SK Menerong [TBA 5014] merupakan sebuah sekolah yang terletak di dalam daerah Hulu Terengganu. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) Luar Bandar. Proses P & P di sekolah ini berjalan pada sidang pagi sahaja. Pada waktu petang, bilik-bilik darjah digunakan untuk kelas Fardhu Ain (KAFA) bagi murid Tahun 2, 3, 4, dan 5 yang diadakan pada hari Ahad, Isnin, dan Rabu sahaja.
Talian Tel. : 09-6125625
Talian faks.: 09-6129954
Alamat email : skmenerong@gmail.com

Renungan...

Tuesday 12 April 2011

Program Peningkat Kemahiran Pendidikan Luar Siri 1 SM Negeri Terengganu 2011

12 April 2011 [Selasa] : Buat julung-julung kalinya seramai 80 orang pelajar sekolah menengah seluruh negeri Terengganu telah dikumpul untuk program ini. Antara pengisian program ini ialah aktiviti kerohanian, pendedahan aktiviti air dan menyelamat, kemahiran menggunakan kompas serta pertandingan orienteering dan persembahan kebudayaan.

Program ini telah dikawal selia oleh Encik Marzuki Abdul Ghani, Penyelia Kejurulatihan, Pusat Kokurikulum JPN Terengganu serta dibantu oleh 20 orang jurulatih. Sepanjang program ini dijalankan para peserta juga telah didedahkan dengan pelbagai kemahiran asas serta disiplin.

Pertandingan orienteering telah diungguli oleh peserta kemaman yang telah berjaya menggondol tempat kedua untuk dua kategori iaitu lelaki dan perempuan.

Perasmian penutup program ini telah disempurnakan oleh Encik Jalaluddin Ismail, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah (Pengurusan Sekolah), Hulu Terengganu. Beliau juga telah menyampaikan sijil serta hadiah kepada para peserta dan pemenang. Majlis penutup tersebut telah dihadiri juga oleh Encik Aminuddin Alias, Penolong Pengarah Program 1, Pusat Kokurikulum JPNT serta Puan Hajjah Hasmah binti Hamzah, Guru Besar SK Menerong.

Program Peningkat Kemahiran Pendidikan Luar Siri 1 SM Negeri Terengganu 2011

Album 1 ...









Monday 11 April 2011

PERTUKARAN PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN 1 PKG PEROH

Dengan hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa saya telah diarahkan bertukar ke Pusat Kegiatan Guru Kuala Berang berkuatkuasa 1 April 2011. Sehubungan dengan itu, saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pengetua, guru besar dan guru-guru sekolah zon PKG Peroh atas segala sumbangan dan bantuan selama saya bertugas sebagai PTP PKH Peroh.

Saya amat berpuashati dengan komitmen yang diberikan terutama Guru-Guru ICT dan Pusat Sumber Sekolah. Dikesempatan ini saya memohon maaf jika terdapat sesuatu yang tidak menyenangkan sepanjang saya menerajui PKG Peroh.

Untuk makluman, Pegawai Teknologi Pendidikan yang baru ialah Encik Ramli bin Ismail.

Sekian, terima kasih.


MOHD SOFFI OTHMAN
PTP PKG PEROH

GARIS PANDUAN ETIKA BERPAKAIAN SEMASA BEKERJA DAN SEMASA MENGHADIRI MAJLIS-MAJLIS RASMI JABATAN, PPD DAN SEMUA SEKOLAH NEGERI TERENGGANU

Pendahuluan

Garis panduan ini disediakan bertujuan memberikan panduan serta peringatan kepada semua pegawai serta kakitangan sokongan di Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah-sekolah berhubung etika berpakaian seperti yang ditetapkan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1985 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2006.

1.0 Pakaian yang ditetapkan semasa bekerja atau menghadiri majlis rasmi

1.1 Pakaian Lelaki

1.1.1 Pegawai-pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Sokongan I, ‘lounge suite’ atau ‘bush jacket’ buatan dari kain yang sesuai, atau seluar panjang dengan baju kemeja berlengan panjang serta bertali leher.

1.1.2 Pegawai-pegawai dari Kumpulan Sokongan II, seluar panjang dengan baju kemeja dengan warna yang sesuai; baju hendaklah dimasukkan ke dalam.

1.1.3 Kasut kulit atau lain-lain kasut yang sejenis dengannya. Capal hanya boleh dipakai sekiranya majlis mensyaratkan pegawai memakai Baju Melayu lengkap dengan bersamping.

1.1.4 Seluar ‘jeans’ atau seluar pendek tidak boleh dipakai semasa bekerja.

1.1.5 Selipar, kasut getah dan kasut sukan juga tidak boleh dipakai semasa bekerja.

1.2 Pakaian Wanita

1.2.1 Pakaian kebangsaan iaitu baju kurung atau kebaya atau pakaian tradisional kaum masing-masing.

1.2.2 Pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional, termasuk Penolong Pengarah, Penyelia, Pengetua dan Guru Besar hendaklah memakai ‘lounge suite’ atau ‘blazer’ semasa menghadiri program rasmi anjuran Jabatan.

1.2.3 Seluar ‘jeans’, ‘slacks’, seluar pendek dan apa-apa pakaian yang menutup muka tidak boleh dipakai semasa bekerja.

1.2.4 Pegawai wanita tidak dibenarkan memakai pakaian yang ketat serta menjolok mata.

1.2.5 Memakai kasut bertutup, selipar, cerpu atau yang sejenis dengannya yang mempunyai bentuk yang sesuai.

1.2.6 Kasut sukan tidak boleh dipakai semasa bekerja.

2.0 Pakaian Batik (Lelaki dan Wanita)

Pegawai-pegawai hendaklah memakai baju batik buatan Malaysia pada setiap hari Khamis atau di dalam majlis rasmi yang mensyaratkan pemakaian baju batik.

2.1 Pakaian Seragam (Lelaki dan Wanita)

2.1.1 Pegawai-pegawai yang disyaratkan memakai pakaian seragam dan dibekalkan pakaian berkenaan hendaklah sentiasa memakainya semasa bekerja.

2.1.2 Pegawai-pegawai yang bertugas di sekolah hendaklah memakai pakaian seragam persatuan pada setiap hari Selasa.

2.2 Pakaian Lain

2.2.1 Pegawai dibenarkan memakai pakaian lain seperti pakaian sukan atau kasual sekiranya tugas-tugasnya memerlukan pakaian sedemikian atau disyaratkan oleh penganjur majlis rasmi.

2.3 Fesyen Pakaian Alternatif Pegawai Lelaki

2.3.1 Baju kemeja atau baju batik Malaysia berlengan panjang:

(a) berkolar baju Melayu cekak musang berbutang tiga atau lima,
(b) berkolar Nehru berbutang terselindung, atau
(c) berkolar Mandarin berbutang tiga (butang hadapan atau terselindung).

2.4 Pemakaian Tanda Nama

Tanda nama diwajibkan dipakai setiap masa pada hari bekerja atau semasa menghadiri program-program rasmi kerajaan.

Penutup

Garis panduan ini adalah tertakluk kepada pekeliling yang sedang berkuatkuasa dan hendaklah dipanjangkan kepada semua pegawai dan kakitangan di Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah.



Disediakan oleh,

Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan
Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.

Telah memasuki email SK Menerong pada : Ahad, 10 April, 2011 11:42:09

Warga SK Menerong...

Warga SK Menerong...

www.satisfaction.com