SK Menerong [TBA 5014] merupakan sebuah sekolah yang terletak di dalam daerah Hulu Terengganu. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) Luar Bandar. Proses P & P di sekolah ini berjalan pada sidang pagi sahaja. Pada waktu petang, bilik-bilik darjah digunakan untuk kelas Fardhu Ain (KAFA) bagi murid Tahun 2, 3, 4, dan 5 yang diadakan pada hari Ahad, Isnin, dan Rabu sahaja.
Talian Tel. : 09-6125625
Talian faks.: 09-6129954
Alamat email : skmenerong@gmail.com

Renungan...

Thursday 31 December 2009

Salam Perpisahan 2009...


Terima kasih kepada semua yang telah bersama-sama WARGA KERJA SK Menerong mengharungi ranjau menuju ke puncak KECEMERLANGAN...

Wednesday 30 December 2009

2010 ... PENGURUSAN KOKURIKULUM SK MENERONG

JAWATANKUASA PENGURUSAN KOKURIKULUM 2010

Pengerusi : Puan Hajjah Hasmah binti Hamzah [Guru Besar ]
Naib Pengerusi : Encik Esham bin Busu [Guru Penolong Kanan Kokurikulum]
Setiausaha : Puan Laileesun binti Ishak

Penyelaras Sukan & Permainan : Encik Zaharuddin bin Abd Razak
Penyelaras Badan Beruniform : Puan Nur Aishah binti Junus @ Abd Razak
Penyelaras Kelab & Persatuan : Puan Siti Zainun binti Ismail

Pengurus Rumah Merah : Puan Meriam binti Chik
Pengurus Rumah Biru : Puan Nik Muniza binti Setapa
Pengurus Rumah Kuning : Encik Nik Rozi bin Nik Ishak

Penyelaras Ko Akademik : Puan Laileesun binti Ishak
Penyelaras Sambutan & Perayaan : Puan Nur Aishah binti Junus @ Abd Razak
Penyelaras Lawatan & Pelancongan : Cik Azlina binti Alias
Penyelaras Motivasi & Kerjaya : Puan Siti Zainun binti Ismail

SUKAN DAN PERMAINAN

Pengerusi : Puan Hajjah Hasmah binti Hamzah
Naib Pengerusi : Encik Esham bin Busu
Setiausaha : Encik Zaharuddin bin Abd Razak

Olahraga : Encik Zaharuddin bin Abd. Razak
Hoki : Puan Norra binti Mohd Basir
Bolasepak : Encik Nik Rozi bin Nik Ishak
Bola Jaring : Cik Azlina binti Alias
Bola Tampar : Encik Esham bin Busu
Badminton : Encik Mohd Adnan bin Seman

RUMAH SUKAN

Pengerusi : Puan Hajjah Hasmah binti Hamzah
Naib Pengerusi : Encik Esham bin Busu
Setiausaha : Encik Zaharuddin bin Abd Razak

Rumah Merah : Puan Meriam binti Chik (Ketua)
: Puan Hajjah Hasmah binti Hamzah
: Puan Roziana binti Sulong
: Encik Zaharuddin bin Abd Razak
: Encik Mohd Adnan bin Seman

Rumah Biru : Puan Nik Muniza binti Setapa (Ketua)
: Encik Esham bin Busu
: Puan Norra binti Mohd Basir
: Puan Laileesun binti Ishak

Rumah Kuning : Encik Nik Rozi bin Nik Ishak (Ketua)
: Puan Nur Aishah binti Junus @ Abd Razak
: Puan Siti Zainun binti Ismail
: Cik Azlina binti Alias

PASUKAN BADAN BERUNIFORM

Pengerusi : Puan Hajjah Hasmah binti Hamzah
Naib Pengerusi : Encik Esham bin Busu
Setiausaha : Puan Nur Aishah binti Junus @ Abd Razak

Pengakap
Pengerusi : Encik Nik Rozi bin Nik Ishak (Ketua)
Setiausaha : Cik Azlina binti Alias
Ahli Jawatankuasa : Encik Mohd Adnan bin Seman
: Encik Zaharuddin bin Abd Razak
: Puan Nik Muniza binti Setapa

Puteri Islam
Pengerusi : Puan Meriam binti Chik
Setiausaha : Puan Laileesun binti Ishak
Ahli Jawatankuasa : Puan Siti Zainun binti Ismail
: Puan Nur Aishah binti Junus @ Abd Razak
: Puan Norra binti Mohd Basir
: Puan Roziana binti Sulong

PERSATUAN DAN KELAB

Pengerusi : Puan Hajjah Hasmah binti Hamzah
Naib Pengerusi : Encik Esham bin Busu
Setiausaha : Puan Siti Zainun binti Ismail

Persatuan Matematik & Sains
Pengerusi : Puan Norra binti Mohd Basir
Setiausaha : Encik Zaharuddin bin Abdul Razak
Ahli Jawatankuasa : Encik Nik Rozi bin Nik Ishak

Persatuan Bahasa
Pengerusi : Puan Laileesun binti Ishak
Setiausaha : Cik Azlina binti Alias
Ahli Jawatankuasa : Puan Nik Muniza binti Setapa

Persatuan Agama Islam
Pengerusi : Puan Siti Zainun binti Ismail
Setiausaha : Puan Meriam binti Chik
Ahli Jawatankuasa : Encik Mohd Adnan bin Seman

Kelab Seni Budaya
Pengerusi : Puan Nik Muniza binti Setapa
Setiausaha : Puan Nur Aishah binti Junus @ Abd Razak
Ahli Jawatankuasa : Puan Roziana binti Sulong

Kelab Celik IT
Pengerusi : Cik Azlina binti Alias
Setiausaha : Encik Nik Rozi bin Nik Ishak
Ahli Jawatankuasa : Mohd Adnan bin Seman

Kelab Pencegahan Jenayah
Pengerusi : Puan Meriam binti Chik
Setiausaha : Puan Siti Zainun binti Ismail
Ahli Jawatankuasa : Encik Zaharuddin bin Abd Razak

JAWATANKUASA KHAS

JK Ko Akademik
Penasihat : Puan Hajjah Hasmah binti Hamzah [Guru Besar]
Pengerusi : Encik Esham bin Busu [Guru Penolong Kanan Kokurikulum]
Naib Pengerusi : Puan Roziana binti Sulong [Guru Penolong Kanan Pentadbiran]
Setiausaha : Puan Laileesun binti Ishak
Ahli Jawatankuasa : Puan Siti Zainun binti Ismail
: Puan Laileesun binti Ishak
: Puan Meriam binti Chik

JK Sambutan & Perayaan
Penasihat : Puan Hajjah Hasmah binti Hamzah [Guru Besar]
Pengerusi : Encik Esham bin Busu [Guru Penolong Kanan Kokurikulum]
Naib Pengerusi : Puan Norra binti Mohd Basir [Guru Penolong Kanan HEM]
Setiausaha : Puan Aishah binti Junus @ Abd Razak
Ahli Jawatankuasa : Puan Nik Muniza binti Setapa
: Encik Mohd Adnan bin Seman

JK Lawatan & Pelancongan
Penasihat : Puan Hajjah Hasmah binti Hamzah [Guru Besar]
Pengerusi : Encik Esham bin Busu [Guru Penolong Kanan Kokurikulum]
Setiausaha : Cik Azlina binti Alias
Ahli Jawatankuasa : Puan Siti Zainun binti Ismail
: Encik Zaharuddin bin Abd Razak

JK Motivasi & Kerjaya
Penasihat : Puan Hajjah Hasmah binti Hamzah [Guru Besar]
Pengerusi : Encik Esham bin Busu [Guru Penolong Kanan Kokurikulum]
Setiausaha : Puan Siti Zainun binti Ismail
Ahli Jawatankuasa : Encik Nik Rozi bin Nik Ishak
: Puan Roziana binti Sulong
: Puan Norra binti Mohd Basir

Sunday 27 December 2009

Semakan Online ... Penempatan Tingkatan Satu 2010


JADUAL TOV DAN OTI 2010 ... SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH NEGERI TERENGGANU

***************************************
1. Ujian Pengesanan ( TOV )
Tarikh Ujian : 26 Jan. 2010 - 28 Jan. 2010
Mata Pelajaran : Teras dan Pendidikan Islam
Tahun : 2 hingga 6
Tarikh Ambil Soalan : 21 Jan. 2010 ( Khamis )

2. OTI 1
Tarikh Ujian : 9 Mac 2010 - 11 Mac 2010
Mata Pelajaran : Teras, Jawi dan Pendidikan Islam
Tahun : 1 hingga 6
Tarikh Ambil Soalan : 3 Mac 2010 ( Rabu )

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL
12 Mac 2010 hingga 20 Mac 2010 ( 9 hari )

3. OTI 2 ( Pertengahan Tahun )
Tarikh Ujian : 23 Mei 2010 - 27 Mei 2010
Mata Pelajaran : Semua Mata Pelajaran
Tahun : 1 hingga 6
Ambil Soalan : 19 Mei 2010 ( Rabu )

CUTI PERTENGAHAN TAHUN
28 Mei 2010 hingga 12 Jun 2010 ( 16 hari )

4. Pra Percubaan UPSR
Tarikh Ujian : 4 Julai 2010 - 6 Julai 2010
Mata Pelajaran : Mata Pelajaran UPSR
Tahun : 6 sahaja
Ambil Soalan : 30 Jun 2010 ( Rabu )

5. OTI 3 [Percubaan UPSR]
Tarikh Ujian : 27 Julai 2010 - 29 Julai 2010
Mata Pelajaran : Teras, Jawi dan Pendidikan Islam
Tahun : 1 hingga 6
Ambil Soalan : 15 Julai 2010 ( Khamis )

6. Tambah Nilai UPSR
Tarikh Ujian : 24 Ogos 2010 - 26 Ogos 2010
Mata Pelajaran : Mata Pelajaran UPSR
Tahun : 6 sahaja
Ambil Soalan : 19 Ogos 2010 ( Khamis )

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL
3 Sept 2010 hingga 11 Sept 2010 ( 9 hari )

7. *UPSR / OTI 4
Tarikh Ujian : 20 Sept. 2010 - 22 Sept. 2010
Mata Pelajaran : Teras, Jawi dan Pendidikan Islam
Tahun : 1 hingga 5
Ambil Soalan : 15 Sept. 2010 ( Rabu )

8. OTI 5 [Peperiksaan Akhir Tahun]
Tarikh Ujian : 31 Okt. 2010 - 4 Nov 2010
Mata Pelajaran : Semua Mata Pelajaran
Tahun : 1 hingga 5 ( Thn.6 tidak termasuk Kertas UPSR )
Ambil Soalan : 26 Okt. 2010 ( Selasa )

CUTI AKHIR TAHUN
19 Nov 2010 hingga 1 Jan 2011 ( 44 hari )

* Tertakluk kepada pindaan

Saturday 26 December 2009

Hijrah...

Berikut beberapa keputusan murid-murid Sk Menerong ke sekolah menengah tahun 2010:

SM Sains Sultan Mahmud-SESMA [SBP]
  1. Muhammad Khairullah bin Nordin
SMK Tengku Ampuan Intan [Sekolah Premier]

  1. Nurfarhanah binti Razali
  2. Nur Shahidatul Amirah binti Manan
  3. Nur Nadira Syazwani binti Saharuddin

SMK Jenagor [KRK]

  1. Nur Ilya Syazwani binti Zaid
  2. Nor Suhaila binti Maarop

SMK Padang Midin [Program Hoki]

  1. Nur Najah Farhani binti Abd Rashid

Kesyukuran....



Sempena kejayaan empat orang murid SK Menerong mendapat 5A dalam UPSR 2009 dan penyerahan bangunan baru [2 blok bangunan 4 tingkat], Persatuan Ibubapa/Penjaga dan Guru SK Menerong akan mengadakan solat hajat serta tahlil sepertimana berikut:

  • Tarikh : 31 Disember 2009
  • Hari : Khamis
  • Masa : 9.00 malam

Gotong Royong Perdana...

Sempena pemindahan ke bangunan baru siap, Persatuan Ibubapa/Penjaga dan Guru SK Menerong bersetuju untuk melaksanakan satu program gotong royong perdana yang akan melibatkan ibu, bapa, penjaga, guru dan murid SK Menerong akan diadakan sepertimana berikut:
  • Tarikh : 29 Disember 2009
  • Hari : Selasa
  • Masa : 8.00 - 10.00 pagi

Monday 21 December 2009

Pembangunan Fizikal SK Menerong... Kerja-Kerja Menanam Cerucuk

Pembangunan Fizikal SK Menerong... Pelan Bangunan

Pelan tapak projek bangunan tambahan 2 blok 4 tingkat SK Menerong yang sempat dirakamkan

Pembangunan Fizikal SK Menerong...

SK Menerong telah menerima satu projek pembinaan bangunan tambahan 4 tingkat sebanyak 2 blok pada tahun 2006. Insya'allah bangunan tersebut akan mula digunakan menjelang sesi persekolahan 2010. Mengikut kontrak asal projek ini perlu diserahkan pada awal tahun 2009, namun atas beberapa sebab bangunan ini hanya akan mula digunakan untuk sesi 2010 ini. Ruangan "Pembangunan Fizikal SK Menerong..." akan menyingkap perkembangan projek berkenaan dari mula hingga ke penyerahannya.

Saturday 19 December 2009

Imbasan SUQMA 2009 ... Kem Pra Pengawas 2010

19 November 2009
Makmal ICT, SK Menerong
Disampaikan oleh Kopral Shukur
Para peserta sedang mendengar ceramah yang disampaikan

Kopral Shukur, Pegawai Perhubungan Sekolah, SK Menerong sedang menyampaikan ceramah


Kopral Shukur sedang menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta

Imbasan SUQMA 2009 ... Majlis Anugerah Kecemerlangan 2009

Puan Hajjah Hasmah Hamzah, Guru Besar SK Menerong sedang menyampaikan ucapan aluan

Encik Abdul Hadi Jambol, Pengerusi JKKK Kampung Gunung menyampaikan ucapan perasmian

Salah seorang murid Prasekolah sedang menerima sijil dan hadiah sempena sesi graduasi prasekolah

Sebahagian murid di Majlis Anugerah Kecemerlangan Ilmu 2009

Cikgu Nik Muniza sedang membantu murid Prasekolah bercerita [tetiba eletrik terputus sebab itulah kena guna "loud heller"

Murid-murid Tahun 6 sedang mempersembahkan nasyid

Cikgu Zaharuddin mengiringi Puan Guru Besar menyampaikan sijil tamat persekolahan kepada salah seorang murid Tahun 6

Tokoh-tokoh murid tahun 2009

Sebahagian daripada murid yang telah berjaya memenangi hadiah... TAHNIAH

Friday 18 December 2009

Doa Akhir dan Awal Tahun Hijrah ...

  • DOA AKHIR TAHUN
Doa akhir tahun dibaca sebanyak 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu maghrib, pada akhir bulan Zulhijah. Sesiapa membaca doa ini, berkatalah syaitan : " kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan ALLAH binasakan aku satu saat jua."

Dengan sebab membaca doa ini, ALLAH S.W.T. ampunkan dosanya setahun lalu.

Terjemahan Doa tersebut adalah:
"Segala puji tertentu bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. dan keluarga serta para sahabatnya.

Ya ALLAH, sesungguhnya pada tahun ini, aku telah melakukan larangan-laranganMU tapi aku belum bertaubat. Sedangkan ENGKAU tidak redha dan melupai azab-MU yang telah ditetapkan kepadaku. ENGKAU telah memerintahkan supaya aku bertaubat daripada kesalahan-kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini, aku mohon keampunan dari ENGKAU. Ampunkanlah aku dan apa yang aku lakukan tahun ini, yang ENGKAU redhai dan yang ENGKAU janjikan pahala. Maka aku mohonnya daripada ENGKAU, Ya ALLAH, YA KARIM YA ZAL JALA LIL WAL IKRAM, terimalah permohonanku ini dan janganlah ENGKAU hampakan harapanku terhadapMU.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. dan keluarga baginda serta para sahabatnya. Dan segala puji tertentu bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekelian alam."
  • DOA AWAL TAHUN

Doa ini dibaca 3 kali selepas maghrib, pada awal Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata,: " Telah aman anak Adam, amanlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini." Kerana ALLAH S.W.T. telah mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan laknaktullah.

Terjemahan Doa tersebut adalah:

"Segala puji tertentu bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W dan keluarga baginda serta para sahabatnya.

Ya ALLAH, ENGKAULAH yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMU yang MAHA AGUNG dan KEMURAHANMU yang melimpah. Sesungguhnya pada tahun ini, aku mohon ENGKAU perlindungan daripada syaitan yang direjam, kuncu-kuncunya, tentera-tenteranya dan penolong-penolongnya dan aku mohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada ENGKAU.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. dan keluarga baginda serta para sahabatnya. Dan segala puji tertentu bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekelian alam."

Lagu Tema Ma'al Hijrah...


  • Awal Muharram
  • Detik Permulaan
  • Perkiraan Tahun Islam Hijrah..
  • Perpindahan Nabi dan Umat Islam
  • Dari Kota Mekah Ke Kota Madinah

  • Atas Keyakinan dan Iman yang Teguh
  • Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
  • Rela Berkorban Harta dan Nyawa
  • Demi Menegakkan Islam Tercinta

  • Hijrah Itu Pengorbanan
  • Hijrah Itu Perjuangan
  • Hijrah Itu Persaudaraan
  • Hijrah Membentuk Perpaduan

  • Oleh Itu Mari Semua
  • Kita Sambut Maal Hijrah..
  • Tingkatkan Semangat
  • Sebarkan Syiar Islam..
  • Untuk Sepanjang Zaman..
  • Untuk Sepanjang Zaman..

Salam Ma'al Hijrah ... 1 Muharram 1431 Hijrah

Daripada:
  • Puan Hajjah Hasmah binti Hamzah [Guru Besar, SK Menerong]
  • Puan Roziana binti Sulong [GPK 1 - Pentadbiran, SK Menerong]
  • Puan Norra binti Mohd Basir [GPK 2 - Hal Ehwal Murid, SK Menerong]
  • Encik Esham bin Busu [GPK 3 - Kokurikulum, SK Menerong]
  • Semua Warga Guru SK Menerong
  • Semua Warga Pekerja Sokongan & Swasta SK Menerong
  • Semua Warga Murid SK Menerong

Monday 14 December 2009

Sunday 13 December 2009

Terima Kasih....


Sekalung Penghargaan buat
  • Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Terengganu
  • Pegawai Pejabat Pertanian Daerah Hulu Terengganu
  • Semua individu yang terlibat sehingga jayanya "PROGRAM BUMI HIJAU"

Imbasan SUQMA 2009 ... Bumi Hijau 2009







Warga SK Menerong...

Warga SK Menerong...

www.satisfaction.com