SK Menerong [TBA 5014] merupakan sebuah sekolah yang terletak di dalam daerah Hulu Terengganu. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) Luar Bandar. Proses P & P di sekolah ini berjalan pada sidang pagi sahaja. Pada waktu petang, bilik-bilik darjah digunakan untuk kelas Fardhu Ain (KAFA) bagi murid Tahun 2, 3, 4, dan 5 yang diadakan pada hari Ahad, Isnin, dan Rabu sahaja.
Talian Tel. : 09-6125625
Talian faks.: 09-6129954
Alamat email : skmenerong@gmail.com

Renungan...

Saturday 29 January 2011

GERKO 2011 : Perjumpaan Pasukan Badan Beruniform ... Lansa 1



Taklimat & Penerangan Konsep Sedeqah YaPEIM

Tarikh : 18 Januari 2011
Masa : 10.30 pagi
Lokasi : Bilik Mesyuarat, SK Menerong
Penyampai : Encik Faizul Rahman


Tuesday 25 January 2011

TAHNIAH ... KPP BTPN Terengganu



Encik Alias bin Talib (Pengetua SMK Tersat, Hulu Terengganu [bermula 16 Mac 2009] merangkap Pengerusi JKPA PKG Peroh) telah melapor diri sebagai Ketua Penolong Pengarah BTPN Terengganu bermula 11 Januari 2011.


Sebelum ini beliau telah berkhidmat selama lebih 13 tahun di BTPN Terengganu, Encik Alias telah banyak mewarnai kejayaan dan pembentukan imej cemerlang BTPN. Beliau amat disegani serta sentiasa menjadi rujukan kepada rakan-rakan, bukan sahaja di negeri ini, malah di seluruh rangkaian BTP.


Sepanjang bertugas di BTPN Terengganu, beliau telah menjadi Penolong Pengarah dan Ketua Unit Pengurusan PKG, Unit Pentadbiran dan Kewangan, sebelum menjawat sebagai Ketua Unit Pendidikan Bestari dan Unit Perkhidmatan ICT. Beliau sempat berkhidmat di bawah tiga orang KPP BTPN (PSPN) Terengganu. Beliau juga merupakan wakil pengurusan dalam pelaksanaan Pengurusan Kualiti MS ISO, yang telah dilaksanakan di BTPN Terengganu, di samping menjadi Pengerusi Pasukan Petugas Kualiti BTPN Kebangsaan.


Sumber:


Mohd Soffi Othman

PTP PKG Peroh

Hulu Terengganu


Laman Portal BTPN Terengganu

http://btpntrg.net

astro TUTOR TV

ASTRO TUTOR
===========

Sukacita merujuk kepada perkara di atas.

2. Astro Tutor TV kembali atas permintaan ramai mulai 11 Januari 2011, saluran ini disiarkan sepanjang tahun di nombor baru, saluran 601. ASTRO TUTOR TV adalah percuma kepada pelanggan sekolah (Kampus Astro) dan pakej Astro Family. Tontonilah program kegemaran UPSR anda untuk mempelajari subjek-subjek penting UPSR seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Matematik dan Sains.
~ Maklumat lanjut :


http://www.astro.com.my/examtutor/articles/art_1496.html


Sekian, terima kasih.

MOHD SOFFI OTHMAN
PTP PKG PEROH

UJIAN TOV 2011 SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH NEGERI TERENGGANU 2011

Ruj. Kami : P.T.18003-08(55)

Tarikh : 18 Januari 2011


Pengetua SMK Chalok, Setiu

Semua Guru Besar Sekolah Rendah

Negeri Terengganu Darul Iman.


Tuan,


JADUAL UJIAN TOV 2011 SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH NEGERI TERENGGANU 2011


Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas. Ujian TOV 2011 akan berlangsung pada 25 Januari – 27 Januari 2011.


2. Bersama-sama ini disertakan jadual ujian TOV bagi Tahun Dua hingga Tahun Enam untuk makluman dan tindakan pihak tuan seterusnya. Tuan boleh dapatkan soalan-soalan tersebut di PKG masing-masing bermula pada 20 Januari 2011 (Khamis).


3. Jika terdapat sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas sila hubungi En. Nordin bin Ambak (No. h/p: 012-9461746) di Unit Kurikulum Rendah, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu di talian 09-6213018 / 09- 6213027 dan faks no. 09-6213028.


Kerjasama dari pihak tuan diucapkan ribuan terima kasih.


Sekian.


“MELESTARIKAN PENDIDIKAN TERBILANG”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menurut perintah,



HAJI MOHD ZUBER BIN EMBONG

Ketua Sektor,

Sektor Pengurusan Akademik,

b.p. Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu


s.k:

1. Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu - Makluman

2. Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu - Makluman

3. Semua Ketua Penolong Pengarah, SPA - Makluman

4. Semua Penyelaras UPSR Daerah - Makluman

5. Semua Pegawai dan Penyelia, SPA - Makluman




Friday 21 January 2011

'Onsite Learning' di Muzium Negeri Terengganu

Semua Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-sekolah Negeri Terengganu.

Tuan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Muzium Negeri Terengganu mempunyai koleksi sejarah dan persekitaran yang kondusif bagi pembelajaran lapangan (luar bilik darjah). Mesyuarat Lembaga Muzium pada 27 Disember 2010 yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu bersetuju memberi insentif kepada murid-murid menggunakan pelbagai kemudahan di Muzium Negeri.

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah bolehlah merancang aktiviti-aktiviti yang sesuai agar kemudahan di Muzium Negeri Terengganu dimanfaatkan dan sekaligus meningkatkan minat murid-murid terhadap sejarah. Usaha ini selaras dengan dasar kerajaan menjadikan sejarah syarat lulus SPM pada tahun 2013.

Kerjasama tuan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.

JAWATANKUASA INDUK PENGURUSAN KOKURIKULUM TAHUN 2011

Penasihat : Puan Hajjah Hasmah binti Hamzah
(Guru Besar)


Pengerusi : Encik Esham bin Busu
(Guru Penolong Kanan Kokurikulum)


Naib Pengerusi 1 : Puan Roziana binti Sulong
(Guru Penolong Kanan Pentadbiran)


Naib Pengerusi 2 : Puan Siti Zainun binti Ismail @ Muda
(Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)


Setiausaha : Puan Meriam binti Chik

Penyelaras
Unit Beruniform : Encik Mohd Adnan bin Seman
Persatuan/Kelab Ko Akademik : Puan Laileesun binti Ishak
Sukan & Permainan : Encik Zaharuddin bin Abd. Razak

Ahli- Ahli Jawatankuasa :

Pasukan Badan Beruniform
Pengakap : Encik Nik Rozi bin Nik Ishak
Puteri Islam : Puan Meriam binti Chik

Persatuan/Kelab Ko Akademik
Bahasa : Puan Nik Muniza binti Setafa
Matematik & Sains : Encik Muhammad Syafiq Ta Oo bin Abdullah
Pendidikan Agama Islam & Jawi : Puan Meriam binti Chik
Kelab Teknologi & Multimedia : Cik Azlina binti Alias

Kelab Permainan
Permainan Bola Baling : Cik Azlina binti Alias
Permainan Bola Tampar : Puan Robaiyyah binti Alias
Permainan Ping Pong : Encik Mohd Adnan bin Seman
Permainan Hoki : Wan Rosdi bin Wan Hassan

Rumah Sukan
Bendahara (Hijau) : Puan Robaiyyah binti Alias
Laksamana (Merah) : Encik Wan Rosdi bin Wan Hassan
Temenggong (Biru) : Encik Muhammad Syafiq Ta Oo bin Abdullah

Pengurusan & Kejurulatihan Pasukan Sukan & Permainan
Olahraga : Encik Zaharuddin bin Abd. Razak
Bolasepak : Encik Nik Rozi bin Nik Ishak
Bola Jaring : Puan Laileesun binti Ishak
Bola Baling (L) : Encik Muhammad Syafiq Ta Oo bin Abdullah
Bola Baling (P) : Cik Azlina binti Alias
Bola Tampar (L) : Encik Wan Rosdi bin Wan Hassan
Bola Tampar (P) : Puan Robaiyyah binti Alias
Hoki (L) : Encik Esham bin Busu
Hoki (P) : Puan Nik Muniza binti Setapa
Ping Pong (L) : Encik Mohd Adnan bin Seman
Ping Pong (P) : Puan Meriam binti Chik

KOKURIKULUM...

Definisi Kurikulum Kebangsaan :


“….Suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya daripada segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan”


Akta Pendidikan 1996

( Peraturan-Peraturan ( Kurikulum Kebangsaan ) Pendidikan 1997)


KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN


“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”


(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.


Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di semua sekolah adalah WAJIB.


“Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).


Keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum adalah suatu kesalahan yang jika disabitkan bersalah boleh dijatuhi hukuman denda atau penjara atau pun kedua-duanya sekali di bawah penalti am.


“(2) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta 550 ini boleh, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda harian yang tidak melebihi lima ratus ringgit sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan kepadanya di bawah Akta 550 ini berkenaan dengan kesalahan itu, bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.”


Seksyen 135 Akta Pendidikan 1996:Penalti Am.


Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.


“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”


{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}


Sekolah hendaklah mewujudkan peluang yang seluas-luasnya kepada murid menyertai kegiatan kokurikulum yang mereka minati.

{Untuk tujuan ini Pengetua/Guru Besar telah diperuntukkan kuasa untuk menubuhkan kelab/persatuan di sekolah seperti dalam Peraturan 4 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 yang diterbitkan sebagai PU(A)196/98.}


Penyertaan, kehadiran dan pencapaian murid dalam kegiatan kokurikulum hendaklah direkod dan diberi penilaian.


{Hal ini ditegaskan dalam Perkara 8.2.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/1985 dan Perkara 2.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1986)}


Ketidakhadiran murid dalam kegiatan kokurikulum yang murid itu telah mendaftarkan diri untuk menyertainya adalah suatu kesalahan yang menyebabkan murid tersebut boleh dikenakan tindakan disiplin jika disabitkan bersalah seperti tindakan ke atas kesalahan ponteng sekolah atau ponteng kelas.


{Hal ini hendaklah dimaktubkan dalam Buku Undang-Undang dan Peraturan Sekolah dan perlu diketahui oleh murid-murid dan ibu bapa mereka}


Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.


“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah”


(Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)


Setiap orang guru di sekolah hendaklah, secara bertulis, diberi tugas dan tanggung jawab yang spesifik, terperinci, dan kuantitatif dalam bidang kokurikulum di sekolah, seperti yang dilakukan dalam bidang kurikulum.


Keengganan guru melaksanakan tugas dan tanggung jawab yang telah diperuntukan adalah suatu kesalahan daripada segi keperluan perkhidmatan atau kepatuhan dan kebertanggungjawaban penjawat awam atau pun moral dan wibawa keguruan yang boleh dikenakan tindakan disiplin mengikut “


Perintah-perintah Am Pegawai Awam (Kelakuan dan tatatertib)(Bab D)”.


“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.”


{Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}


Setiap kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan hendaklah dirancang dengan maksud mempunyai matlamat, objektif, kaedah pelaksanaan dan kurikulum kegiatan serta skema penilaian yang pragmatis dan progresif.


Setiap kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan hendaklah mengandungi elemen-elemen pengetahuan, pengalaman dan kemahiran baru serta nilai-nilai murni yang membantu membangunkan intelek, jasmani, emosi dan rohani murid secara seimbang.


Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid.


(Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).


Kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah hendaklah bersifat merentas disiplin, bersepadu dan tidak bersifat eksklusif. Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelajar.


Peruntukan Masa


Warta Kerajaan No. 5652 Jil. 11/Bil. 27 bertarikh 28 Disember 1967


Sekolah Rendah

Tahun 3 dan Tahun 4 : 60 minit seminggu

Tahun 5 dan Tahun 6 : 120 minit seminggu


Cadangan Hari Pelaksanaan

Selasa setiap minggu

2 Kali Pasukan Badan Beruniform (240 Min/Bulan)

1 Kali Kelab & Persatuan(120 Min/Bulan)

1 Kali Kelab Sukan & Permainan (120 Min/Bulan)


Minima Aktiviti Setahun

1. Pasukan Badan Beruniform - 18 kali (Hari / Minggu / Perkhemahan Kokurikulum – dikira 1 kali perjumpaan)

2. Kelab / Persatuan - 12 kali

3. Sukan / Permainan - 12 kali (Kejohanan Olahraga Tahunan dikira 1 kali perjumpaan)

Lensa Perjumpaan Rumah Sukan 2011 ... Siri 1

Tarikh : 11 Januari 2011 [Selasa]
Masa : 2.00 petang
Lokasi : Dewan al Farabi, SK Menerong

Pemilihan AJK Rumah Bendahara (Hijau)

Pemilihan AJK Rumah Laksamana (Merah)

Pemilihan AJK Rumah Temenggong (Biru)

Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas 2011 ... Lensa 2

Tarikh : 9 Januari 2011 (Ahad)
Lokasi : Dewan al Farabi, SK Menerong



Thursday 20 January 2011

Senarai Nama Pustakawan SK Menerong 2011

  1. Nur Qalisha binti Saharuddin
  2. Nur Syairah binti Razak
  3. Nur Nasyuha binti Othman
  4. Mohd Nurhasrullah bin Harun
  5. Nurul Atikah binti Musa
  6. Nur Khalidah binti Mustafa
  7. Mohd Fudail bin Alias
  8. Mohd Iman bin Hazha
  9. Wan Nazirah bin Wan Hassan
  10. Ahmad Zakuan bin Azman
  11. Mohd Khairul bin Mohd Sabrani
  12. Mohd Ikhwan Hafizi bin Mohd Sipodin

Monday 17 January 2011

Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas 2011 ... Lensa 1

Tarikh : 9 Januari 2011 (Ahad)
Lokasi : Dewan al Farabi, SK Menerong




PENCARIAN BAKAT PELAJAR PINTAR CERDAS

Pencarian bakat pelajar pintar cerdas saringan peringkat pertama Ujian dalam Talian UKM1 akan bermula pada 1 Februari - 30 April 2011

Makluman:

Ujian dalam talian UKM1 merupakan saringan pertama untuk mencari pelajar-pelajar pintar cerdas berusia 8 hingga 15 tahun bagi menyertai Program PERMATApintar Negara.

  • Pelajar berusia 9-15 tahun untuk program Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATApintar Negara 2011 di Universiti Kebangsaan Malaysia.
  • Pelajar beragama Islam berusia 8 tahun (darjah 2 pada tahun 2011) untuk program Permata Insan di Universiti Sains Islam Malaysia.
  • Pelajar berusia 15 tahun (tingkatan 3 pada tahun 2011) untuk menyertai program Pendidikan Menengah Tinggi di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2012

Pendaftaran ujian boleh dibuat mulai 2 Januari 2011.

  • Pelajar baru: memasukkan Mykad/Mykid, maklumat pelajar, sekolah dan ibu bapa / penjaga.
  • Pelajar lama: mengemaskini Mykad/Mykid, maklumat pelajar, sekolah dan ibu bapa / penjaga.

Pelajar sekolah boleh mengambil ujian dalam talian ini melalui laman sesawang http://www.permatapintar.edu.my. Maklumat lanjut tentang program PERMATApintar Negara juga boleh diperoleh dari laman web ini. Ujian ini boleh diambil di mana-mana sama ada di sekolah, rumah, kafe siber dan lain-lain tempat yang boleh mencapai rangkaian Internet. Ujian saringan pertama ini adalah terbuka dan pelajar boleh berhenti pada bila-bila masa dan menyambung semula ujian tersebut hingga tamat . Walau bagaimanapun, pelajar digalakkan mengambil ujian ini secara terus menerus dalam jangka masa 1 jam 30 minit untuk menjawab semua 148 soalan agar dapat membiasakan diri dengan situasi saringan kedua Ujian UKM2 yang dijalankan dengan pengawasan yang rapi dalam tempoh 2 jam 30 minit untuk 375 soalan.

Syabas ... Ketua Sektor Jaminan dan Kualiti, JPNTr

Kami Warga SK Menerong
mengucapkan

Saturday 15 January 2011

Gesa Tangguh Guna E-Kasih Pilih Murid Miskin Penerima Bantuan


ARKIB : 10/01/2011

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelajaran digesa menangguhkan penggunaan data daripada sistem e-Kasih untuk memilih murid miskin yang layak mendapat bantuan di bawah skim Program Rancangan Makanan Tambahan Sekolah (RMTS) di sekolah luar bandar dan pedalaman khususnya di Sabah.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Jamawi Jaafar berkata, penggunaan sistem e-Kasih menyebabkan berlaku keciciran dan hanya sejumlah kecil murid yang layak menerima bantuan RMTS berbanding dengan kaedah pemilihan sebelum ini berpandukan data dalam Sistem Maklumat Murid (SMM).

Menurut beliau, masalah ini timbul mungkin disebabkan proses penyelarasan dan pemilihan semula daripada SSM kepada sistem e-Kasih memakan masa sedangkan musim persekolahan telah bermula.

"Hampir semua sekolah khususnya di Tenom tidak dapat memulakan bantuan RMTS ini disebabkan murid yang layak berdasarkan sistem e-Kasih terlalu sedikit jumlahnya walhal masih ramai yang sewajarnya layak menerima jika menggunakan sistem SMM yang diamalkan sebelum ini," katanya yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tenom di sini baru-baru ini.

Beliau memberitahu, daripada 180 murid yang layak menerima RMTS di beberapa buah sekolah di daerah Tenom pada tahun lalu kini me-lalui sistem e-Kasih hanya sembilan pelajar sahaja yang layak menerimanya.

"Satu julat perbezaan yang tidak munasabah jika melihat kepada taraf kehidupan masyarakat luar bandar di daerah ini," jelasnya.

Malah, ujarnya, jika bilangan penerima RMTS melalui sistem e-kasih ini terlalu sedikit pasti tidak ada pembekal yang berminat untuk membekal ke sekolah yang jauh di pedalaman kerana harga yang ditawarkan hanya RM2.05 untuk seorang murid.

"Ia tidak praktikal dan melibatkan kos yang tinggi," katanya.

Justeru, Jamawi menyarankan, SMM digunakan semula untuk memilih murid yang layak menerima bantuan RMTS bukan sahaja di Sabah malah di seluruh negara kerana ia lebih tepat dan lengkap serta terbukti tidak menimbulkan sebarang masalah. Langkah sementara ini wajar dilaksanakan untuk membolehkan sistem e-Kasih dikemas kini.

e-Kasih merupakan pangkalan data utama yang mengumpulkan golongan miskin dan miskin tegar sama ada di bandar atau luar bandar di negara ini.

Kementerian Pelajaran menggunakan e-Kasih untuk program membantu golongan tersebut seperti RMTS, Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) dan Bantuan Pakaian Seragam Pasukan Badan Beruniform.

Sumber : Utusan Online

Warga SK Menerong...

Warga SK Menerong...

www.satisfaction.com