Tuesday, 26 January 2010

Selamat Berjuang...

TOV 2010...



Ujian Pengesanan "Take of Value" (TOV) 2010 bermula hari ini melibatkan murid-murid tahun 2 hingga 6. Kelas tahun 1 pula berjalan seperti biasa. Ujian TOV 2010 ini akan berjalan sehingga 28 Januari 2010 (Khamis). Soalan-soalan ujian ini telah dijana oleh guru-guru AKRAM JPNT negeri Terengganu. Pihak sekolah hanya perlu menjalankan ujian sebagaimana yang telah dijadualkan oleh JPNT.

Tujuan ujian ini diadakan adalah sebagai penentu "penanda aras" untuk murid-murid serta guru dalam menentukan pencapaian sepanjang tahun seterusnya matlamat di akhir tahun.

"Selamat Maju Jaya"

Sumber:
Cg. Zaharuddin Abdul Razak
Setiausaha Peperiksaan & Penilaian
SK Menerong

No comments:

Post a Comment