SK Menerong [TBA 5014] merupakan sebuah sekolah yang terletak di dalam daerah Hulu Terengganu. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) Luar Bandar. Proses P & P di sekolah ini berjalan pada sidang pagi sahaja. Pada waktu petang, bilik-bilik darjah digunakan untuk kelas Fardhu Ain (KAFA) bagi murid Tahun 2, 3, 4, dan 5 yang diadakan pada hari Ahad, Isnin, dan Rabu sahaja.
Talian Tel. : 09-6125625
Talian faks.: 09-6129954
Alamat email : skmenerong@gmail.com

Renungan...

Thursday 29 July 2010

UPSR 2010 ... SK Menerong



Perhimpunan Mingguan ... Minggu ke-28




Wednesday 28 July 2010

Sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia ke-53 ...


UPSR 2010 ... SK Menerong



Tuesday 27 July 2010

Selamat Hari Ulangtahun kelahiran Julai 2010 ... Warga Guru

Walaupon agak terlewat, namun begitu seluruh warga mengucapkan selamat menyambut hari ulangtahun kelahiran kepada warga guru dan juga murid untuk bulan Julai 2010... Semoga semuanya dimurahkan rezeki serta dilindungi ALLAH s.w.t. dari segala kesukaran dunia dan akhirat..... Amin



Puan Hajjah Rasidah binti Sarkom @ Othman
Tarikh Lahir 1 Julai




Encik Mohd Adnan bin Seman
Traikh Lahir 3 Julai

Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran Julai 2010

  • Khalid bin Kormain Tahun 4 05/07/2000
  • Muhammad Nur Najibullah bin Muhamad Nasir Tahun 4 24/07/2000
  • Muhammad Fakhrulrazi bin Mat Amin Tahun 3 11/07/2001
  • Nurafifah binti Lokman Tahun 3 12/07/2001
  • Muhammad Haikal Rifdi bin Mamat Tahun 1 20/07/2003
  • Muhammad Syukri bin Mamat Prasekolah 15/07/2004
  • Nur Alia Batrisya binti Zainal Prasekolah 31/07/2004
  • Muhammad Atiq Aqwa bin Kamaruzaman Prasekolah 27/07/2005
  • Syazliana Aiza Izzati binti Asari Prasekolah 28/07/2005

Tuesday 20 July 2010

PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR / OTI 4 2010

PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR / OTI 4 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu akan
mengadakan Peperiksaan Percubaan UPSR / OTI 4 2010 untuk murid Tahun 1
hingga Tahun 6 pada 27 hingga 29 Julai 2010 (Selasa hingga Khamis)

Sunday 18 July 2010

Kelebihan bulan Sya`ban ... Petikan

(Dari Kitab Kelebihan Rejab, Sya`ban, Ramadhan, Ustaz Budiman Radhi)

1. Sabda Nabi s.a.w bermaksud: Apabila masuk bulan sya`ban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan sya`ban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.(Al-hadis)

2. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan sya`ban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka . Dia akan menjadi teman nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala nabi Allah Ayob a.s dan nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan bulan sya`ban, dimudahkan Allah atasnya sakratul maut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huruhara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari Qiamat, dan diwajibkan Syurga baginya.(Al-hadis)

3. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan sya`ban dan akhir khamis daripada sya`ban, dimasukkan dia ke dalam Syurga. (Al-hadis dari kitab Al barkah).

4. Berkata Siti A`isyah r.a.h, bulan yang lebih dikasihi oleh Rasullullah s.a.w ialah bulan Sya`ban.

5. Sabda Nabi s.a.w: Sya`ban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya`ban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).(Al-Hadis).

6. Sabda Nabi s.a.w : Bahawa puasa Sya`ban kerana membesarkan Ramadhan, siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya`ban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezekinya. Antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah ta`ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat. (Al-Hadis).

7. Sabda Rasullullah s.a.w: Dinamakan Sya`ban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdal sesudah (selain) Ramadhan ialah puasa bulan Sya`ban.(Al-hadis).

8. Sabda Nabi s.a.w: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan -bulan yang lainnya seperti kelebihan Quran ke atas segala Qalam. Kelebihan Sya`ban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan atas segala ambia(nabi-nabi). Kelebihan Ramadhan atas bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas segala makhluknya. (Al-hadis)

9. Bulan Sya`ban, keagungan malamnya dengan malam nisfu Sya`ban, sepertimana keagungan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, dan keagungan Ramadhan dengan malam Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya`ban telah datang Jibril kepada Rasul s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus pintu rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak, durhaka terhadap ibubapa.(Al-hadis)

10. Sabda Nabi s.a.w: Allah menilik kepada hamba-Nya pada malam Nisfu Sya`ban maka diampunkan dosa segala makhluknya melainkan orang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya.(Al-hadis)

11. Sabdanya lagi: Apabila pada malam Nisfu Sya`ban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, beribadah, dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman: Adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang ditimpa bala` Aku a`fiatkannya. Adakah orang yang meminta rezeki maka Aku rezekikannya, demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh. (Al-hadis)

12. Tersebut dalam kitab Al-berkat: Bahawa jin, burung, binatang-binatang buas, ikan di laut berpuasa mereka pada hari nisfu Sya`ban.

13. Tersebut di dalam kitab: Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Sya`ban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada Rasullullah s.a.w kali keduanya, katanya: Ya Muhammad, gembirakanlah kamu bahawa Allah ta`ala telah mengampunkan segala umatmu orang yang tiada menyekutukan-Nya sesuatu. Angkatkan kepalamu, lalu Rasullullah s.a.w pun mengankatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga. Dalam riwayat yang lain pula menyatakan terbuka segala pintu langit. Pada pintu langit pertama malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang rukuk pada malan ini. Pada pintu langit yang kedua, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang sujud pada malam ini. Pada langit yang ketiga, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang minta doa pada malam ini. Pada pintu langit keempat, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang berzikir pada malam ini. Pada pintu langit kelima, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang menangis takutkan Allah subhanahuwa ta`ala pada malam ini. Pada pintu langit keenam, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang mengerjakan amal kebajikan pada malam ini. Dan pada pintu langit yang ketujuh, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang meminta, maka dikurniakan permintaannya itu, dan pada pintu langit yang kelapan malaikat menyeru: Adakah orang yang meminta ampun maka diampunkan baginya. Bertanya aku kepada Jibril, sampai bilakah terbukanya semua pintu ini (diterima doa), Jibril menjawab: Sehingga naik fajar subuh. Dan katanya lagi: Pada malam ini dimerdekakan hamba-Nya yang mukmin lelaki perempuan dari api neraka sebanyak bulu kambing bani kalab (bani kalab diantara orang-orang arab yang paling banyak memelihara kambing). Dalam satu riwayat yang lain pula bahawa Allah memerdekakan hamba-Nya daripada neraka sebanyak bintang-bintang dilangit dan sebanyak hari dunia dan malamnya. Pada malam inilah dihantarkan Allah akan jibril ke Syurga untuk menghiasi syurga.

14. Barangsiapa membaca, ”Tiada tuhan melainkan Allah, tiada kami sembah melainkan Dia, dengan ikhlas lagi teguh atas dasar agama (tauhid) walaupun dibenci oleh orang-orang kafir” ditulis Allah baginya ibadat seribu tahun, dan dihapuskan daripadanya dosa seribu tahun, dan keluarnya dari kubur, mukanya seperti bulan purnama dan ditulis pada Allah taa`la orang benar siddiq (orang yang benar).

15. Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam nisfu sya`ban enam orang;
1) Orang yang kekal minum arak
2) Orang yang durhaka kepada ibubapa
3) Orang yang kekal dalam zina
4) Orang yang banyak berkelahi
5) Orang yang melakukan perjualannya dengan sumpah yang dusta
6) Orang yang memperlakukan orang supaya kelahi (Al-hadis).

16. Riwayat daripada Usman, sabda baginda Rasullullah s.a.w: Pada malam nisfu Sya`ban setelah berlaku 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman: Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintaannya, adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka Aku taubatkan akannya, dan diampunkan bagi sekalian orang mukmin lelaki perempuan, melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya. (Al-hadis)

17. Sabda Nabi s.a.w: Ya A`isyah! Adakah engkau izinkan aku sembahyang pada malam ini? Jawab A`isyah: Ya, aku izinkan lalu nabi pun bersembahyanglah sepanjang malam nisfu Sya`ban itu, beliau sujud terlalu lama masanya, sehingga aku sangka beliau telah diambil ruhnya (mati), lalu aku tutupkannya dengan kain, aku letakkan tanganku di atas dua tapak kakinya. Maka bergerak ia, gembiralah aku kerana beliau masih bernafas lagi, dan aku dengar beliau membaca di dalam sujudnya: “Aku berlindung dengan kemaafan Engkau daripada siksa Engkau, dan aku berlindung dengan keredhaan Engkau daripada kehinaan Engkau, dan aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan yang datang daripada Engkau, aku tiada terhingga memuji Engkau sepertimana Engkau memuji diri Engkau”. Nabi menyuruh A`isyah mengamalkan doa ini dalan sujud. (Al-hadis)

18. Sesiapa sembahyang pada malam nisfu Sya`ban daripada umat Muhammad s.a.w terlebih afdal daripada ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah memberi tahu kepada nabi Isa a.s lalu Isa a.s pun berdoa kepada tuhan: "Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad s.a.w".
(Nabi Isa akan diturunkan di akhir zaman untuk menegakkan syiarkan Islam menentang orang musyrikin, insyaallah).

19. Telah disebut empat malam istimewa tentang beribadah (berbuat amal kebajikan), iaitu malam Nisfu Sya`ban, malam Aidil Fitri pertama, malam Aidil Adha pertama, dan malam Arafah. Disambungkan malam Lailatul Qadar kerana bahawasanya malam rahmat dan merdeka daripada api neraka. Sesiapa sepanjang malam Ramadhan atau sepanjang sepuluh yang terakhir daripada Ramadhan umat Muhammad s.a.w berlumba-lumba dalam ibadah dengan berjaga malamnya. Demikian pula saat mustajab doa pada hari jumaat. Demikian pula disambungkan Asma Allah Al Azdhim (nama Allah yang teragung) di dalam Asmaul Husna yang amat mustajabkan doa padanya.

Petikan dari laman:

Anugerah Khas : Terbaik Pra Percubaan UPSR 2010


Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010

Tahun 1
1. Syazwani Izzati binti Asari
2. Damia Amni binti Khairul
3. Nor Ayu Bayu Mastura binti Zaroman

Tahun 2
1. Nur Faqihah binti Hamdzan
2. Mumahmmad Ridzwan bin Manan
3. Munirah Hanis binti Mat Hussin

Tahun 3
1. Adysha Nur binti Mohd Azaman
2. Anis Amirah binti Majid
3. Muhammad Syafruddin bin Misnan

Tahun 4
1. Khalid bin Kormain
2. Nur Khalidah binti Mustafa
3. Nur Najah Fatihah binti Khairul Anuar

Tahun 5
1. Muhammad Shahrin bin Suriyadi
2. Athirah binti Yushri
3. Nor Nasyuha binti Othman

Tahun 6
1. Muhammad Fauzan bin Sulaiman
2. Muhammad Khairul Ameer bin Manan
3. Amir Hamzah bin Saidi

Anugerah Sinar
Muhammad Rosyaidi bin Mohd Noor

Anugerah Khas Pra Percubaan UPSR 2010
Muhammad Fauzan bin Sulaiman

Monday 12 July 2010

Tuesday 6 July 2010

Aktif Kokurikulum Kriteria Penting Masuk IPT ... Petikan

PULAU PINANG 5 Julai - Pelajar yang mendapat keputusan akademik cemerlang di sekolah tetapi tidak aktif dalam sebarang aktiviti kokurikulum, mungkin akan berdepan masalah untuk memasuki universiti.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, walaupun aktiviti kokurikulum hanya mewakili 10 peratus berbanding 90 peratus pencapaian akademik dalam kriteria kemasukan pelajar, ia tetap dianggap penting.

Menurutnya, aktiviti kokurikulum turut memainkan peranan terutama dalam pembinaan sahsiah pelajar sejajar usaha melahirkan individu yang mempunyai keperibadian yang lebih bersepadu.

"Jadi saya ingin mengingatkan terutama bagi mereka yang masih bersekolah dan bercita-cita mahu masuk universiti pada masa akan datang supaya tidak mengabaikan aktiviti kokurikulum kerana kita menganggapnya sebagai kriteria yang sangat mustahak,'' katanya.

''Pada masa sama, kita harap pelajar, ibu bapa dan para guru jangan ambil mudah pemarkahan kokurikulum kerana di universiti juga, kita tekankan soal penglibatan secara aktif mereka dalam bidang itu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Sambutan Siswa Lestari Universiti Sains Malaysia (USM) di Dewan Tuanku Syed Putra USM di sini hari ini.
Turut hadir, Naib Canselor USM, Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak dan Pengerusi Lembaga Pengarah USM, Prof. Emeritus Zawawi Mohd. Ismail.

Tambahnya, tidak dinafikan keputusan akademik menjadi ukuran awal untuk melayakkan diri menghadiri temuduga kerja tetapi lazimnya orang sudah tahu bahawa soalan akademik tidak akan ditanya oleh penemuduga.

''Kita semua pun tahu perkara yang dinilai semasa sesi temuduga adalah meliputi kemahiran insaniah seperti berkomunikasi, berfikir secara kritis, etika, kerja berpasukan, profesionalisme dan kepimpinan.

''Perkara itu akhirnya menjadi antara kriteria yang akan dinilai untuk bekerja. Penemuduga akan melihat pelbagai aspek yang sangat holistik sifatnya," ujarnya.

Justeru, semua pihak perlu mengambil kira aspek kokurikulum kerana pendidikan di universiti bukan tertumpu pada akademik semata-mata tetapi ia turut meliputi perkara lain yang masih ada kaitan dengan dunia akademik.
Petikan Utusan Malaysia Online

Warga SK Menerong...

Warga SK Menerong...

www.satisfaction.com