SK Menerong [TBA 5014] merupakan sebuah sekolah yang terletak di dalam daerah Hulu Terengganu. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) Luar Bandar. Proses P & P di sekolah ini berjalan pada sidang pagi sahaja. Pada waktu petang, bilik-bilik darjah digunakan untuk kelas Fardhu Ain (KAFA) bagi murid Tahun 2, 3, 4, dan 5 yang diadakan pada hari Ahad, Isnin, dan Rabu sahaja.
Talian Tel. : 09-6125625
Talian faks.: 09-6129954
Alamat email : skmenerong@gmail.com

Renungan...

Friday 30 March 2012

Latihan Pusat Kontinjen Kadet Pertahanan Awam [KAPA] Hulu Terengganu 2012

Tarikh : 29 hingga 31 Mac 2012
Lokasi : Pusat Kokurikulum PPD Hulu Terengganu

Fakta Angka

Enrolmen :
  • Peserta Lelaki : 36 orang
  • Peserta Perempuan : 36 orang
  • Jurulatih Lelaki : 10 orang
  • Jurulatih Perempuan : 10 orang
  • Guru Pengiring Lelaki : 3 orang
  • Guru Pengiring Perempuan : 2 orang
Penyertaan terdiri daripada 5 buah sekolah menengah yang berdaftar dengan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Terengganu.

Tuesday 27 March 2012

Akademik: Hulu Terengganu mampu bersaing

MOHD. Norizal Nawang (kanan) menyerahkan replika cek tajaan Utusan Malaysia kepada Haji Shafruddin Ali Husin sambil disaksikan YB Haji Mohd. Nor Othman (tengah)

HULU TERENGGANU 25 Mac 2012 : Tahap pencapaian akademik pelajar daerah pedalaman ini disasarkan mampu menyaingi, malah mengatasi daerah lain di negeri ini dalam tempoh setahun lagi.

Pegawai Pelajaran Daerah, Shafruddin Ali Husin berkata, perkembangan tahap pencapaian kecemerlangan dalam akademik dan kokurikulum menunjukkan daerah itu sudah berada pada landasan yang cukup baik.

''Kini persoalan seperti sumber kewangan dan kemudahan bukan lagi halangan, cuma peluang tetapi bagaimana untuk menterjemahkan segala perancangan dengan berkesan melalui usaha dan penglibatan semua pihak.

''Walaupun di kawasan hulu, kita mahu turut menjadi pendahulu," katanya kepada Utusan Malaysia selepas Majlis Pelancaran Projek Hulu Terengganu Cemerlang (HUTeC) 2012 di Sekolah Menengah Tengku Ampuan Intan, di sini hari ini.

Majlis itu disempurnakan Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Mohd. Nor Othman.

Pada majlis yang dihadiri kira-kira 1,000 warga pendidik, ibu bapa dan pelajar cemerlang, Mohd. Nor turut menyampaikan peruntukan khas sebanyak RM40,000 bagi menampung pembiayaan perancangan HUTeC.

Pejabat Pelajaran Daerah menggerakkan usaha terancang melalui HUTeC-2012 bagi memperkasakan pendidikan daerah pedalaman ini seiring dengan perkembangan arus perdana.

Ia melibatkan perkongsian pintar dengan pelbagai pihak turut menyasarkan kecemerlangan kokurikulum dan sahsiah diri yang merangkumi semua aspek jasmani dan rohani.

''HUTeC-2012 merupakan satu penilaian semula segala program yang telah dirancang agar ia terus menggerakkan arus perubahan bagi mencetuskan tradisi kecemerlangan dalam pendidikan di daerah ini," ujarnya.

Beliau menarik perhatian dengan kejayaan Muhammad Nabil Aiman Hasbullah dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan di sini merupakan pelajar pertama di daerah ini yang mendapat gred cemerlang tertinggi dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2011.

Pelajar yang melakar sejarah merintis pencapaian cemerlang itu memperoleh 10A+ dan meletakkannya di tangga keempat terbaik peringkat negeri.

''Lebih membanggakan, kejayaannya turut diikuti oleh 15 pelajar Hulu Terengganu yang mendapat semua A berbanding dengan hanya empat pelajar pada tahun sebelumnya," ujarnya.

Pada majlis itu juga, Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) melalui Ketua Pegawai Eksekutif KIST Kampus Terengganu, Mohd. Norizal Nawang menyerahkan tajaan 10,500 naskhah Utusan Malaysia kepada enam sekolah menengah bagi memanfaatkan sisipan Akhbar Dalam Pendidikan (ADaP) sebagai bahan pengajaran.

Naskhah itu akan diedarkan pada setiap hari persekolahan sepanjang tahun ini kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Ampuan Intan, SMK Ajil, SMK Bukit Diman, SMK Imtiaz, SMK Jenagor dan SMA Mahmudiah.

Sumber :

Utusan Malaysia Online

26 Mac 2012

http://www.utusan.com.my/

Biodata Ringkas : Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu


Encik Zakaria bin Hussin,

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu

" Kita sebagai penjawat awam sama ada berada di Jabatan Pelajaran, Pejabat Pelajaran ataupun sekolah adalah pelaksana segala dasar pendidikan serta dasar-dasar goverment on the day. Kita mesti memahami segala dasar itu sedalamnya dan sebagai golongan teristimewa dalam dunia pendidikan kita mesti memberi pendidikan yang terbaik kepada generasi kita kerana pendidikanlah yang mencorak kehidupan kita hari ini dan kehidupan generasi pada masa hadapan"

Yang Berbahagia En. Zakaria bin Hussin, Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu sempena Majlis Sambutan Pengarah dan Perhimpunan Bulan Kali Ke 3, JPN Terengganu di Dataran Perhimpunan Jabatan pada 25 Mac 2012.

En. Zakaria bin Hussin telah dilahirkan pada 25 April 1955 di Kampung Dusun Nyior, Chukai Kemaman, Terengganu. Beliau mendapat pendidikan rendah di SK Chukai, Kemaman dan meneruskan pendidikan menengah di SMK Khir Johari, Sungai Petani sebelum ke universiti. Setelah menamatkan pengajian dengan memperolehi Sarjana Muda Sains 1979 dan seterusnya Diploma Pendidikan (Matematik) dari UKM pada tahun 1980 beliau memulakan perkhidmatan dalam dunia pendidikan sebagai guru siswazah di SMK Sungai Lembing, Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Beliau kemudiannya diberi kepercayaan menjawat jawatan Guru Penolong Kanan 1 pada 1 Ogos 1990 hingga 31 November 1995 di sekolah yang sama sebelum bertukar ke SMK Chukai, Kemaman. Sebelum dilantik sebagai Penolong Pegawai Pendidikan Kemaman (Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan) pada 2 Januari 1999 beliau pernah menjadi Ketua Bidang Sains dan Matematik serta Guru Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid di SMK Ayer Puteh, Kemaman.

Pada 16 Ogos 2003, beliau telah dilantik sebagai Pengetua SM Teknik Kemaman dan pada 1 Julai 2007 telah dilantik sebagai Pegawai Pelajaran Daerah Kemaman. Sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Pegawai Pelajaran Daerah Kemaman banyak kejayaan dicipta antaranya peningkatan keputusan peperiksaan awam serta pernah meraih keputusan daerah terbaik negeri dalam peperiksaan PMR, SPM dan STPM selain kejayaan dalam bidang sukan dan kokurikulum.

Kerjaya beliau yang cemerlang telah menyakinkan Kementerian Pelajaran Malaysia melantik beliau sebagai Pengarah IPGM Kampus Sultan Mizan, Besut pada 8 Julai 2011 dan pada 12 Mac 2012 secara rasmi beliau diberi kepercayaan memimpin Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu sebagai Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu yang ke 43.

Selain mengikuti berpuluh kursus-kursus professional beliau juga seorang yang aktif dalam beberapa pertubuhan sukan dan kemasyarakatan. Anataranya pernah menjadi Pengerusi Majlis Pengakap Daerah Kemaman, AJK Persatuan Bulan Sabit Daerah Kemaman dan pernah menjadi AJK Lembaga Amanah Ketengah dan berbagai lagi. Beliau meminati sukan bowling dan gemar berjoging.

Di atas jasa-jasa dan sumbangan cemerlang beliau pada tahun 2002 beliau dianugerahi dengan Pingat Jasa Kebaktian dan menerima Anugerah Khidmat Cemerlang (1995,2003,2010).

Kita amat yakin dengan pegalaman beliau yang luas dan kemahiran beliau yang tinggi, pendidikan Terengganu akan terus gemilang dan terbilang. Tahniah tuan. Warga pendidikan Terengganu sentiasa bersama-sama tuan.

Sumber :

Laman Blog Unit Pengurusan Sekolah Rendah,

Sektor Pengurusan Sekolah,

Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu

http://unitrendahspsjpnt.blogspot.com/

Monday 26 March 2012

Mesyuarat Agung PIBG SK Menerong 2012

Tarikh : 26 Mac 2012
Hari : Isnin
Tempat : Dewan al-Farabi, SK Menerong
Perasmi : YB Dato' Rosol bin Wahid, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Ajil

Sunday 25 March 2012

Gagasan PPD Hulu Terengganu : HUTeC 2012


KETERANGAN LOGO

WARNA.

1. Oren – Warna Tema Daerah Hulu Terengganu yang melambangkan kecekalan dan keberanian dalam mencapai kecemerlangan yang berterusan.
2. Biru – Melambangkan perpaduan warga Pendidikan Hulu Terengganu dalam usaha mencapai kecemerlangan.

BENTUK.

1. 26 Jalur beralun – melambangkan 26 hasrat PPD yang digariskan untuk mencapai kecemerlangan Pendidikan Daerah Hulu Terengganu.
2. Kerawang – melambangkan kerja/usaha Warga Pendidikan Hulu Terengganu yang sentiasa berusaha dalam mencapai kecemerlangan selaras dengan hasrat kerajaan.
3. Logo Persekutuan, PPD dan 1Malaysia – Melambangkan Warga Pendidikan Hulu Terengganu sentiasa selari dengan dasar Kerajaan Persekutuan.
4. Logo 1Malaysia – Kedudukan logo 1Malaysia di tengah-tengah selaras dengan moto Hulu Terengganu ‘Pendahulu’ yang sentiasa ingin berada di kedudukan pertama dalam setiap bidang.
5. Bentuk Bulat – 2 bulatan (kuning dan biru) melambangkan usaha berganda ke arah mencapai kejituan iltizam dan kerja sepasukan ke arah kecemerlangan.

PERKATAAN.

1. “Hulu Terengganu Cemerlang 2012”.- ikrar ke arah mencapai sasaran Hulu Terengganu Cemerlang 2012.
2. ‘Hulu Terengganu Pendahulu’.- hasrat untuk menjadi pendahulu dalam apa jua bidang samada Pengurusan, Kurikulum, Kokurikulum dan Perkembangan Sahsiah.

Sumber : FB Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu

Friday 23 March 2012

Lensa Kejohanan Bola Baling Zon KDSR 3





KEPUTUSAN RASMI : Kejohanan Bola Baling B12 (L/P) Zon KDSR 3 Hulu Terengganu 2012


KEPUTUSAN RASMI
KATEGORI LELAKI 12 KATEGORI PEREMPUAN 12
JOHAN SK Peroh JOHAN SK Peroh
NAIB JOHAN SK F JB NAIB JOHAN SK F JB
KE-3 SK Menerong KE-3 SK FT
KE-4 SK FT KE-4 SK Menerong

* Catatan : Johan & Naib Johan setiap kategori akan mewakili Zon KDSR 3 ke Kejohanan Bola Baling MSSM HT

Kem Kecemerlangan Akademik 2012 Siri 1

Kem ini telah bermula pada 22 Mac 2012 dan dijangkakan akan berakhir pada 24 Mac 2012. Kem ini telah dihadiri oleh seramai 21 orang murid SK Menerong dari Tahun 5 (terpilih) dan Tahun 6. Antara aktiviti yang dijalankan ialah sesi Solat Hajat, Temu Murni Ibubapa/Penjaga Murid Tahun 6 sesi 2012, sesi Motivasi dan juga ceramah teknik menjawab soalan UPSR.

Objektif utama kem ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada murid-murid terutama yang akan menghadapi peperiksaan UPSR 2012 dalam menjawab kertas soalan peperiksaan. Beberapa orang guru dari seluruh daerah telah dijemput untuk menyampaikan sesi di sepanjang kem ini.

Pihak SK Menerong merakamkan sekalung penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kem ini.

Penceramah Jemputan :
  1. Bahasa Inggeris : Puan Zailawati - SK FELDA Mengkawang
  2. Matematik : Encik M. Sabri bin Hasan - SK Tengku Ampuan Intan
  3. Sains : Encik Azman bin Mahmud - SK FELDA Tersat
  4. Matematik : Encik Azmai - SK Tok Randok
  5. Sains : Puan Ton Azlina - SK Pasir Tinggi
  6. Motivasi : Ustaz Hagia - SK Kuala Berang

Makluman Penting : Arahan Tugas 25 Mac 2012

  1. Majlis Perasmian Hulu Terengganu Cemerlang (HuTeC) 2012 di SMK Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang - Guru Besar & GPK Kokurikulum
  2. Majlis j-QAF di SK Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu - GPK Pentadbiran @ Ketua Panitia Pendidikan Agama Islam
  3. Majlis Taklimat OTI di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu, Marang - Guru Penyelaras UPSR 2012
  4. Majlis di Sekolah Sains Hulu Terengganu (SAHUT), Kuala Berang - GPK Hal Ehwal Murid

Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu

Tuesday 20 March 2012

PERADUAN MENULIS CERITA KANAK-KANAK SEMPENA PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2012

Ruj.Kami :P.T. 12014-01/1 (47)
Tarikh : 11 Mac 2011

Pengetua / Guru Besar
Sekolah Menengah,
Sekolah lMTIAZ,
Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan,
Sekolah Rendah,
Negeri Terengganu.

Tuan,
Dengan hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia dipertanggungjawabkan untuk mengelolakan Peraduan Menulis cerita Kanak-Kanak Sempena Perayaan Hari Guru 2012.

3. Sehubungan dengan itu, guru dan pelajar sekolah tuan dijemput untuk menyertai peraduan tersebut. Bersama-sama ini disertakan perkara berikut untuk tindakan tuan selanjutnya.

3.1 Lampiran 1 - Brosur Kategori Guru
3.2 Lampiran 2 - Brosur Kategori Murid Sekolah Menengah Atas, Sekolah Menengah Rendah dan Sekolah Rendah
3.3 Lampiran BBT III - Maklumat Peserta

4. Hasil karya hendaklah sampai ke Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (u.p : Unit Hal Ehwal Murid - Puan Hajah Norehan bt. Sulong ) sebelum atau pada tarikh 19 Mac 2012.

5. Kerjasama yang pihak tuan berikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

"Melestarikan Pendidikan Terbilang"
'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'

Saya yang menurut perintah,

(MD YASIN BIN MOHD SALLEH)
Ketua Sektor
Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan
b.p. Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu

s.k
Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu
Semua Pegawai Pelajaran Daerah

MAKLUMAN : PELAKSANAAN PROGRAM PENGUKUHAN BAHASA INGGERIS PIALA YAYASAN DIRAJA SULTAN MIZAN SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH NEGERI TERENGGANU TAHUN 2012

Ruj.Kami : P.T.12019-03/7 (5)
Tarikh : 15 Februari 2012

Pengetua / Guru Besar
Sekolah Menengah,
Sekolah lMTIAZ,
Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan,
Sekolah Rendah,
Negeri Terengganu.

Tuan,

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu dengan
kerjasama Yayasan Diraja Sultan Mizan akan meneruskan penganjuran Program Pengukuhan Bahasa lnggeris Piala Yayasan Diraja Sultan Mizan Sekolah Rendah dan Menengah negeri Terengganu pada tahun 2012. Program ini diteruskan berdasarkan maklum balas positif yang diterima dari berbagai pihak, hasil penganjuran program ini pada tahun 2010 telah berjaya memupuk minat, meningkatkan penguasaan dan pencapaian mata pelajaran bahasa lnggeris dalam kalangan murid sekolah menengah dan rendah seluruh negeri Terengganu.

3. Untuk makluman tuan, pertandingan ini akan dibahagikan kepada dua (2) kategori
seperti berikut :

3.1 Kategori Sekolah Rendah - Smart English

3.2 Kategori Sekolah Menengah - Speech Choir
3.2.1 Bagi Kategori Sekolah Menengah akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu :
3.2.1.1Kumpulan Sekolah Harian Biasa ( Kumpulan Aspirasi )
3.2.1.2 Kumpulan Sekolah Kawalan (Kumpulan lnspirasi ). Kumpulan ini terdiri dari Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah lMTIAZ, Sekolah Kluster dan sekolah yang kemasukan pelajar tingkatan satu berasaskan pencapaian 5A dalam keputusan peperiksaan UPSR.

4. Sehubungan dengan itu, sekolah tuan dikehendaki menyertai program ini. Taklimat lanjut berhubung program ini akan dilaksanakan oleh Pejabat Pelajaran Daerah masingmasing. Tuan diminta menghantar Guru Kanan Mata Pelajaran bahasa lnggeris atau guru pembimbing pasukan sekolah masing-masing hadir ke taklimat tersebut.

5. Oleh kerana program ini adalah berkaitan aktiviti Kokurikulum Akademik, tuan boleh menggunakan peruntukan kokurikulum sekolah bagi tujuan persediaan pasukan sekolah tuan ke pertandingan tersebut.

6. Sebarang pertanyaan, pegawai kami Haji Mohd Tamidi bin Sidek ditalian 019-9769758
dan En. Mazlan bin lsmail ditalian 019-9507054 sedia membantu.

7. Kerjasama yang pihak tuan berikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

"Melestarikan Pendidikan Terbilang "
'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'

Saya yang menurut perintah,

(HASHIM BIN MOHD ZIN)
Timbalan Pengarah Pelajaran
b.p Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu

s.k.
  1. Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu
  2. Pengarah Yayasan Terengganu
  3. Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu
  4. Semua Pegawai Pelajaran Daerah Negeri Terengganu
  5. Pegawai Eksekutif Yayasan Diraja Sultan Mizan

Jadual : 20 Mac 2012 : Kejohanan Bola Baling Zon KDSR 3 Hulu Terengganu 2012


Perlawanan :
  1. L12 : SK FELDA Jerangau Barat lwn. SK Bukit Diman
  2. L12 : SK Peroh lwn. SK FELDA Tersat
  3. L12 : SK Menerong lwn. SK Kua
  4. L12 : SK LKTP Bukit Bading lwn. SK Landas
  5. P12 : SK Bukit Diman lwn. SK Peroh
  6. P12 : SK LKTP Bukit Bading lwn. SK Menerong
  7. P12 : SK FELDA Tersat lwn. SK Landas
  8. P12 : Separuh Akhir
  9. L12 : Separuh Akhir
  10. P12 : Tempat ke-3/4
  11. L12 : Tempat ke-3/4
  12. P12 : Akhir
  13. L12 : Akhir

Lensa ... Kejohanan Bola Baling B12 Zon KDSR 3 Hulu Terengganu 2012




Monday 19 March 2012

Jadual : 19 Mac 2012 : Kejohanan Bola Baling Zon KDSR 3 Hulu Terengganu 2012


  1. L12 : SK Menerong lwn. SK FELDA Jerangau Barat
  2. L12 : SK LKTP Bukit Bading lwn. SK Peroh
  3. L12 : SK Bukit Diman lwn. SK Kua
  4. L12 : SK FELDA Tersat lwn. SK Landas
  5. P12 : SK LKTP Bukit Bading lwn. SK SK Peroh
  6. P12 : SK Landas lwn. SK FELDA Jerangau Barat
  7. P12 : SK Menerong lwn. SK Bukit Diman
  8. L12 : SK Kua lwn. SK FELDA Jerangau Barat
  9. L12 : SK Landas lwn. SK Peroh
  10. L12 : SK Bukit Diman lwn. SK Menerong
  11. L12 : SK FELDA Tersat lwn. SK LKTP Bukit Bading
  12. P12 : SK Menerong lwn. SK Peroh
  13. P12 : SK FELDA Jerangau Barat lwn. SK FELDA Tersat
  14. P12 : SK LKTP Bukit Bading lwn. SK Bukit Diman

*Tertakluk kepada pindaan

Warga SK Menerong...

Warga SK Menerong...

www.satisfaction.com