SK Menerong [TBA 5014] merupakan sebuah sekolah yang terletak di dalam daerah Hulu Terengganu. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) Luar Bandar. Proses P & P di sekolah ini berjalan pada sidang pagi sahaja. Pada waktu petang, bilik-bilik darjah digunakan untuk kelas Fardhu Ain (KAFA) bagi murid Tahun 2, 3, 4, dan 5 yang diadakan pada hari Ahad, Isnin, dan Rabu sahaja.
Talian Tel. : 09-6125625
Talian faks.: 09-6129954
Alamat email : skmenerong@gmail.com

Renungan...

Monday 27 July 2015

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI 1436H

Tarikh: 9 Syawal 1436 / 25 Julai 2015
Hari   : Sabtu



Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah telah diadakan pada 9 Syawal 1436H bersamaan 25 Julai 2015 ( Sabtu ). Majlis berjalan dengan meriah dengan kehadiran ramai tetamu.

Terima kasih diucapkan kepada semua Guru, kakitangan, pihak PIBG, ibubapa, murid-murid dan mereka yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan majlis ini. 

Kami warga SK Menerong mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin












Sunday 5 July 2015

Tazkirah Ramadhan: Antara Puasa dan Solat

Kebanyakan ibu bapa lebih fokus untuk ajar anak berpuasa dulu daripada ajar anak solat. Kebanyakkan ibu bapa akan berasa bangga kalau anak mereka puasa penuh pada seawal usia 4 dan 5 tahun. 

Satu lagi sikap ibu bapa zaman sekarang,  mereka akan memberikan upah jika anak mereka berpuasa. Jika anak-anak berpuasa penuh, mereka diberi ganjaran duit raya yang banyak, baju raya yang mahal dan pelbagai lagi. Persoalannya, betulkah tindakan mereka itu?

Jika dari kecil kita ajar anak untuk buat ibadah kerana ganjaran dunia, kelak pemahaman mereka tentang kewajiban menunaikan ibadah tu sudah terpesong.

Melatih anak berpuasa memang penting, tetapi jika sejak kecil lagi kita selalu menekankan puasa daripada penekanan solat kepada anak-anak, maka akan wujudlah golongan umat manusia yang berpuasa tapi solatnya berlubang-lubang. Lupakah kita bahawa perkara pertama yang ditanya di akhirat kelak adalah solat. 

Tidak hairanlah jika kita nampak orang yang berpuasa tapi tidak solat. Akan tetapi amat jarang kita jumpa orang yang solat tapi tidak berpuasa

Berdasarkan pandangan ini, bukan umur yang menjadi fokus tetapi lebih kepada kemampuan kanak-kanak tersebut. Kalau anak kita tidak larat, jangan dipaksa-paksa mereka untuk bertahan sehingga waktu berbuka.



Kemampuan kanak-kanak dalam berpuasa boleh dibina melalui latihan dan disiplin, di samping itu kelembutan dan tolak ansur daripada ibu bapa amat perlu. Pada usia anak 4 atau 5 tahun, sebaiknya tak perlu ajar anak berpuasa penuh sepanjang hari kerana mereka masih memerlukan nutrients untuk membesar. Mereka masih terlalu kecil untuk faham kenapa mereka berpuasa.

Secara kesimpulannya, sekiranya hendak ajar anak puasa kita kena beritahu sebab kenapa kita berpuasa. Jelaskan supaya mereka faham.Puasa harus ikhlas kerana Allah, puasa mengajar kita bersyukur, memperbaiki diri kita, mengawal nafsu dan macam-macam lagi.

Warga SK Menerong...

Warga SK Menerong...

www.satisfaction.com