Friday, 23 January 2015

SAMBUTAN MAULIDUL RASUL PERINGKAT SEKOLAH

Sambutan Maulidul Rasul Peringkat SK Menerong telah diadakan pada 22 Januari 2015 bersamaan 1 Rabiul Akhir 1436H.

Tema Maulidul Rasul pada tahun ini ialah "Perpaduan Nadi Transformasi Negara"

7.45 pagi - semua murid berkumpul di tapak perhimpunan sekolah dan berselawat beramai-ramai.





8.30 pagi - Berarak beramai-ramai menuju ke Masjid Kampung Gunung.



9.00 pagi - Ceramah dari penceramah jemputan iaitu Ustaz Adnan Bin Seman dari SK Tengkawang.





11.00 pagi - Aktiviti dewan bermula. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada pengerusi majlis, Cik Azlina Alias, bacaan doa dari Ustaz Abdul Hakim, diikuti oleh bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh adik Muhammad Faris Ridwan.

Selepas itu, Majlis diteruskan dengan bacaan sajak dan puisi oleh murid-murid tahun 5 dan 6.








12.00 tengahari - pertandingan mewarna untuk tahap satu dan melukis poster bagi tahap dua.
pertandingan ini diadakan di kelas masing-masing.





Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini samada secara langsung atau tidak langsung.
Semoga tahun akan datang dapat dijayakan dengan lebih baik lagi InsyaAllah.