Sunday, 29 June 2014

Perkhemahan Badan Beruniform (PERBAYU 2014)

PERBAYU 2014 telah diadakan selama tiga hari iaitu bermula pada 26 hingga 28 Jun 2014. Perkhemahan ini diadakan di Pusat Kokurikulum Hulu Terengganu.

Pelbagai aktiviti menarik yang diadakan sepanjang program ini. Antaranya ialah kembara alam, pertandingan gajet, masakan rimba, pertandingan ikatan, abseiling, persembahan pentas dan lain-lain.

Program ini disertai oleh 54 orang murid dan semua guru SK Menerong serta dibantu oleh 10 orang Pengakap Kelana.
















Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah dan perasmian penutup oleh Tuan Guru Besar SK Menerong.








Tahniah kepada semua peserta. Semoga berjumpa lagi pada PERBAYU 2015.