Friday, 16 March 2018

Kejohanan Olahraga Peringkat Daerah Hulu Terengganu 2018

Kejohanan Olahraga MSSDHT 2018 telah berlangsung dengan jayanya di Sekolah Menengah Jenagor, Hulu Terengganu. Majlis ini berlangsung selama 5 hari bermula 11 hingga 15 Mac 2018. Kejohanan ini disertai oleh sekolah-sekolah rendah dan menengah daerah Hulu Terengganu.

SK Menerong telah mencatat sejarahnya yang tersendiri apabila mendapat satu pingat emas dalam acara 100m L11 menerusi adik Nadzmien Syah bin Shari.

Tahniah diucapkan!!!

















Sunday, 11 March 2018

Selamat datang dan selamat bertugas untuk Guru Besar Baru SKMe

Kami warga SK Menerong mengucapkan selamat datang dan selamat berkhidmat kepada Cikgu Nik Asri Bin Nik Lah yang dilantik sebagai Guru Besar SK Menerong. Semoga kecemerlangan SK Menerong dapat diteruskan dan dimurnikan sebaik mungkin seterusnya mengharumkan nama SK Menerong.