SK Menerong [TBA 5014] merupakan sebuah sekolah yang terletak di dalam daerah Hulu Terengganu. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) Luar Bandar. Proses P & P di sekolah ini berjalan pada sidang pagi sahaja. Pada waktu petang, bilik-bilik darjah digunakan untuk kelas Fardhu Ain (KAFA) bagi murid Tahun 2, 3, 4, dan 5 yang diadakan pada hari Ahad, Isnin, dan Rabu sahaja.
Talian Tel. : 09-6125625
Talian faks.: 09-6129954
Alamat email : skmenerong@gmail.com

Renungan...

Wednesday 7 November 2012

Petikan Akhbar : SISTEM BAND DALAM PBS DI SEKOLAH TIDAK SESUAI DILAKSANA DI NEGARA KITA. MINTA PIHAK BERKENAAN MENGKAJI SEMULA


Harian Metro bertarikh 20 Oktober 2012 - SISTEM BAND DALAM PBS DI SEKOLAH TIDAK SESUAI DILAKSANA DI NEGARA KITA. MINTA PIHAK BERKENAAN MENGKAJI SEMULA


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada SMS “Ummi08 (IMA85626)“ dalam ruangan SMS dalam akhbar Harian Metro bertarikh 20 Oktober 2012.
 
“Sistem band dalam PBS di sekolah tidak sesuai dilaksana di negara kita. Minta pihak berkenaan mengkaji semula.”
 
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan oleh guru-guru di sekolah secara terancang mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan. Dokumen Standard Prestasi (DSP) adalah rujukan utama guru untuk mentaksir dan melapor penguasaan murid mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.
 
DSP ini mengandungi band, pernyataan standard, deskriptor dan evidens. Band adalah tahap penguasaan murid, di mana Band 6 adalah band tertinggi manakala Band 1 adalah band terendah. Pernyataan standard adalah prestasi atau tahap penguasaan murid secara umum dalam pembelajaran. Manakala deskriptor adalah pernyataan tentang tingkahlaku terperinci yang boleh diperhati dan diukur dalam menentukan prestasi atau tahap penguasaan murid dalam pembelajaran.
 
DSP adalah merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari. Justeru, ia tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan murid.
 
Maklumbalas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid membolehkan pihak yang bertanggungjawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan Negara.
 
Untuk keterangan lanjut mengenai PBS sila rujuk laman web KPM di alamatwww.moe.gov.my/lp

 
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KENYATAAN AKHBAR: KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH TAHUN 2012


Majlis Pengumuman Analisis Keputusan UPSR 2012 akan diadakan pada hari Isnin, 19 November 2012 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

Pada tahun ini seramai 517,139 orang calon telah menduduki UPSR di 8,284 pusat peperiksaan di seluruh negara. 

Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.



Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
6 November 2012

http://www.moe.gov.my/?id=13&aid=2963

Warga SK Menerong...

Warga SK Menerong...

www.satisfaction.com