SK Menerong [TBA 5014] merupakan sebuah sekolah yang terletak di dalam daerah Hulu Terengganu. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) Luar Bandar. Proses P & P di sekolah ini berjalan pada sidang pagi sahaja. Pada waktu petang, bilik-bilik darjah digunakan untuk kelas Fardhu Ain (KAFA) bagi murid Tahun 2, 3, 4, dan 5 yang diadakan pada hari Ahad, Isnin, dan Rabu sahaja.
Talian Tel. : 09-6125625
Talian faks.: 09-6129954
Alamat email : skmenerong@gmail.com

Renungan...

Thursday 17 September 2015

MAJLIS PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI MAJLIS




UCAPAN DARI TUAN GURU BESAR




PERSEMBAHAN MURID









MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH






NYANYIAN LAGU-LAGU PATRIOTIK




Friday 4 September 2015

MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA














Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Ikhlaskan hati para pelajar kami untuk mempelajari ilmu Mu. 
Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata mata kerana Mu ya Allah. 
Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka memahami apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas. 
Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah.
Peliharalah kesihatan pelajar-pelajar kami. 
Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. 
Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, 
jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan.

Ya Allah,
Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan mereka. 
Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, 
semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu.

Jadikanlah pelajar-pelajar kami pelajar yang cemerlang ya Allah, 
cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat.
Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak para pelajar kami. 
Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. 
Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.

Aamiin Yaa Rabbal 'aalamiin

Warga SK Menerong...

Warga SK Menerong...

www.satisfaction.com