SK Menerong [TBA 5014] merupakan sebuah sekolah yang terletak di dalam daerah Hulu Terengganu. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) Luar Bandar. Proses P & P di sekolah ini berjalan pada sidang pagi sahaja. Pada waktu petang, bilik-bilik darjah digunakan untuk kelas Fardhu Ain (KAFA) bagi murid Tahun 2, 3, 4, dan 5 yang diadakan pada hari Ahad, Isnin, dan Rabu sahaja.
Talian Tel. : 09-6125625
Talian faks.: 09-6129954
Alamat email : skmenerong@gmail.com

Renungan...

Tuesday 26 February 2013

Undian Kumpulan Pertandingan Bola Baling Zon KDSR 3 Hulu Terengganu 2013

KUMPULAN A L12

1. SK Bukit Diman
2. SK Landas
3. SK FELDA Tersat

KUMPULAN B L12

1. SK FELDA Jerangau Barat
2. SK Peroh
3. SK Menerong

KUMPULAN C P12

1. SK Menerong
2. SK Peroh
3. SK Kua
4. SK FELDA Tersat

KUMPULAN D P12

1. SK FELDA Jerangau Barat
2. SK Betong
3. SK Landas
4. SK Bukit Diman

Pertandingan akan berlangsung bermula 05 hingga 07 Mac 2013 bertempat di Padang Serbaguna SK Menerong.

GPK Kokurikulum
SK Menerong 2013

Monday 18 February 2013

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013

10 - 12 September 2013
(Selasa - Khamis)

Sebarang pertanyaan berkaitan takwim peperiksaan bolehlah menghubungi talian berikut: 03 - 8884 3382



Sumber Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia
http://www.moe.gov.my

PENCALONAN ANUGERAH TOKOH GURU KEBANGSAAN 2013

CALON ANUGERAH TOKOH GURU KEBANGSAAN
SEMPENA
PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN
KALI KE-42 TAHUN 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti telah diberi mandat untuk menjadi Urus Setia Pencalonan Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan sempena Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-42 tahun 2013. Sehubungan itu, pihak kami ingin mengalu-alukan pencalonan bagi Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan daripada warga pendidik yang bernaung di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Cadangan Tokoh Guru Kebangsaan tersebut hendaklah dikemukakan kepada Urus Setia Panel Pemilihan Tokoh Guru Kebangsaan, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti untuk perhatian Pn Hjh. Normah bt. Hj Ismail melalui e-mel: normyismy.jnjk@gmail.com atau melalui talian faks: 03-88844192. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan berkaitan perkara ini, sila hubungi Pn. Rosliza binti Rosli di talian 03-88844128/ 012-2200518 untuk keterangan lanjut.

Terima Kasih

Diterbitkan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
Dpetik daripada Portal Rasmi KPM

TEKS UCAPAN PPDHT SEMPENA PELANCARAN MINGGU ANTI DADAH DAERAH HULU TERENGGANU 2013

TEKS UCAPAN TUAN HAJI SHAFRUDDIN BIN HAJI ALI HUSSIN
PEGAWAI PELAJARAN DAERAH HULU TERENGGANU
SEMPENA PELANCARAN MINGGU ANTI DADAH DAERAH HULU TERENGGANU
TAHUN 2013

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


Pengetua, guru besar, guru-guru penolong kanan ,guru-guru dan para pelajar Daerah Hulu Terengganu yang dirahmati Allah sekalian,

Sebagaimana yang kita sedia maklum, tanggal 19 Februari setiap tahun diisytiharkan sebagai Hari Anti Dadah Kebangsaan. Pengisytiharan ini dibuat oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia pada 19 Februari 1983. Ini menunjukkan negara kita amat komited untuk memerangi musuh nombor 1 negara ke arah mencapai sasaran Negara Bebas Dadah 2015.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua sekolah kerana berjaya mengadakan Majlis Pelancaran Minggu Anti Dadah serentak di Daerah Hulu Terengganu pada hari ini. Semoga melalui aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan ini akan dapat menyemai mesej benci dadah di kalangan pelajar dan seterusnya mampu melahirkan pelajar yang mempunyai benteng diri yang padu yang mampu menangkis asakan pengaruh najis dadah yang kian membimbangkan dewasa ini. Seterusnya visi dan misi kita untuk melihat sekolah-sekolah di Daerah Hulu Terengganu bebas najis dadah akan menjadi realiti, insyaallah.

Tuan-tuan, puan-puan dan para pelajar sekalian,

Kita bimbang dengan perkembangan terkini mengenai pertambahan tangkapan pihak polis membabitkan para pelajar kita yang terbabit dengan penagihan dadah yang tersiar di dada akhbar.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, kebanyakan kes dadah di daerah ini merupakan kes pengambilan methamphetamine atau pil kuda. Menurut pakar Urologi Pusat Perubatan UKM, Prof Madya Dr Zulkifli, pil kuda merupakan dadah perangsang atau dadah sintetik yang membawa pelbagai kesan buruk dalam jangka waktu yang singkat. Mengikut Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) pula, dadah sintetik ini lebih berbahaya daripada berbanding dadah asli. Bermula dengan kerosakan gigi ,pundi kencing dan degupan jantung menjadi tidak normal, diikuti dengan kerosakan sistem saraf yang mengakibatkan sawan dan jika diambil berterusan akan membawa maut akibat serangan jantung dan pendarahan otak.Dari aspek psikologi pula, seseorang yang bergantung hidup kepada pil kuda akan menjadi ganas, cepat marah, tidak boleh tidur, paranoid , diikuti oleh halusinasi dan akhirnya menjadi gila. Pengambilan pil kuda yang berterusan boleh menyebabkan pergantungan kekal kepada dadah ini dan akhirnya berhadapan dengan maut. Dadah, sekali mencuba, derita selamanya harus dihayati oleh setiap pelajar.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah mesti merangka dan melaksana pelbagai strategi dan pendekatan Pendidikan Pencegahan Dadah secara bersungguh-sungguh dan penuh kesedaran. Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah adalah berteraskan empat pendekatan iaitu Kurikulum, Kokurikulum, Pembangunan Sahsiah dan Pengurusan Kepimpinan. Gerak gempur membanteras dadah di peringkat sekolah perlu dilaksanakan secara menyeluruh dan bersepadu tanpa erti jemu membabitkan semua warga sekolah, ahli dan pemimpin masyarakat setempat serta semua agensi sekitar. Mesej bahaya dadah boleh diterapkan dan disampaikan menerusi isi pelajaran dalam pelbagai mata pelajaran semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Mesej hidup sihat tanpa dadah dalam gerak kerja kokurikulum dan sukan juga akan mampu melahirkan pelajar yang sihat, ceria,dan berfikiran positif.

Tuan-tuan, puan-puan dan para pelajar sekalian,

Selain itu, program pemantapan sahsiah dan jatidiri perlu diperhebat di semua sekolah. Konsep kepimpinan melalui teladan, “idola”, “karisma” harus dipraktikkan setiap masa kerana ia akan dikuti, dipelajari dan diamalkan oleh pelajar sehingga menjadi sebati dan kekal sebagai sebahagian daripada perwatakan mereka. Nilai-nilai positif mesti diterapkan dan dititikberatkan sepanjang masa sama ada di sekolah dan di luar sekolah agar selari dengan matlamat pendidikan melahirkan insan berkualiti dan berketrampilan.

Seterusnya melalui strategi pengurusan dan kepimpinan pula, diharap dapat menggerakkan Jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Dadah peringkat sekolah bekerjasama dalam satu pasukan melalui perkongsian “smart partnership” dan “strategic partnership” untuk meningkatkan kepakaran, pengalaman, pengetahuan dan kemahiran dalam mengendalikan masalah yang berkaitan dadah. Oleh itu pihak pentadbir sekolah harus bergerak lebih proaktif untuk menjalankan program dan aktiviti pendidikan pencegahan. Persatuan ibu bapa dan guru, persatuan penduduk setempat dan agensiagensi sekitar perlu memainkan peranan secara aktif dalam merangka dan melaksanakan program pendidikan pencegahan dadah. Semua pihak perlu dilibatkan secara langsung dalam semua bentuk program pendidikan pencegahan dadah.



Saya sedar bahawa tugas, peranan dan tanggungjawab memerangi masalah dadah ini adalah amat berat dan mencabar. Walau bagaimanapun , saya amat yakin bahawa dengan semangat dan tekad yang tinggi, istiqamah dan keazaman yang jitu, gerakan secara menyeluruh dan bersepadu semua pihak, terutamanya pihak sekolah, kita mampu menggenggam kejayaan. Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu akan terus mendokong dan menyokong usaha menangani gejala negatif khususnya membabitkan kes disiplin seperti ponteng sekolah, salahlaku jenayah, Vandalisme, gejala sosial dan penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar. Kita bukan sahaja ingin jadi pendahulu dalam kecemerlangan peperiksaan awam UPSR, PMR, SPM dan STPM tetapi juga kegemilangan dalam pembinaan sahsiah dan keperibadian pelajar. Penurunan dalam kes-kes disiplin dan najis dadah sudah pasti akan menjadi pemacu ke arah pencapaian ”JJadi Sunggoh HT 2013”.


Akhir kata, saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu akan terus berusaha mempertingkatkan program dan aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah terutamanya langkah pencegahan di semua peringkat, khususnya di sekolah-sekolah dengan melibatkan semua agensi sesuai dengan tema “1Malaysia Membanteras Dadah” demi merealisasikan sekolah bebas dadah.

Sekian.
Wabillahitaufik Walhidayah.
Wassalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

PERUTUSAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

SEMPENA
HARI ANTIDADAH KEBANGSAAN

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

1. Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana atas limpah kurnia-Nya maka dapat kita berhimpun bagi mengadakan sambutan Hari Antidadah Peringkat Kebangsaan tahun 2013. Pada setiap tahun, tanggal 19 Februari, kita mengadakan sambutan ini untuk menunjukkan bahawa kita sentiasa komited untuk meneruskan usaha memerangi gejala dadah daripada terus berleluasa sama ada di dalam mahupun di luar kawasan sekolah. Komitmen untuk membendung ancaman dadah ini perlu diteruskan bagi memastikan bangsa dan negara kita bebas daripada ancaman musuh nombor satu negara ini.
2. Sempena Hari Antidadah Kebangsaan ini, saya ingin mengajak semua warga pendidik bersama-sama menjayakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah masing-masing. Program Pendidikan Pencegahan Dadah yang meliputi pendidikan pencegahan dan intervensi bagi membebaskan warga sekolah daripada bahaya dadah, rokok, inhalan, alkohol dan HIV/AIDS. Semoga segala usaha yang dilaksanakan oleh warga pendidik ini akan dapat merealisasikan agenda kerajaan iaitu Negara Bebas Dadah Tahun 2015.
Tuan-tuan/puan-puan dan murid-murid sekalian,
3. Tindakan pencegahan dan membanteras penyalahgunaan dadah dalam kalangan murid dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti yang berfokus kepada pembinaan jati diri murid. Melalui aktiviti yang berfokus, diharapkan akan terbina disiplin kendiri yang kental dan utuh serta budi pekerti mulia dan terpuji dalam diri setiap murid. Semua murid perlu diberikan pengetahuan mengenai bahaya dadah secara terancang dari masa ke semasa. Ilmu pengetahuan mengenai bahaya dadah ini haruslah kekal di dalam diri murid-murid bukan sahaja ketika di alam persekolahan tetapi juga setelah tamat persekolahan.

4. Faktor utama yang menentukan kejayaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah adalah bergantung kepada komitmen semua pihak, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sendiri. Pelaksanaan aktiviti-aktiviti pendidikan pencegahan dadah bukan sahaja bermatlamat membanteras penyalahgunaan dadah tetapi turut membuka peluang kepada murid-murid untuk menonjolkan bakat dan potensi diri masing-masing melalui pelbagai aktiviti yang disediakan.

5. Ancaman dadah kepada murid-murid merupakan satu cabaran yang perlu ditangani secara bersungguh-sungguh demi melonjakkan sistem pendidikan negara ke arah negara maju menjelang tahun 2020. Ini adalah selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Negara (PPPM) 2013 – 2015, menerusi anjakan ke – 3 iaitu bagi melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai dan anjakan ke – 10 yang memberi tumpuan kepada keberhasilan murid bagi memastikan setiap murid mencapai potensi sepenuhnya.

6. Kementerian Pelajaran Malaysia khuatir, jika murid-murid tidak mendapat maklumat yang tepat dan betul, mereka akan mendapat maklumat yang salah daripada rakan sebaya mereka. Kajian yang dijalan oleh Unit PPDa, KPM pada tahun 2012 di sekolah-sekolah seluruh negara mendapati masalah penagihan rokok adalah masalah utama di sekolah-sekolah pada hari ini. Berdasarkan soal selidik yang diedarkan, 33.7% daripada jumlah responden seramai 30878 orang murid mengaku terlibat dengan penagihan rokok. Rokok yang dikenali sebagai ‘dadah pembuka jalan’ akan mencetuskan laluan ke arah penagihan dadah.

7 Masalah penyalahgunaan dadah pada hari ini semakin rumit dan telah melibatkan semua peringkat umur. Golongan remaja adalah sasaran utama para pengedar yang sentiasa berusaha untuk meraih keuntungan yang mudah dan berlipat ganda. Murid-murid sekolah tidak terkecuali dalam agenda para pengedar ini. Keadaan ini menjadi lebih serius disebabkan pengeluaran pelbagai jenis dadah termasuk dadah tiruan yang semakin bertambah. Di samping itu, kes-kes penyeludupan dan pengedaran dadah juga semakin berleluasa seperti yang didedahkan dalam media massa. Keadaan ini menyebabkan murid sekolah sentiasa terdedah dan berada dalam keadaan berisiko untuk turut terlibat. Berdasarkan kepada data ujian urin pada tahun 2012, seramai 42867 orang murid sekolah menengah telah diuji. Keputusan daripada ujian urin tersebut, seramai 1040 orang didapati positif ujian urin. Angka tersebut menunjukkan 2.43% daripada murid yang diuji telah terlibat mencuba dadah. Lebih membimbangkan 0.83% daripada murid yang positif tersebut, terlibat mencuba dadah jenis sintetik. Ini bermakna semua pihak perlu memainkan peranan secara bersungguh-sungguh dalam usaha memerangi gejala ini daripada terus berleluasa dan bermaharajalela.

8. Oleh yang demikian, saya menyeru agar semua pihak mempergiat usaha secara berterusan dalam memberikan pendidikan pencegahan awalan kepada murid. Saya percaya bahawa usaha-usaha tersebut mampu membimbing mereka untuk mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah. Pencegahan penyalahgunaan dadah dalam kalangan murid sekolah mempunyai kaitan rapat dengan usaha KPM untuk meningkatkan lagi taraf dan kualiti pendidikan. Sesungguhnya, murid-murid hari ini adalah generasi pemimpin negara pada masa depan yang perlu memiliki kualiti tinggi dalam aspek pemikiran analitik, kritis, kreatif dan seterusnya mampu membuat keputusan dan menyelesaikan pelbagai masalah.

Tuan-tuan/puan-puan dan murid-murid sekalian,

9. Semua warga pendidikan perlu memainkan peranan masing-masing untuk memastikan tidak ada seorang pun warga sekolah terlibat dengan dadah. Pentadbir sekolah, perlu melihat gejala penyalahgunaan dadah sebagai perkara yang serius dan perlu sentiasa diberi perhatian. Sesungguhnya, mencegah adalah lebih baik daripada mengubatinya.

10. Kita tidak boleh membiarkan masalah dadah mengganggu-gugat proses pembelajaran, keselamatan dan kesejahteraan murid-murid ketika di sekolah. Jesteru, pihak sekolah perlu mengenal pasti tanda-tanda awal yang boleh menjadi penyebab murid-murid terpengaruh dengan dadah. Gejala ponteng, merokok, mengambil alkohol adalah tanda-tanda awal yang perlu dibenteras agar murid-murid yang terlibat dapat dikawal dan tidak beralih kepada mencuba dadah dan juga inhalan.

11. Matlamat aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah bertujuan memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa tentang bahaya penyalahgunaan dadah. Aktiviti yang dilaksanakan di semua sekolah bagi memastikan warga sekolah berusaha menjauhi ancaman dadah. Saya sedar tugas dan tanggungjawab memerangi masalah dadah ini amat berat dan mencabar. Oleh itu, penglibatan dan kerjasama daripada pelbagai agensi harus dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Ini adalah kerana pelaksanaan Pendidikan Pencegahan Dadah amat memerlukan kerjasama yang bersepadu dengan pelbagai agensi seperti Agensi Antidadah Kebangsaan, Polis Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan. Saya yakin dengan kerjasama daripada semua pihak agenda membebaskan sekolah daripada ancaman dadah akan terus terlaksana dan sudah pasti murid-murid yang kita bentuk di sekolah pada hari ini akan mampu mengguna pakai ilmu yang diperolehi ini buat selama-lamanya walaupun setelah tamat alam persekolahan nanti.

Tuan-tuan/puan-puan dan murid-murid sekalian,

12. Akhir kata, sekali lagi saya menyeru kepada semua warga pendidikan agar sentiasa berusaha untuk mengekang pengaruh dadah di sekolah dengan mengambil pendekatan pendidikan pencegahan dan pendidikan intervensi secara serius serta terancang. Semoga dengan kerjasama daripada semua pihak dalam memerangi penyalahgunaan dadah ini akan dapat memastikan generasi muda kita bebas daripada pengaruh dadah. Sesungguhnya, usaha yang kita laksanakan ini adalah untuk kebaikan dan kesejahteraan keluarga, masyarakat dan negara.

Sekian, terima kasih.


Sunday 17 February 2013


Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Daerah Hulu Terengganu

Tuan/Puan,

Berikut merupakan pautan bagi Guru Perpustakaan Media (GPM) sekolah Tuan/Puan membuat rujukan serta memuat turun bahan berkaitan pengurusan pss.

:- https://docs.google.com/folder/d/0B8S8dCA1jMgtaGM3cW5XRi1KUkk/edit?pli=1

:- http://upspbtpnt.blogspot.com/

:- www.gpmmalaysia@groups.facebook.com

Pihak PKG Peroh juga ingin memaklumkan bahawa pengisian data IQPSS boleh dimulakan kerana tarikh akhir pengisian adalah pada 28/3/2013. Jadual pemantauan akan diedarkan dalam jangkamasa terdekat.

Segala kerjasama tuan diucapkan ribuan terima kasih.


"Teknologi untuk Pendidikan Bestari"


MOHD FAIZUL BIN OMAR
PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN II
PUSAT KEGIATAN GURU PEROH,
D/A SK PEROH,21810, AJIL, HULU TERENGGANU,
TERENGGANU DARUL IMAN.

TEL: 09-6872144 / FAX : 09-6872145
EMAIL : pkg_peroh@moe.edu.my
WEB : http://pkgperohht.blogspot.com/

KURSUS KEJURULATIHAN BOLA KERANJANG TAHAP 1 MABA/MSN


Kepada para guru yg berminat menyertai Kursus Kejurulatihan Bola Keranjang dari daerah Hulu Terengganu amnya, SK Menerong khususnya, satu siri kursus akan diadakan sebagaimana berikut: 

Tarikh : 1Mac -2 Mac 2013 dan 8 Mac - 9 Mac 2013
Tempat : SJK(C) Kuala Kemaman, Kemaman.



Anda boleh berhubung terus dalam kadar segera mungkin kepada : 


Encik Lee Teik Soon
PTPS Bola Keranjang MSST selaku
Setiausaha Kursus Kejurulatihan

leeteiksoon@yahoo.com.

Monday 11 February 2013

PENGURUSAN KURIKULUM TAHUN 2013 ... PENILAIAN & PEPERIKSAAN

JAWATANKUASA KURIKULUM STRANDARD SEKOLAH RENDAH [KSSR]

Penasihat : Encik Sulaiman bin Muda (Guru Besar)
Pengerusi : Puan Roziana binti Sulong (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi I : Puan Siti Zainun binti Ismail @ Muda (GPK HEM)
Naib Pengerusi II : Encik Esham bin Busu (GPK Kokurikulum)
Penyelaras KSSR : Puan Laileesun binti Ishak
Setiausaha : Encik Wan Rosdi bin Wan Hasan

AJK : Guru-guru KSSR

JAWATANKUASA PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH [PBS]

Penasihat : Encik Sulaiman bin Muda (Guru Besar)
Pengerusi : Puan Roziana binti Sulong (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi I : Puan Siti Zainun binti Ismail @ Muda (GPK HEM)
Naib Pengerusi II : Encik Esham bin Busu (GPK Kokurikulum)
Penyelaras : Encik Zaharuddin bin Abd. Razak
Setiausaha : Encik Nik Rozi bin Nik Ishak

AJK :
Guru-Guru KSSR
Guru Sains Tahun 4,5,dan 6
Guru Bahasa Melayu 4, 5, dan 6
Guru Pendidikan Agama Islam Tahun 4,5 dan 6

JAWATANKUASA PEPERIKSAAN

Penasihat : Encik Sulaiman bin Muda (Guru Besar)
Pengerusi : Puan Roziana binti Sulong (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi I : Puan Siti Zainun binti Ismail @ Muda (GPK HEM)
Naib Pengerusi II : Encik Esham bin Busu (GPK Kokurikulum)
Penyelaras : Encik Zaharuddin bin Abd. Razak
Setiausaha : Encik Mohd Adnan bin Seman

AJK :
Tahun 1 - Encik Nik Rozi bin Nik Ishak
Tahun 2 - Encik Wan Rosdi bin Wan Hasan
Tahun 3 - Encik Muhammad Syafiq Ta Oo bin Abdullah
Tahun 4 - Puan Meriam binti Chik
Tahun 5 - Encik Mohd Adnan bin Seman
Tahun 6 - Puan Laileesun binti Ishak
Prasekolah - Puan Nik Muniza binti Ishak

PENGURUSAN KURIKULUM TAHUN 2013 ... KECEMERLANGAN UPSR

JAWATANKUASA KECEMERLANGAN UPSR

Penasihat : Cikgu Sulaiman bin Muda (Guru Besar)


Pengerusi : Cikgu Roziana binti Sulong (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi I : Cikgu Siti Zainun binti Ismail @ Muda (GPK HEM)
Naib Pengerusi II : Cikgu Esham bin Busu (GPK Kokurikulum)


Penyelaras UPSR : Cikgu Zaharuddin bin Abd. Razak


Setiausaha : Cikgu Laileesun binti Ishak
Bendahari : Cikgu Roziana binti Sulong

AJK : Guru-guru Tahun 6


Guru Subjek BM - Cikgu Wan Rosdi bin Wan Hasan
Guru Subjek BI - Cikgu Laileesun binti Ishak
Guru Subjek Matematik - Cikgu Sulaiman bin Muda
Guru Subjek Sains - Cikgu Zaharuddin bin Abd. Razak
Guru Subjek PAI - Ustazah Siti Zainun binti Ismail @ Muda

PENGURUSAN KURIKULUM TAHUN 2013 ... JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH

JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH

Penasihat : Cikgu Sulaiman bin Muda (Guru Besar)
Naib Pengerusi : Cikgu Roziana binti Sulong (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi I : Ustazah Siti Zainun binti Ismail @ Muda (GPK HEM)
Naib Pengerusi II : Cikgu Esham bin Busu (GPK Kokurikulum)
Setiausaha : Cikgu Nik Muniza binti Setapa

AJK :

Panitia Bahasa Melayu : Cikgu Wan Rosdi bin Wan Hassan

Panitia Bahasa Inggeris : Cikgu Laileesun binti Ishak

Panitia Sains : Cikgu Zaharuddin bin Abd Razak

Panitia Matematik : Cikgu Muhammad Syafiq Tan Oo bin Abdullah

Panitia Pendidikan Agama Islam : Ustazah Meriam binti Chik

Panitia Kajian Tempatan : Ustaz Adnan bin Seman

Panitia Kemahiran Hidup : Cikgu Wan Rosdi bin Wan Hassan

Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan : Cikgu Zaharuddin bin Abd Razak

Panitia Pendidikan Seni Visual : Ustazah Siti Zainun binti Ismail @ Muda

Panitia Pendidikan Muzik : Ustazah Meriam binti Chik

Panitia Pendidikan Sivik Kenegaraan : Ustazah Siti Zainun binti Ismail @ Muda

Warga SK Menerong...

Warga SK Menerong...

www.satisfaction.com