SK Menerong [TBA 5014] merupakan sebuah sekolah yang terletak di dalam daerah Hulu Terengganu. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) Luar Bandar. Proses P & P di sekolah ini berjalan pada sidang pagi sahaja. Pada waktu petang, bilik-bilik darjah digunakan untuk kelas Fardhu Ain (KAFA) bagi murid Tahun 2, 3, 4, dan 5 yang diadakan pada hari Ahad, Isnin, dan Rabu sahaja.
Talian Tel. : 09-6125625
Talian faks.: 09-6129954
Alamat email : skmenerong@gmail.com

Renungan...

Saturday 26 March 2011

Warga Kerja Maulidur Rasul 1432 Hijrah

Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR 2011

Penasihat : Puan Hajjah Hasmah binti Hamzah [Guru Besar]

Pengerusi : Puan Roziana binti Sulong [GPK Pentadbiran]

Timbalan Pengerusi 1 : Puan Siti Zainun binti Ismail @ Muda [GPK Hal Ehwal Murid]

Timbalan Pengerusi 2 : Encik Esham bin Busu [GPK Kokurikulum]

Penyelaras : Encik Zaharuddin bin A. Razak [Guru Subjek Sains]

Setiausaha : Puan Laileesun binti Ishak [Guru Subjek Bahasa Inggeris]

Ahli Jawatankuasa :
1. Wan Rozdi bin Wan Hassan [Guru Subjek Bahasa Melayu]
2. Muhammad Syafiq Ta Oo bin Abdullah [ Guru Subjek Matematik]

Temu Murni Ibu Bapa Penjaga Murid Tahun 6

Tarikh : 08 Februari 2011
Lokasi : Dewan al Farabi, SK Menerong

Cikgu Laileesun Ishak [Guru Bahasa Inggeris] sedang menyampaikan penerangan berkaitan subjek berkenaan berkaitan UPSR 2011

Penuh Perhatian ... Sebahagian Ibu Bapa dan Penjaga yang telah hadir

Puan Hajjah Hasmah Hamzah [Guru Besar SK Menerong] sedang menyampaikan amanat kepada calon UPSR 2011 serta penjaganya

Cikgu Zaharuddin Abdul Razak [Penyelaras Kecemerlangan UPSR 2011] sedang menerangkan pencapaian TOV serta sasaran UPSR 2011

Makluman Perkabungan Atas Kemangkatan Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Bariah

Semua pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam Negeri/ Persekutuan dan Badan-Badan Berkanun di dalam negeri Terengganu dikehendaki menghormati perkabungan atas kemangkatan Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Bariah, D.K., S.S.M.T., S.P.M.T., D.K. (Selangor) binti Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj selama 40 hari bermula 21 Mac 2011 hingga 29 April 2011 dengan memakai:

1. Bagi pegawai dan kakitangan Lelaki Melayu, memakai songkok berlilit kain putih berukuran 1 inci;
2. Bagi pegawai dan kakitangan Wanita Melayu,berselendang/kain tudung berwarna putih;
3. Bagi pegawai dan kakitangan Bangsa lain, bertali leher hitam atau lilitan lengan hitam (armband) di sebelah kanan (bagi lelaki) dan lilitan lengan hitam (armband) bagi wanita;
4. Bagi Polis dan Tentera menurut cara pemakaian yang telah ditetapkan oleh peraturan masing-masing.

.... SUK.TR.(S) 490/1/2-(12) bertarikh 22 Mac 2011

Sementara bagi pengibaran bendera pula, semua Bendera Negeri dan lain-lain Bendera kecuali Bendera Malaysia (Jalur Gemilang) di Jabatan-Jabatan dan Bangunan-Bangunan Kerajaan Negeri, Persekutuan, Badan-Badan Berkanun serta Pihak Penguasa Tempatan, Bangunan-Bangunan Perniagaan, Perusahaan dan Kediaman hendaklah mengibarkan bendera setengah tiang mulai 21 Mac 2011 hingga 29 April 2011 iaitu tempoh 40 hari perkabungan

.... SUK.TR.(S) 490/1/2-(13) bertarikh 22 Mac 2011

Warga SK Menerong...

Warga SK Menerong...

www.satisfaction.com