasa.


Sekian, terima kasih.


”MERAKYATKAN PENTADBIRAN DAN PEMBANGUNAN”

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menurut perintah,


t.t.


(DATO’ HAJI WAN AHAMAD BIN WAN MUDA)

Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan)

b.p. Setiauasaha Kerajaan,

Terengganu

No comments:

Post a Comment