SK Menerong [TBA 5014] merupakan sebuah sekolah yang terletak di dalam daerah Hulu Terengganu. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) Luar Bandar. Proses P & P di sekolah ini berjalan pada sidang pagi sahaja. Pada waktu petang, bilik-bilik darjah digunakan untuk kelas Fardhu Ain (KAFA) bagi murid Tahun 2, 3, 4, dan 5 yang diadakan pada hari Ahad, Isnin, dan Rabu sahaja.
Talian Tel. : 09-6125625
Talian faks.: 09-6129954
Alamat email : skmenerong@gmail.com

Renungan...

Sunday 29 November 2009

Petikan Akhbar ... FORMAT BARU UPSR 2010

TANAH MERAH: Kerajaan bercadang memperkenalkan format baru Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), yang 50 peratus pemarkahannya dibuat berdasarkan penilaian berterusan prestasi murid dalam pelbagai aspek selain peperiksaan, mulai 2010.
Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata format baru itu antara lain merangkumi pengurangan peperiksaan, penilaian berterusan pada peringkat sekolah, taksiran psikometrik dan taksiran peringkat pusat terhadap aktiviti sukan serta kokurikulum.
Sistem yang digunakan dalam UPSR kini mungkin akan dihapus setengah atau kurikulumnya dirombak, tetapi ia banyak bergantung kepada kemampuan guru membuat penilaian serta taksiran pada peringkat sekolah.
Matlamatnya ialah penerapan nilai asas di mana murid mulai sekolah rendah mesti kreatif, aktif serta berpemikiran kritikal. Mereka juga perlu menguasai bahasa Inggeris dan bahasa lain seperti Mandarin dan Arab.
“Aktiviti luar seperti kokurikulum, sukan dan disiplin akan diserapkan daripada awal sebelum memasuki sekolah menengah kerana apabila dewasa, kita tak mahu mereka lemah dan akhirnya jadi graduan menganggur,” katanya.
Bercakap selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Tanah Merah di sini, semalam, Hishammuddin berkata, jika cadangan itu dilaksanakan, format UPSR yang berasaskan peperiksaan sejak 20 tahun lalu, akan berubah.
Beliau berkata, kajian mengenai cadangan itu dibuat sejak dua tahun lalu dan kini diperluaskan bagi dilaksanakan menjelang 2010, sebaik tempoh pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) berakhir.
Hishammuddin berkata, kajian terperinci format itu dilakukan Bahagian Pendidikan Guru dan Pusat Pembangunan Kokurikulum di kementeriannya yang menilai kemampuan guru melaksanakannya serta tahap penerimaan murid.
“Saya harap, perubahan itu dilakukan menjelang 2010 iaitu sehingga tempoh pelaksanaan PIPP dan kita mahu perubahan semua aspek termasuk persediaan guru, peperiksaan dan kokurikulum dalam usaha melakukan reformasi pendidikan negara,” katanya.
Difahamkan, format baru itu akan dilaksanakan menerusi projek perintis membabitkan beberapa sekolah kluster dan terpilih mulai tahun depan, sebelum diperluaskan kepada lebih 7,000 sekolah rendah seluruh negara.
Penilaian berterusan akan dibuat sepenuhnya oleh guru terhadap murid sebaik memasuki Tahun Satu hingga Enam berdasarkan panduan piawaian yang ditetapkan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).
Berdasarkan format baru itu, murid yang tidak menghadiri peperiksaan kerana sakit, tetap diberi markah berdasarkan penilaian guru dan prestasi sepanjang persekolahan.
Nota: Sumber : Berita Harian (Oleh Wan Faizal Ismayatim)

Saturday 28 November 2009

Sejarah Penubuhan SK Menerong...

Asal nama Sekolah Kebangsaan Menerong adalah Sekolah Rakyat Kampung Menerong yang mula dibuka pada tahun 1951. Sekolah ini ditadbirkan oleh Encik Abdillah. Sekolah ini asalnya terletak di kampung Menerong iaitu ditapak Sekolah Menengah Kebangsaan Menerong sekarang. Pada tahun 1957, sekolah rakyat ini telah ditukarkan kepada sekolah bantuan kerajaan dan bangunan barunya dibina di kampung Gunung. Walaupun sekolah ini terletak di kampung Gunung, namun nama asalnya masih dikekalkan sebagai Sekolah Kebangsaan Menerong (selepas ini akan dikenali sebagai SKM).

Memandangkan kuantiti murid yang kecil ketika itu , maka satu bangunan sekolah sahaja dibina yang mengandungi 2 buah bilik darjah. Jumlah tenaga pengajar hanyalah 2 orang iaitu Guru Besar Encik Salleh bin Mohamed dan seorang lagi guru. Sistem pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara kelas cantum. Apabila bilangan murid semakin bertambah , maka pada tahun 1976 sebuah lagi bangunan baru dua tingkat dibina di sekolah ini. Satu blok bangunan satu tingkat didirikan dalam tahun 1982 yang menempatkan 3 buah bilik darjah dan sebuah bilik sains. Bagi menyediakan kemudahan untuk guru-guru di sekolah ini , 2 buah rumah guru dibina pada tahun 1965 dan di tahun 1988, 2 buah lagi (bangunan berkembar) kediaman guru didirikan.

Atas kerjasama para guru dan juga PIBG sebuah surau didirikan pada tahun 1984 secara gotong royong dengan ibu bapa dan juga penjaga. Segala bahan dan peralatan diambil daripada masjid lama kampung Gunung.

Friday 27 November 2009

Selamat Menyambut Aidil Adha...

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada...
  • Hajjah Hasmah Hamzah, Guru Besar SK Menerong
  • Roziana Sulong, GPK Pentadbiran SK Menerong
  • Norra Mohd Basir, GPK Hal Ehwal Murid SK Menerong
  • Esham Busu, GPK Kokurikulum SK Menerong
  • Semua Warga Guru
  • Semua Warga Kakitangan Sokongan & Swasta

Ditujukan Khusus Kepada...

  • Semua Ibubapa & Penjaga Murid SK Menerong
  • Semua Murid SK Menerong

Wednesday 25 November 2009

Imbasan SUQMA 2009... Sukantara 2009

29 Januari 2009
Padang SK Menerong






Imbasan SUQMA 2009... Lantikan Pengawas 2009

11 Januari 2009


Salah seorang pengawas sekolah yang dipakaikan tali leher sebagai simbolik pemasyhuran oleh Puan Hajjah Hasmah Hamzah, Guru Besar SK Menerong


Salah seorang pengawas pusat sumber sedang disarungkan "vest" oleh Puan Hajjah Hasmah Hamzah sebagai simbolik pemasyhuran pelantikan

Tuesday 24 November 2009

Hala Tuju Pendidikan

Perundangan Pendidikan
1957 : The Education Ordinance,
1957-1961 : Education Act,
1961-1963 : Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Disemak - 1971)
1971 : Akta Universiti dan Kolej Universiti
1974 : Akta Politeknik Ungku Omar
1980 : Akta Majlis Peperiksaan Malaysia

Laporan-Laporan Penting
1956 : Report of the Education Committee, 1956 (Penyata Razak)
1960 : Report of the Education Review Committee, 1960 (Penyata Rahman Talib)
1967 : Penyata Jawatankuasa Perancang Pelajaran Tinggi
1973 : Laporan Jawatankuasa di atas Kajian Pendapat mengenai Pelajaran dan Masyarakat (Laporan Keciciran)
1979 : Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (Penyata Mahathir)
1991 : Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Latihan

Bahasa Melayu Dalam Sistem Pendidikan
1957 : Mata pelajaran wajib sekolah rendah dan menengah
1970 : Bahasa pengantar darjah 1
1975 : Semua Sekolah Rendah Inggeris selesai ditukar menjadi Sekolah Rendah Kebangsaan
1976 : Bahasa pengantar Tingkatan 11979 - Bahasa pengantar Tingkatan VI aliran sastera
1980 : Bahasa pengantar jurusan sastera tahun 1 di universiti
1981 : Bahasa pengantar tingkatan VI aliran sains
1982 : Bahasa pengantar semua peringkat persekolahan
1983 : Bahasa pengantar semua kursus di universiti

Peperiksaan Sekolah Rendah
1957 : MSSEE (Malayan Sec. Sch. Entrance Exam) dimulakan
1963 : MSSEE dimansuhkan
1967 : PDL (Penilaian Darjah 5) dimulakan
1973 : UDT (Ujian Darjah 3) dimulakan
1982 : UDT dimansuhkan
1988 : PDL dimansuhkan
1988 : UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) dimulakan

Peperiksaan Sekolah Menengah
1957 : LCE (Lower Certificate of Education) dimulakan
1957 : OSC (Overseas Cambridge Sch Certificate) dimulakan
1957 : FMC ( Federation of Malaya Certificate) dimulakan
1957 : QT ( Qualifying Test) dimulakan
1960 : SRP (Sijil Rendah Pelajaran) dimulakan
1961 : UK (Ujian Kelayakan) dimulakan
1962 : SPPTM (Sijil Pel. Persekutuan Tanah Melayu) dimulakan
1964 : SPPTM dimansuhkan
1964 : FMC dimansuhkan
1964 : MCE (Malaysian Certificate of Education) dimulakan
1964 : SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dimulakan
1967 : SRP/LCE soalan objektif mula digunakan
1968 : OSC dimansuhkan di Semenanjung Malaysia
1969 : SPVM (Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia) dimulakan
1976 : Peperiksaan Bahasa Melayu (Julai) dimulakan
1976 : MCE diambilalih oleh Lembaga Peperiksaan
1982 : HSC (Higher School Certificate Cambridge) dimansuhkan
1982 : STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia) diambilalih oleh Majlis Peperiksaan Malaysia dimulakan
1983 : LCE ujian Lisan Bahasa Melayu dimansuhkan
1983 : SRP Ujian Lisan Bahasa Inggeris dimansuhkan
1987 : Sijil SPVM ditukar kepada SPM(V)
1987 : SPM di seluruh Malaysia dimulakan
1991 : KHPP (Kemahiran Hidup Program Peralihan) SRP dimulakan
1992 : Tahun terakhir bagi SRP
1993 : PMR (Penilaian Menengah Rendah) dimulakan
1993 : SPM berdasarkan KBSM (Kurikulum Baru Sek. Menengah) dimulakan

Kurikulum
1956 : General Syllabuses and Timetable Committee ditubuhkan
1964 : General Syllabuses and Review Committee ditubuhkan
1965 : Pendidikan Komprehensif dimulakan
1967 : Report of the Committee on Curriculum Planning and Development
1973 : Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) ditubuhkan
1982 : KBSR dilaksanakan di 302 buah sekolah rendah sebagai percubaan
1983 : KBSR dilaksanakan di semua sekolah rendah
1988 : Pelaksanaan KBSR sepenuhnya dicapai
1988 : Pelaksanaan KBSM bermula untuk mata pelajaran bahasa
1989 : Pelaksanaan KBSM bermula untuk mata pelajaran lain
1989 : Kemahiran Hidup Program Peralihan dimulakan di tingkatan 1
1989 : Pelaksanaan PKBS di tahun 1 hingga tahun 6 di semua sekolah rendah
1989 : Mata pelajaran Kemahiran Manipulatif dilancarkan di 100 buah sekolah rendah
1991 : Mata pelajaran Kemahiran Manipulatif dilaksanakan di 1000 buah sekolah rendah
1991 : Kemahiran Hidup bersepadu dimulakan di Tingkatan 1
1992 : Mata pelajaran Kemahiran Hidup Manipulatif dilaksanakan di 3000 buah sekolah rendah
1993 : Kemahiran Hidup mula dilaksanakan di Tahun 4 di semua sekolah rendah. Sekolah yang telah melaksanakan Kemahiran Manipulatif meneruskannya di Tahun 5 dan 6 sekolah rendah

Peperiksaan Khas
1964 : Penubuhan Unit Pendidikan Khas
1978 : Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Komunikasi Seluruh
1981 : Jawatankuasa Antara Kementerian-Kementerian mengenai Pendidikan Khas (Kementerian Kebajikan Masyarakat/ Kementerian Kesihatan,Kementerian Buruh dan Tenaga Rakyat serta Kementerian Pendidikansebagai Pengerusi dan setiausaha)
1984 : Jawatankuasa Pendaftaran dan Penempatan Kanak-kanak cacat antara Kementerian-Kementerian
1984 : Penubuhan Jawatankuasa Penempatan Kanak-Kanak Negeri
1984 : Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam ditubuhkan
1985 : Penubuhan Unit Perintis Penerbitan dan Percetakan Braille Kementerian Pelajaran Malaysia
1985 : Penubuhan Mesyuarat Majlis Perkhidmatan Kebajikan Negara
1985 : Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Komunikasi Seluruh Kementerian Pendidikan
1987 : Penubuhan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Shah Alam
1987 : Jawatankuasa Pelaksana Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran
1988 : Arahan Y.B.Menteri Pendidikan mengkaji memberi bantuan penuh kepada Kanak-kanak dengan Perlakuan Autisme Ringan
1989 : Majlis Perundingan Pembangunan Masyarakat Negara
1991 : Lembaga Penasihat Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-kanak dengan keperluan-keperluan Pendidikan Khas
1993 : Jawatankuasa mengkaji Dasar, Perancangan, Penyelarasan dan Pelaksanaan Pendidikan bagi kanak-kanak dengan keperluan-keperluan Pendidikan Khas

Sumber rujukan : http://www.moe.gov.my/index.php?id=84&lang=my

Friday 20 November 2009

Tokoh Murid sempena Majlis Penganugeraha Kecemerlangan Ilmu 2009

Tokoh Murid [Akademik] : Nurfarhana binti Razali
Tokoh Murid [Kokurikulum] : Nurul Najah Farhani binti Abdul Rashid
Tokoh Murid [Keseluruhan] : Mohammad Khairullah bin Nordin

Tahniah ... Pencapaian 5A UPSR 2009

























Mohammad Khairullah bin Nordin.
Tokoh Murid [Keseluruhan] 2009.
Pengerusi Pasukan Pengakap SK Menerong [Kumpulan HT-33].
Mewakili negeri ke Perkhemahan Pasukan Badan Beruniform Kebangsaan 2009.
Mewakili sekolah dalam sukan olahraga dan juga permainan Hoki ke peringkat daerah Hulu Terengganu.
























Nurfarhana binti Razali.
Tokoh Murid [Akademik] 2009.
Ahli jawatankuasa pasukan Puteri Islam SK Menerong.
Mewakili sekolah dalam sukan olahraga dan juga permainan bola jaring, bola baling dan hoki.


























Nur Shadidatul Amirah binti A. Manan
Ahli jawatankuasa pasukan Puteri Islam SK Menerong.
Mewakili sekolah dalam permainan bola jaring, bola baling dan hoki.



























Shamimi Izati binti Asari
Ahli jawatankuasa pasukan Puteri Islam SK Menerong.
Mewakili sekolah dalam permainan bola baling dan hoki.

Terengganu Juara Sembilan Tahun Berturut-turut...

Terengganu sekali lagi mencatat sejarah dalam pendidikan negara apabila muncul negeri terbaik buat kali kesembilan berturut-turut dalam keputusan Ujian pencapaian Sekolah Rendah 2009 yang diumumkan di Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), hari ini (19 November).

Daripada 23,944 calon yang menduduki UPSR di 381 pusat peperiksaan, 3,664 mendapat semua A atau 15.3 peratus iaitu peningkatan satu peratus berbanding 2008.


Seorang pelajar SK Sultan Sulaiman II Kuala Terengganu diberi ucapan tahniah oleh nenek dan datuknya.

Pengarah JPNT, Haji Ariffin Embong, berkata keputusan UPSR kali ini juga meningkat dalam pencapaian minimum C kepada 68.8 peratus.

Katanya, nilai gred purata negeri (GPN) juga meningkat kepada 2.22, nilai ini mengatasi pencapaian tahun lalu (2.24), selain mengatasi GPN peringkat nasional yang mencatat 2.33.

Beliau berkata, daripada keseluruhan mata pelajaran, Matematik dan Sains menunjukkan peningkatan baik apabila pada tahun ini, sebanyak 34.6 peratus mendapat A subjek Matematik berbanding 30.6 peratus pada 2008. Manakala Sains meningkat 7.8 peratus berbanding 21.8 peratus pada tahun lalu.

“Walaupun sasaran kita 20 peratus A tidak tercapai, keputusan 15.3 peratus mendapat semua A merupakan yang terbaik berbanding pencapaian negeri lain setakat yang dimaklumkan

“Kejayaan ini adalah hasil usaha, kerjasama dan perancangan rapi semua pihak terutama guru, murid, pentadbir sekolah, ibu bapa, komuniti masyarakat dan juga pegawai-pegawai jabatan Pelajaran Negeri Terengganu dan Pejabat Pelajaran Daerah,” katanya ketika sidang akhbar Pengumuman Keputusan UPSR 2009, di JPNT, hari ini.

Sementara sekolah yang berprestasi tinggi berdasarkan GPN sekolah seperti Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud apabila 47.02 peratus daripada 168 calonnya memperolehi semua A.

Manakala 39.6 peratus daripada 101 calon dari SK Tengku Mahmud II memperolehi semua A.

Dalam pada itu, SK Sultan Sulaiman II muncul sekolah terbaik di Kuala Terengganu apabila 51 calonnya memperolehi semua A berbanding 42 calon pada tahun lalu.

Menurut Guru Besar SKSS II, Haji Ahmad Muda, jumlah calon yang mendapat A meningkat 5 peratus pada tahun ini berbanding 2008 lalu , selain melebihi sasaran 50 murid mendapat 5A .

Katanya, kejayaan cemerlang itu terhasil menerusi pelan strategik bermula awal tahun, selain penekanan akademik murid sejak tahap satu melalui kelas tambahan yang bersistem.










Guru Besar SK Sultan Sulaiman II dan juga guru-guru meraikan kejayaan pelajarnya yang mendapat 5A.

Unit Komunikasi Negeri

Warga SK Menerong...

Warga SK Menerong...

www.satisfaction.com