Wednesday, 14 April 2010

Perkhemahan PBB Sekolah Rendah Peringkat Daerah Hulu Terengganu Tahun 2010

Kepada Semua Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

Lapor diri peserta sebagaimana berikut:
  • Tarikh : 21 April 2010
  • Hari : Rabu
  • Masa : 2.00 petang
  • Tempat : Pusat Kokurikulum Daerah Hulu Terengganu, d/a SK Menerong, Ajil, Terengganu Darul Iman

Penginapan serta makan minum peserta akan ditanggung oleh Pihak Penganjur.

Dijangka bersurai (break camp) pada 23 April 2010 jam 2.00 petang.

Sila uruskan surat kebenaran penjaga dan satu salinan hendaklah dibawa untuk diserahkan kepada pihak urusetia perkhemahan semasa pendaftaran.

Peserta dikehendaki membawa peralatan sepertimana berikut:

  • Seragam Pasukan Badan Beruniform lengkap
  • Seluar trek, baju T dan kasut sukan
  • Peralatan mandian dan solat
  • Ubatan peribadi
  • Lampu suloh
  • Lain-lain peralatan yang dirasakan perlu

Esham bin Busu

Penyelaras

Pusat Kokurikulum Daerah Hulu Terengganu.

No comments:

Post a Comment