Sunday, 16 May 2010

LAGU TEMA HARI GURU 2010

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah

Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa

Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa

Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa

Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

  • Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
  • Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
  • Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

No comments:

Post a Comment